-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Umpama Magik ! :)


sejak akhir-akhir nie aku menghadapi satu masalah acne yang sangat menyeksakan hati dan jiwa aku. okay aku serious nie. benci dengan acne. kalau acne aku tu buat hal kat muka aku je aku terima lah jugak dengan hati yang terbuka sebab itu normal. tapi kalau acne aku dah berani mati buat hal kat lengan bahagian atas berhampiran dengan bahu aku ape kes pulak kan ? argh ! oh tidak. aku stress.

sebelum nie aku tak pernah mengalami masalah acne di badan mahupun lengan ye (ini penting untuk pengetahuan kau wahai si acne yang comel). tapi semenjak aku bercuti duduk rumah je nie, acne nie semakin berani membutakan mata mentulikan telinga untuk bertapak di lengan atas tangan aku nie ha. aku fikir, mungkin faktor cuaca yang tak menentu. maklum lah, bulan disember katanya. atau mungkin jugak faktor makanan ? entah lah. -.-'

disebabkan terlalu stress dengan masalah yang datang daripada acne aku yang comel-comel belaka nie, aku pun merajinkan diri untuk mencari ubat yang sesuai untuk hapuskan acne tu. tiba-tiba aku terfikir, sebelum nie aku mencuba produk Oxy untuk hilangkan acne tapi kurang berkesan. mungkin berkesan pada kulit orang lain tapi kulit aku nie demand lebih lah pulak, benci ! jadi aku berhajat di hati untuk membeli sesuatu produk yang baru tetapi lebih berkesan. mintak maaf ye Oxy, nanti kalau ada masa kita berjumpa lagi eh. so disebabkan aku berhajat mahu membeli produk yang jauh lebih berkesan, aku pun singgah ke sebuah farmasi yang berdekatan. orang kata, kalau beli barangan di farmasi nie macam beli barangan atau ubat-ubatan yang serious. LOL

setelah mengadu masalah acne yang tak habis-habis kat akak farmasi tu, dia pun mencadangkan aku untuk memakai jenama T3. ala, yang berwarna merah putih tu. T3 Pimple Gel Plus kot namanya. entah lah aku pun dah lupa. tapi akak tu terus mencadangkan produk T3 yang lain bila tengok muka aku macam tak ada respons je waktu dia promote sungguh-sungguh kat aku. alahai maaf lah ye akak, saya mengelamun sekejap. kemudian akak farmasi tu pun suggest another T3 produk yang lain daripada lain. aku memandang penuh minat.

produk T3 nie lain daripada yang lain sebab ianya tidak dijual di kedai biasa. tapi ada jugak kedai biasa yang jual. tengok pada rate pasaran kedai tu lah. but mostly produk T3 nie boleh didapati di stor-stor farmasi. warna produk nie pun lain daripada yang lain. nampak lebih 'serious' daripada produk T3 yang lain. boleh pulak ye kau judge benda alah tu mengikut warna dia ? heheh




ha..nie lah produk T3 yang aku gebangkan tadi tu. T3 Mycin (Clindamycin Gel 1%) ! anda pernah beli tak ? ala rasanya semua orang mesti perasan dengan kewujudan produk nie kan. tapi selalunya orang suka beli produk T3 yang lain, jarang orang beli yang nie. salah satu kenapa orang tak suka beli produk nie ialah harganya yang mahal dan rasa macam tak berbaloi je beli sebab ya, dah lah mahal bersaiz kecik pulak tu. harga dia around RM23 saja. produk nie mengandungi bahan-bahan seperti clindamycin phosphate 1.2%, methyl paraben 0.05% dan propyl paraben 0.025%. aku nak sebut pun dah susah, maklum lah dah berzaman tak bukak buku kimia.

ha, belum cuba belum tau. nampak je tak berbaloi sebab mahal tapi kesan dia pergh ! mantap lah gua cakap lu. buktinya ialah aku yang sedang tension dengan acne yang comel-comel nie akhirnya boleh tersenyum lebar apabila melihat hasil selepas menyapu produk T3 Mycin nie di atas acne acne tersebut. aku sapu benda alah tu pada waktu malam dengan harapan esok pagi acne acne aku boleh terhapus terus. esok paginya aku gembira sebab ianya menunjukkan perubahan yang agak ketara. nak tau tak ? acne acne aku di lengan nie dah pun berkurangan begitu cepat ! dah tak ada lagi warna merah-merah kecik kat atas kulit aku. yeah, ada lagi lah sikit-sikit acne yang tinggal sebab degil sangat tak nak berpindah randah tapi sekurang-kurangnya hati dah boleh berbunga semula sebab masalah acne semakin berkurangan dalam tempoh satu malam saja. wah, perubahan yang baik. anda yang mengalami masalah sama macam aku, aku sarankan anda beli produk nie. walaupun berharga agak mahal dan bersaiz kecik, tapi kesannya umpama magik ! :)


p/s : okay thank you my darling T3 Mycin (Clindamycin Gel 1%) !

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted