-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

pokok serai wangi ajaib ke ?




rasanya tak semua orang tau kan yang pokok serai wangi nie sebenarnya agak 'ajaib'. pergh zaman2 moden sekarang nie memang susah nak jumpa benda ajaib. macam biasa, aku kan suka cakap lebat. actually pokok serai wangi tak ada lah ajaib ala2 boleh menghasilkan bunyi 'ting !' dan keluarlah segala benda yang dihajati macam kayu tongkat wizard Harry Potter tu. tapi pokok serai wangi nie akan memberikan sesuatu yang bernilai dan peminat batu cincin sangat suka dengan pokok nie okay.

apa beza serai wangi dan serai biasa yang berlambak hidup kat belakang rumah aku tu ? banyak bezanya tapi tak ada lah tau sangat pun. salah satu yang aku tau, serai wangi nie boleh mengeluarkan bunga tapi serai biasa tak boleh keluarkan bunga. serai wangi nie tak boleh buat masakan kot, tapi serai biasa boleh. eh betul ke ? entah lah, kalau aku silap betulkan ayat aku di atas ye. aku pun kurang pengetahuan sangat pasal salasilah keturunan serai nie. ahaha, budak cetek ilmu lah katakan. tapi kan, ada satu je ciri-ciri serai wangi yang membuatkannya betul2 berbeza dengan serai biasa. nak tau ? tengok kat bawah nie.

hasil carian google 1

hasil carian google 2

hasil carian google 3

hasil carian google 4

hasil carian google 5

okay dah tengok semua gambar-gambar kat atas nie ? gambar2 tu semuanya original ye. no editing no photoshop-ing. itu adalah batu-batu permata yang berjaya diperolehi dari bawah pokok serai wangi tu. lepas meng'google', aku terkedu lah jugak untuk seminit dua. teruja weh lepas tengok batu permata sebenar. nie bukan cerita dongeng sebabnya hasil pencarian aku di google, untuk memperoleh batu-batu permata nie kena buat satu ritual. oh ya, kalau sebut perkataan ritual tu maknanya paham2 lah kan. i mean bukan macam ritual yang memesongkan akidah tu. 

ritual tu banyak syarat. antaranya yang aku baca ialah kene gali lubang di bawah pokok serai wangi tu dalam2 tepat jam pukul 12 malam. ada hari hari yang tertentu untuk menggali benda alah nie. niat kene betul, jangan tamak dan banyak lagi lah. aku pun tak ingat, kalau anda nak tau lebih lanjut, boleh lah mula membuat pencarian di laman web google ye ! heheh

benda nie agak menarik buat aku sebab aku suka benda2 misteri nie. aku ingat lagi waktu aku kecik2 dulu. waktu tu aku masih berada di rumah lama sebelum berpindah ke rumah baru. mummy pernah cerita kat aku dulu, sebelum aku lahir di dunia nie, abah ada tanam satu pokok serai wangi nie di landskap rumah. then sampai lah aku dah masuk sekolah rendah, pokok tu makin lama makin membesar dan terus membesar. tingginya mengalahkan abah dan mummy ! lepas tu mummy pernah cakap kat aku dulu, 'iqin, bawah nie ada batu-batu permata tau. jangan main2'. tapi apalah yang aku paham sangat waktu tu sebab aku pun kecik lagi. mummy cakap pokok tu ada bunian yang jaga. sejauh mana kebenarannya, wallahualam.

anda ingat aku tipu eh ? aku rasa benda nie memang betul la kot. sebab dulu masa kecik2 (masa kecik2 lagi, bilanya nak besar ??), mummy pernah bawak aku dan adik beradik aku yang lain pergi tindik telinga untuk senang pakai subang. al maklum lah, budak perempuan kecik2 kan suka bila dipakaikan subang comel2 (aha, ladies jangan tak nak mengaku ek). so mummy bawak lah kami ke sebuah kedai yang menjual barangan kemas. tapi apa yang aku ingat, mummy ternampak ada batu-batu bersinar warna warni kat dalam sebuah mangkuk. then mummy pun tanya kat apek tuan punya kedai emas tu. apek tua tu cakap itu adalah batu permata pokok serai wangi. harga dia mahal oh ! tapi yang aku ingat sampai sekarang, batu-batu permata tu memang cantik-cantik belaka weh. apek tua tu cakap lagi (nak promote lah nie ?), batu-batu permata nie banyak khasiatnya. nak tau khasiatnya ? sila rajinkan diri untuk membuat pencariaan di google ye. kalau batu-batu permata pokok serai wangi nie tak ada khasiat dan nilai, kenapa orang nak jual dengan harga mahal gila, ye tak ? itu cerita zaman aku kecik2. kalau sekarang nie tak tau lah pulak, entah2 dah susah kot nak jumpa pokok serai wangi nie, apatah lagi nak dapat batu permata yang bernilai dan berkhasiat kat bawahnya.


p/s : tak pernah jumpa pun batu-batu permata nie kat kedai emas sekarang.

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted