-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

jangan kutuk lagi, baca je dulu. :)

penghujung tahun 2010 sudah hampir tiba. cuti semester aku jugak dah nak berakhir. tinggal seminggu je nie ha. dan ini bermakna aku kena pulang dan menjejak kaki ke maktab aku yang tercinta (eh itu tipu). lagi seminggu aku akan memulakan hari-hari aku seperti sedia kala. belajar dari pukul 8 pagi sampai ke tengahari, atau mungkin jugak sampai ke petang. bersukan untuk subjek gerko. membuat research dan perbentangan secara kumpulan. oh yes, banyak lagi kalau nak tulis di sini. in short words, aku akan memulakan hari-hari aku sebagai guru pelatih atau teacher trainee orang kampung aku cakap. okay itu sungguh membosankan ye.

sebelum labuhnya tirai untuk menutupi segala perkara yang pernah terjadi pada tahun 2010 nie, aku nak berkongsi pengalaman aku mengenai dunia perguruan yang aku ceburi. aku nak buat refleksi sikit, terutamanya kepada insan-insan bertuah yang selalu tak puas hati dengan pelajar ipgm. dalam dunia perguruan nie, terlalu banyak benda yang aku fikir, yang aku rasa dan yang aku hadapi. bukan senang mak ngah oi. orang luar selalu memandang kami nie hidup senang lenang. hidup senang tak ada pinjaman. elaun siap dapat banyak untuk setiap bulan. orang luar selalu fikir yang kami dah hidup senang kalau dah graduate nanti tak payah susah susah nak cari kerja sebab dah ada kerja tetap untuk kami. dan orang luar selalu fikir kami belajar ala kadar je macam 'alahai kau kan bakal cikgu, apa yang kau berpeluh kerah otak sangat kan ? kau belajar cara-cara nak ajar budak je kan. benda kau belajar pun benda yang budak belajar jugak. apa susah ?'. oh ya, apa susah ye. memang pun, SANGAT SANGAT 'SENANG'. -.-'


'senang' sampai buat BBM pun kena bersila kat atas lantai.


'senang' sebab kene tumpukan dua perkara yang susah dalam satu masa.


'senang' sebab kene senyum tanda ceria walaupun tension kene duduk lantai.


'senang' sebab diri kena wajib dalam bersukan, yeah !


'senang' sebab kene berjalan pergi library waktu malam. no transports okay sebab tak dibenarkan bawak masuk transport.


'senang' sebab kene mengorganisasi program besar dengan sendiri.


'senang' sebab kene sumbang markah untuk rumah sukan. ha, ingat sekolah je ke ada rumah sukan ?


'senang' sebab setiap hari kene perah otak untuk discussion bersama lecturer.


'senang' jugak sebab petang kena wajib menghadiri GERKO.


dan banyak lagi sebenarnya gambar yang menunjukkan 'kesenangan' hidup kami sebagai guru pelatih. kami bukan pelajar yang hidup senang lenang makan duit elaun dari kerajaan semata-mata. kami jugak di didik untuk menjadi yang terbaik (walaupun susah nak jadi macam tu). kih3. aku sangat tak setuju kalau orang luar yang tak tau apa-apa kemudian kutuk kami pelbagai. kami mengejar segulung ijazah perguruan. sama seperti pelajar universiti yang lain jugak, tapi jangan memperlekehkan kami hanya sebab kami tiada pinjaman, dapat elaun banyak setiap bulan dan kerja dah confirm ada. walaupun kami dapat keistimewaan macam tu, tapi cara kami belajar tak sama macam kolej atau universiti lain. kami lebih banyak belajar secara praktikal berbanding secara teori. kehidupan kami kat sana hampir 90% berunsurkan protokol, tak macam student lain. nak bukti lagi ?



waktu malam antara maghrib dan isyak, kami digalakkan berada di surau sahaja.


penampilan formal kami di sini sangat dititikberatkan. no funky funky, no chicky chicky !


sanggup lagi tu berpakaian tradisional atas sebab komitmen dengan program institut.


nak nampak aku pakai macam nie ? susah kot dulu. tapi sekarang, alhamdulillah.


berkolaborasi dengan guru sebenar di sekolah. orang lain dok sedap tido, kami pergi sekolah.


aktiviti bukan hanya di dalam kampus, rumah lecturer pun ada. pergh, baju kurung lagi !


kena pakai baju seragam setiap hari Isnin. kat institut lain ada tak agak agak ? ada la kot kan.


kena pakai baju batik rasmi maktab setiap hari Khamis. dah macam orang bekerja pun ada.

kene libatkan diri dengan program negeri Melaka kalau pihak institut dah keluarkan arahan suruh join, no excuses!


hasil kerja tangan aku sendiri. kalau tak masuk institut aku tu, jangan harap aku pandai buat BBM nie.


PBS penting sebelum praktikal. kalau bukan sebab dunia perguruan, aku tak akan pakai tag name tu dan ya, tak merasa masuk mengajar di kelas anak murid sebenar.

kalau bukan sebab dunia nie jugak, aku tak akan kenal guru pelatih yang lain.


kesimpulannya, aku bukan nak marah atau nak lepas geram. tapi aku sedih kenapa ada jugak insan yang baik hati asyik memandang serong terhadap kami. mengata kami yang kami nie hidup belajar goyang kaki. aku akui, dulu dunia nie bukan lah pilihan pertama aku. tapi Allah swt itu Maha Mengetahui. mungkin kalau aku tak pilih dunia nie, aku akan salah jalan. apa maksud aku salah jalan tu ? nanti aku akan ceritakan benda tu di post yang seterusnya. 


p/s : sesiapa yang berminat nak apply masuk IPGM, boleh lah apply di laman web government. susah sikit lah nak apply sebab kalau dah berjaya terpilih, kena masuk untuk fasa interview pulak, peace ! :)

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted