-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

seronok dan tak seronok ?


SHOPPING !


ah what a lovely word. oh yes, it's my passion, forever and always. perempuan kalau tak sebut shopping dalam masa sehari or maybe dua hari, tak kan sah ! even kalau tak shopping pun mesti pergi window shopping. tu kira adik beradik jugak la tu kan ? sapa setuju dengan aku, 'shopping' for women is a lovely word but 'shopping' for men is a disaster word. setuju ? yeah aku setuju !

cakap je lebat, aku bukannya berniat, hendak atau baru pulang dari bershopping. saja nak buat kecoh2 kat sini. huahuahuau ! actually aku nie boleh lah dikategorikan sebagai kaki shopping or else, depends kat anda nak judge aku nie kaki shopping ke tak. tapi aku bukan lah berada di peringkat hyper. so anyone yang ada hati nak ajak aku pergi shopping ke nak belanja aku pergi shopping je, heheh dipersilakan ! cuma yang penting kene bawak fulus lebih la untuk sponsor aku yek !





jom kita tengok apa seronoknya dan tak seronoknya menjadi kaki shopping nie. jom2 !




SERONOK :


1)  pengalaman yang banyak. pergi mall itu pergi mall ini, luas betul pemandangan. dan semakin banyak pemandangan, banyak jugak lah pengalaman. so that kita nak cerita lebat2 dengan member pun tak ada masalah. heheh !

2)  sesi cuci mata yang terlampau menyeronokkan. ingat lelaki je ke yang boleh cuci mata ha ? haha perempuan pun boleh apa. cuci mata sana, cuci mata sini. so biji mata pun dah jadi terlebih berkilat. lepas tu boleh lah jadi tukang cermin kat member2 kalau ada yang asyik mengadu eye shadow di mata dah luntur semasa membeli belah. cuci mata untuk orang yang tak gatal ialah tengok2 barang yang ada kat mall. cuci mata untuk orang gatal macam saya ialah tengok manusia2 yang bergerak ke sana sini dalam mall. buruk perangai, sila jangan ikut.

3)  lepas tension terperuk kat dalam rumah. tak tahan asyik duduk kat rumah menternak lemak2 yang sudah tersedia banyak, so boleh lah melaram dan let's shopping ! kalau asyik tengok iklan di TV dengan perasaan yang hambar, kali nie boleh pergi terus kedai yang jual produk macam kat TV tu. so tak ada lah tension macam selalu sebab boleh tengok dan sentuh produk di alam realiti. 

4)  menguatkan otot2 motor kasar dan motor halus anda. kalau pergi shopping, nak beli itu ini, kena bergerak ke sana sini. paling kurang pun kene naik eskalator or lift. tapi kira bergerak jugak la tu kan ? kalau bershopping secara online, motor halus anda pun bergerak jugak. dalam sesi mengerahkan keringat untuk menekan left button di tikus komputer anda tu dan memaksa mata untuk terbeliak dan terus terbeliak beliak untuk mencari produk yang diingini.

5)  peluh jugak harus keluar ! pergi bershopping drive kereta atau berjalan kaki, confirm peluh menitik. tak payah nak tipu lah peluh tak keluar walau sekelumit apabila aircond kereta dah sampai ke maximum level. haha. nak sentuh sana sentuh sini masa memilih produk pun peluh akan menitik. nak makan lunch or dinner pun pasti peluh menitik sebab makanan terlampau enak tak terperi. nak bayar di kaunter pembayaran pun peluh menitik jugak takut2 lah harga kesemua produk yang diambil melebihi jumlah wang di dalam purse !! waktu nie mata mesti tak pandang kiri kanan melainkan pandang mesin mengira wang tu.

6)  tambah pengetahuan. kalau bershopping, mesti ada yang akan memerhati dan membantu kita untuk bershopping (salesgirl/salesman la tu !). ada yang suka ada yang rimas dengan diorang nie. bagi yang terlebih peramah atau sengaja nak membuli salesgirl tu, rajinkan diri anda untuk pergi labur soalan2 yang boleh membuatkan diorang terdiam akhirnya setelah bercerita lebat pasal produk yang ditanya oleh kita. jahat kan ? suka.


7)  mood melaram yang menggembirakan. nak shopping kene pakai cantik2. kata nak mencuci mata kan. dalam masa yang sama, mesti lah orang lain pun cuci mata kat kita. so waktu nie lah nak pakai high heel setebal 12 inci, mekap setebal 35 inci, memakai perfume yang boleh buat orang lain pengsan bila lalu di sebelah kita, memakai pakaian yang boleh membuatkan mata orang lain berpinar-pinar sebab terang sangat atau membuat sanggul rambut atau tudung setinggi 100cm pun boleh ! semuanya pun boleh. tetapi bergantung pada diri sendiri lah okay.




TAK SERONOK :


1)  penat. waktu bershopping memang tak terasa. tapi lepas dah selesai dan pulang ke rumah, nampak je rumah mesti dah terasa lenguh2 tangan dan kaki. mata dah tak nampak pintu rumah tapi nampak katil je dalam bilik. no wonder lah lepas bershopping terus terbungkam di katil. heheh !

2)  duit poket dah tinggal sikit atau kering sampai tinggal kerak pun tidak. penat2 kumpul duit poket, bukan senang oh nak kumpul duit poket. pantang ada kertas berwarna dan bernilai dalam purse mesti tangan gatal2 nak ambil dan guna. waktu bershopping memang tak terasa, waktu dah habis shopping, tengok je dalam purse mesti mimik muka dah berubah. 

3)  duit minyak atau duit tambang yang merugikan. kalau nak bershopping guna kereta, sila berkorban sikit demi duit minyak. kereta dah canggih manggih tup2 tengok fuel meter dan kosong daaa. terpaksa lah naik public transport yang banyak tu. tu dah kira duit tambang lah jawabnya. pergi sana pergi sini, keluar sana keluar sini, duit tambang je dah habis dalam rm30. cis boleh buat duit makan untuk 3 hari tu !

4)  bermalas-malasan untuk mengangkat barang2 shopping dari kereta dan dibawa masuk ke dalam rumah. bila dah selesai bershopping, simpan dalam kereta macam nak buat pameran dalam kereta tu. bila dah sampai rumah, mula lah banyak alasan yang dibuat untuk angkut semua benda alah tu. keluar dari rumah hanya bawak handbag, tapi balik ke rumah bawak 10 atau lebih 'handbags'. baguihhh !!

5)  bagi yang melaram, satu masalah pun ada lagi nie ha. bila dah selesai shopping dan pulang ke rumah, perkara pertama yang malas dibuat ialah basuh muka bersih2 daripada mekap (untuk yang bermekap macam saya !). kalau dah penat, boleh je terus tertido dengan mekap2 tu sekali. aduhai perangai aku. bila dah terjaga tengok jam dah larut malam, baru terkedek2 nak pergi mandi, basuh muka bersih dan sebagainya. dan perkara kedua ialah pakaian yang sudah dipakai untuk bershopping. baju cantik2 nie memang jarang sekali untuk hati kita sanggup nak basuh guna washing machine. so the only way untuk basuh ialah basuh guna tangan ! bila dah kepenatan dan kelenguhan yang menguasai diri, itu adalah part yang paling susah sangat nak buat okay.





dan macam2 lagi lah. semuanya bergantung kepada diri anda sendiri. yang di atas2 nie semuanya sangat tepat untuk aku. opss, ada babak yang telah ditokok tambah ye. jangan salah sangka ! kalau ada apa2 lagi info, boleh share disini ataupun di FB aku ye. adios ! :)






p/s : selamat bershopping !!





-iqin-

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted