-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

tahniah CST Production, mantap gila ! :)



guys, just wanna share here. ada tak sesiapa yang suka videography ? kalau ada, kita satu geng lah ! actually entry nie nak promote kat anda tentang dunia videographer yang makin famous sekarang nie. kira dah jadi trend lah untuk sesiapa yang nak buat majlis perkahwinan. tapi ada jugak partners yang tak nak. but majoriti pasangan pengantin tak lepas peluang untuk buat videography bagi setiap scene dalam majlis diorang. tapi videography nie tak semestinya untuk perkahwinan je. ada jugak untuk bertunang, cukur jambul or whatsoever. okay guys yang dah nak kahwin atau planning nak buat event apa2, check this out ! heheh

bagi aku, videography nie tersangat lah best. buat kenangan weh ! bukan selalu ada events yang penting dalam hidup ye tak ? asyik nak tengok dalam bentuk gambar je, why not buat dalam bentuk video yang sweet dan cute kan ? kebiasaannya, orang akan menggunakan tempahan perkhidmatan videography nie untuk kegunaan-kegunaan yang penting. perkahwinan, contohnya. setiap scene yang best dan indah sepanjang majlis perkahwinan akan dirakam dan seterusnya akan dibuat sesi editing yang memerlukan hasil kerja yang teliti (wah3, aku pulak yang terover cakap nie). lepas tu pihak videographer akan masukkan sekali lagu-lagu yang dirasakan sesuai untuk video ataupun, ya boleh juga kalau pengantin sendiri yang pilih lagu yang dia nak.

bagi aku, aku suka hasil kerja dari geng CST Production. aha, anda pernah dengar tak geng videographer ni ? mungkin ramai jugak yang tau kewujudan team nie atau ada jugak yang tak tau. bagi yang tak tau, boleh je jumpa diorang di Facebook Fanpage diorang di CST Production. kat situ, anda boleh tahu dan ikut perkembangan diorang sepanjang menjalankan kerja2 videography diorang tu. ada jugak yang diorang upload videos yang terbaru. try lah gerakkan cursor anda ke button 'LIKE' diorang di sana ye.

kerja CST Production bagi aku adalah sangat profesional dan terbaik ah ! seriously, pandai diorang cari lagu yang sesuai sangat dengan tema wedding tu. lepas tu, diorang sangat kreatif setiap kali diorang rakam scene tu dari aspek angle kamera dan sound. pergh, mantap la gua cakap lu. anda jugak boleg tengok hasil kerja videographer diorang melalui laman web rasmi diorang di Website Rasmi CST Production. tengok dan kenali lah sapa sebenarnya tenaga-tenaga kuat dalam team CST Production nie. pergh, ni promote baik punya nie. diorang dah boleh digelar sebagai team yang profesional sebab diorang ada kelayakan ijazah dalam film making. patut lah mantap bro !

aku baru je melawat official website diorang tadi dan tengok habis kesemua video yang disediakan di situ, one word only, AWESOME. semuanya mantap2 belaka, gua tak tipu lu. tapi kan, dalam banyak2 video best tu aku paling suka satu video nie, video wedding Umie Aida & Datuk Khairuddin. seriously lawa dan luxurious sangat. tambah2 lagi, umie aida sangat cantik. lagi satu aku suka video nie sebab lagu yang dipilih adalah lagu daripada cerita Avatar. memang kena lah dengan tema grand wedding nie. apa-apa pun, syabas dan tahniah aku ucapkan buat CST Production. keep it up ! ;)

selain daripada CST Production nie, banyak lagi team videographer yang mantap2. dan rata-ratanya artis pun guna perkhidmatan diorang nie. ada jugak team Candid Syndrome daripada Saiful Nang, ada team Manggis dan banyak lagi. kalau buat kerja bagus, mantap dan berkualiti dah tentu orang suka kan ? bagi anda yang ada bakat dalam videography, boleh jugak cuba-cuba buat team dan mula berbisnes. bagi anda yang minat photography pun boleh mula belajar2 dalam dunia videography sebab team CST Production pun asalnya diorang hanya lah photographer lepas tu diorang bukak luas buat videography pulak. buat kerja bagus, dah tentu buat orang jatuh cinta dengan kerja diorang ye tak ? atau yang berminat untuk jadikan diorang team videography rasmi untuk event penting anda, boleh je melawat dan inform mereka di laman web rasmi diorang. good luck ! :)


p/s : aku pun nak buat videography jugak untuk big day aku nanti walaupun aku pun tak tau bila lah big day aku tu. LOL

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted