-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

mungkin itulah yang dinamakan takdir :)



sapa kata aku minat jadi cikgu ? tak minat langsung pun weh. tak ada dalam kepala otak aku pun untuk bercita-cita menjadi cikgu. standard la tu kan, kalau pelajar jurusan sains tulen mesti lah pikir nak jadi doktor je keje. apa-apa hal mesti kene jadi doktor. ya, dulu aku minat sangat nak jadi doktor. siap berangan-angan nak jadi doktor orthopedic. wah wah wah, tinggi sungguh cita-cita kau ye cik iqin. melambung ke awan sampai susah betul nak capai. tapi bak kata pepatah, nothing's impossible. jadi aku menggunakan pepatah tu sebagai pembakar semangat aku semasa berada di alam sekolah menengah. fulamak, ayat tak nak kalah.

dulu aku rajin sangat selak halaman suratkhabar apabila menjelangnya bulan Ramadhan al-Mubarak. terutamanya di bahagian salam perantauan. pergh, siap gunting-gunting gambar tu buat idola. maklum lah, keinginan di hati membuak-buak. teringin nak jadi seperti mereka. teringin nak merasa belajar di negeri orang. teringin nak rasa pegang sajli sebenar. tapi di sebalik keinginan dan cita-cita yang tinggi tu, aku tau sejauh mana tahap dan kemampuan aku. mummy pernah cakap, tak salah kalau kita memasang cita-cita tinggi sebab kalau cita-cita tinggi maknanya kita akan berusaha untuk capai apa yang kita impikan. ah sebak lah pulak ! walaupun aku tau aku tak sepandai orang lain, tapi sekurang-kurangnya aku dah cuba yang terbaik dalam SPM untuk mencapai cita-cita tinggi melambung aku tu (sila baca dalam nada sedih).

tapi apa lah nak dikatakan kalau sudah nasib badan kan. keputusan SPM aku pun tak ada lah sehebat budak-budak genius kat sekolah aku. aku nie dah lah tak pandai, bercita-cita doktor konon. aduh mak, malu kot. adakah normal kalau kita ambil jurusan sains tulen di sekolah kemudian kita harus bercita-cita untuk menjadi doktor perubatan atau pun apa apa je yang berkaitan dengan sains ? aku rasa normal kot. tapi ya, tidak bagi aku sebab aku tau dengan keputusan SPM yang aku dapat tu memang aku tak akan sesekali layak dapat belajar jadi doktor perubatan. sob sob sob.

tapi kecewa tu sekejap je sebab aku dapat tawaran belajar ke matrikulasi. jadi boleh lah dikatakan masih ada lagi keinginan nak jadi doktor tu. so aku pun decided untuk ambil jurusan sains hayat sebab aku minat biologi. sains fizikal ? jangan harap aku nak ambil sebab aku tau aku lemah subjek fizik. hohoho. satu hari di hari raya eh satu hari pada waktu petang, akibat kebosanan di hujung minggu aku pun melayari internet dengan menggunakan laptop kawan aku. aku mana ada lagi laptop waktu tu. tak mampu la katakan. tak macam zaman sekarang, budak umur 15 tahun pun dah laptop sebijik. cis ! heheh tiba-tiba aku dapat satu message di kotak email aku. aku baca lah message tersebut dengan serius dan tanpa menghiraukan bunyi cengkerik di luar bangunan (ini ayat merepek, sila abaikan).


'Temuduga Kabin Krew MAS (Julai/Ogos 2008). 
Sertai Kakitangan Kabin Terbaik Di Dunia.'


lebih kurang macam tu lah apa yang terkandung dalam message tu. aku pun bukak lah link tu. kalau tak silap aku, member aku lah yang send link tersebut kat aku, tapi aku tak berapa ingat sangat lah. aku agak berminat untuk membaca link tersebut so aku pun bukak cepat cepat. pergh, memang best ! aku baca link tu dari awal sampai habis. terasa ada sesuatu yang sedang berbunga di hati aku. kerjaya sebagai pramugari, itu juga merupakan salah satu cita-cita yang pernah aku fikirkan semasa aku belajar di sekolah rendah dulu. aku memang minat jadi pramugari dulu. tak tau lah kenapa, memang minat betol. mungkin sebab aku suka tengok appearances diorang, cara berkomunikasi, ada style dan macam-macam lah. waktu tu pun aku masih dikategorikan sebagai kanak-kanak tak cukup umur, no wonder lah kan.

aku tengok syarat-syarat yang dikenakan untuk memohon pekerjaan tu. seriously teruja ! tanpa membuang masa dan menghiraukan bunyi cengkerik di luar (ini merapu sunggguh !), aku pun gatal gatal membuka application tersebut dan kononnya dah mem'busy'kan diri untuk buat persediaan seperti apa yang diminta dalam borang tersebut. lepas tu, yang paling nonsense, aku bukak pulak website Air Asia. aku pun gedik gedik apply jawatan pramugari kat situ. niat aku bukan apa, aku saja-saja apply, saja saja nak menggedik, mana lah tau dapat kan. aku ajak jugak beberapa kawan-kawan aku. semuanya pakat nak buat permohonan. diorang mungkin serius untuk memohon, tapi tidak untuk aku. jahat gila. heheh





hari berganti hari. bulan berganti bulan. aku lupa yang sebenarnya dulu aku pernah cuba memohon jawatan pramugari untuk Air Asia dan MAS. aku dah tak pernah check email pun. sebab memang pada asalnya niat aku hanya untuk suka-suka, main-main. punya lah tak elok perangai nak apply borang pun boleh main-main, maafkan daku. tiba-tiba seorang kawan aku bernama Farah called aku. dia cakap yang dia dah dapat respons daripada pihak MAS untuk menghadirkan diri ke Kelana Jaya. aku rasa macam WTF ?? kemudian dia cakap nama aku pun dah dapat respons yang sama. kami disuruh melaporkan diri ke sana dengan membawa semua benda yang diminta untuk urusan interview. pergh !! rasa macam nak bunuh diri pun ada. tapi dalam rasa nak membunuh diri tu, timbul rasa gembira dalam hati aku. entah lah, susah aku nak explain kot.

tapi tak semudah tu aku nak bagitahu kat abah dan mummy. sebab aku pun masih berada di matrikulasi. aku masih ada keinginan dalam bidang sains. kalau aku tinggalkan semua nie dan aku masuk dunia pramugari, bukan ke semua pelajaran sains yang aku belajar selama aku bersekolah rendah dan menengah dulu akan hilang serta merta ? tak silap aku, waktu tu bulan Julai 2008 kot. aku letakkan ke tepi dulu benda alah pasal pramugari nie. aku tunggu dulu masa yang sesuai untuk cakap kat abah dan mummy. aku dah buat keputusan waktu tu. kawan aku yang lain tak reti reti nak berhenti dok goda aku suruh lapor diri, tapi aku suruh diorang tunggu dulu. walaupun ianya hanya sebuah interview, tapi kalau kita buat betol macam apa yang dikehendaki, insyaallah. maklum lah waktu tu aku still solid comel lote lagi. sweet 18 lah katakan. aku perasan ! sila muntah.

aku tau abah dan mummy seorang yang open minded. diorang akan terima dan ikut apa yang aku pilih demi masa depan. walaupun ya, mungkin diorang tak suka tapi diorang jenis tak pernah memaksa. jadi bila aku dah sedia untuk beritahu benda nie kat abah mummy, tiba-tiba aku dikejutkan dengan berita yang aku diterima untuk masuk ke institut perguruan di Melaka. aku rasa macam whattaheckkkkk gila. i've thought benda nie dah boleh settle tapi manusia itu hanya merancang, Allah swt yang menentukan. yang paling malangnya, abah dan mummy tau dulu tawaran berjaya masuk ke institut perguruan sebelum mengetahui berita aku nak masuk akademi MAS tu. berderai hati aku waktu tu weh. 

hati ibu bapa, semua orang tau kan. aku tau mereka nak bagi aku yang terbaik tapi itu bukan minat aku. bidang perguruan adalah satu bidang yang aku langsung tak minat walaupun sikit. seumur hidup aku, aku tak pernah terfikir nak jadi cikgu, but now what happen ? aku asyik mengelamun je. yelah, aku macam pelik. aku dah buat sehabis yang teruk dalam interview ipgm hari tu, but still aku berjaya dapat tawaran ? OMG lah. kalau aku tak dapat pun, aku pasti aku nak masuk U biasa. hidup dalam kampus yang semua kawan-kawan sekolah aku rasa. tapi kenapa aku pulak yang dapat ? wahh !! seriously aku rasa nak terjun bangunan je. rasa dunia macam tak adil.

at first, abah dan mummy macam excited gila lepas dapat tau aku dapat tawaran ipgm tapi orang yang paling kecewa ialah aku. maklum lah, anak jadi cikgu ibu bapa mana yang tak bangga, tak gembira..ye tak ?? bagi mereka, kerjaya guru dah cukup mulia dan tinggi. belum cakap lagi pasal kerjaya doktor . malam tu aku dok menangis-nangis tak berlagu memikirkan nasib badan. aduhai, lain yang nak lain yang dapat. aku cakap direct kat mummy yang aku tak nak masuk ipgm. aku cakap aku tak minat. aku tak nak jadi cikgu. mummy terus terdiam. aku tau mummy kecewa gila waktu tu bila aku cakap macam tu (ye aku tau aku anak jahat). tiba-tiba mummy menangis. dalam hati aku, 'aik nie aku yang nangis ke mummy yang nangis nie ? whatta'. mummy merayu kat aku suruh masuk jugak ipgm tapi aku cakap tak nak. aku sayangkan bidang sains. aku sayangkan dunia matrikulasi. aku nak masuk akademi MAS. lepas tu telefon bertukar tangan dan abah pulak bercakap. aku respek betol dengan abah. abah cool gila. abah tak marah pun, abah cakap lembut lembut kat aku dan suruh aku pikir tentang masa depan. abah cakap abah tak paksa kalau aku tak nak masuk ipgm tapi nanti jangan lagi toleh ke belakang dan terus pastikan aku berjaya dalam dunia matrikulasi. sob sob sob.

dipendekkan cerita, seminggu lepas tu, abah dan mummy terus datang ke Kedah nak jemput aku balik untuk selama-lamanya ! mummy terus siap siap selepas pada satu hari tu aku called mummy yang aku akan terima tawaran ipgm tu. mummy terus jadi gembira yang teramat sangat. ha, nie lah contoh anak baik kan ? kih3. dengan hati yang sungguh tak rela dan terpaksa, akhirnya aku pun meninggalkan bumi Kedah untuk selama-lamanya dan bakal menjejakkan kaki ke bumi Melaka serta seterusnya akan memegang status Guru Pelatih. sepanjang perjalanan pulang, aku menangis dan banyak termenung. kawan-kawan aku yang lain sibuk berkuliah, aku sibuk mengemas barang untuk pulang. sampai licin tinggal habuk je cube aku tu. kesian, nak jumpa semua bestfriends kat situ pun tak berkesempatan. aku balik dengan keadaan yang sangat kelam-kabut.

lagi dua minggu untuk aku melapor diri sebagai guru pelatih ipgm, aku pun buat keputusan untuk cakap kat abah mummy pasal akademi MAS tu. aku cakap elok elok dan aku rasa kalau aku tak cakap pun dah tentu aku takkan dapat masuk akademi tu sebab aku nampak betapa besar dan tingginya harapan abah mummy untuk tengok aku jadi cikgu. satu petang aku cakap jugak benda tu kat abah mummy. tapi kali nie abah mummy macam cool je.


aku : mak..abah..kite dapat panggilan untuk pergi Kelana Jaya. interview untuk pramugari MAS.
abah : pramugari MAS ? bila tu ?
aku : minggu yang sama dengan minggu nak masuk maktab nie.
mummy : mak rasa tak payah lah. kan lagi elok jadi cikgu.
aku : hmmmmmmmmmmmmmm.. (nada sedih)
abah : kamu minat ? sekarang nie pilihan kat atas tangan kamu. abah tak paksa, kamu pilih lah. matriks kamu dah tinggalkan. sekarang nie kamu nak pilih MAS ke maktab ?
aku : kite dah lama fikir balik benda nie abah. minat tu memang minat. tapi..kita dah buat keputusan. kite nak masuk maktabbbbbbbbbb...(panjang benar bunyi 'maktab' tu)


akhirnya lepas aku cakap macam tu, terukir jugak senyuman bahagia di bibir abah dan mummy. aku rasa aku tau pilihan hati aku. mungkin bukan rezeki aku untuk masuk ke dunia pramugari, walaupun dunia tu penuh dengan godaan dan glamorous. aku dah nampak sebenarnya perbezaan antara dunia pramugari dan dunia perguruan. dua dunia yang sangat berbeza. dua dunia yang ada kepentingannya yang  tersendiri. satu dunia yang penuh glamour. satu lagi dunia yang penuh kebaikan dengan mendidik anak bangsa. cuma yang membezakannya ialah antara aku minat atau pun tidak.

tapi sejak peristiwa malam yang aku nangis-nangis pasal tawaran ipgm nie, aku tau aku tak patut kecewakan hati abah dan mummy. aku sanggup korbankan minat aku semata-mata harapan yang tinggi oleh mereka. kalau aku teruskan matrikulasi, mungkin sekarang nie aku dah belajar di universiti tempatan sama macam kawan-kawan aku yang lain. suasana kampus yang sesuai dengan jiwa muda remaja aku. tapi kalau aku teruskan minat untuk jadi pramugari, mungkin jugak sekarang nie aku dah tak kenal dan berkawan dengan kawan-kawan sekolah aku. aku dah berbeza dan asyik sangat dengan dunia glamour serta selalu bersosial. dan aku tau kalau aku masuk dunia perguruan, aku akan menjadi seorang cikgu yang akan membanggakan kedua ibu bapa aku dan ya, aku jugak akan dapat menyumbangkan jasa dan bakti aku kepada negara (wah, ni ayat terlebih suda !).



kalau aku masuk akademi MAS dulu, mungkin diri aku akan jadi macam nie. berpakaian seragam macam nie. selalu berlegar-legar di KLIA dengan membawa bagasi hitam tu dan selalu bersanggul tinggi.



dan ini lah diri aku setelah masuk ke ipgm.


aku sebenarnya dah lama dapat membayangkan diri aku berpakaian macam nie bila kali pertama aku diberitahu dapat tawaran ipgm dan yeah, tak sangka apa yang aku bayangkan tu memang tepat sekali.



aku akui sehingga ke hari nie, aku susah untuk melupakan benda nie. sampai sekarang aku masih berasa terkilan kalau aku terdengar atau ternampak di mana-mana tentang jawatan pekerjaan pramugari MAS atau Air Asia. agak terkilan jugak kalau aku nampak di mana-mana pramugari berpakaian seragam sedang berjalan. aku tau hati aku masih teringin sebenarnya, minat aku masih ada. susah untuk aku buang terus dari diri aku. sehingga ke hari nie pun aku masih ada lagi minat ke arah benda-benda macam tu. aku tak nak jadi hipokrit semata-mata. aku tau suatu hari nanti, aku dapat jugak jadi yang terbaik seperti mana yang abah dan mummy nak. setelah hampir 3 tahun aku memasuki dunia perguruan, alhamdulillah daripada diri aku yang zero minat untuk jadi cikgu, dan sekarang nie aku dah mula minat jadi cikgu. seronok rasanya apabila anak murid atau sesiapa sahaja panggil kita dengan gelaran 'cikgu', bukan lagi dengan gelaran 'adik' atau 'kakak'. 

aku dah mula suka kan kanak-kanak. aku dah mula sayang dan cintakan kanak-kanak sewaktu aku diarahkan untuk mengajar di sekolah sepanjang minggu PBS. aku tak sangka rupanya aku ada jugak kebolehan untuk berkomunikasi dengan murid. walaupun aku belum habis belajar untuk jadi cikgu, tapi aku rasa macam oh mulianya kerjaya sebagai guru nie. aku aplikasikan semula teknik dan cara pengajaran sebijik macam cikgu-cikgu kat sekolah aku dulu. entah lah, benda tu datang dengan sendiri. betul lah orang cakap. tak ada minat tak apa. minat boleh dipupuk. bila difikirkan balik, aku mengambil masa selama hampir 3 tahun untuk meminati dunia perguruan. gila kan ? orang lain berebut nak masuk ipgm sebab minat jadi cikgu tak dapat pun peluang tu tapi aku yang memang tak minat langsung nie berpeluang pulak kan ? mungkin itulah yang dinamakan takdir dan hanya Allah swt je tau kenapa Dia memilih aku untuk menjadi cikgu.

oh ya, bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi pramugari, di sini aku ada selitkan sikit info tentang permohonan nie. tapi ini untuk tahun 2010 but dah lepas punya lah. lepas nie ada lagi lah kot kalau ada vacancy di MAS atau Air Asia. guys, wish you all best of luck. thanks for reading ! :)


Untuk memenuhi keperluan tenaga kerja bagi mengisi kekosongan pekerja yang telah meninggalkan syarikat dan juga untuk memastikan kakitangan yang mencukupi bagi operasi penerbangan dan ketibaan pesawat baru dengan itu  syarikat akan mengadakan pengambilan baru seperti berikut:-

Sertai Kakitangan Kabin Terbaik Di Dunia
Jika anda suka mengembara dan bermimpi untuk menikmatinya, sertai MAS sebagai Pegawai Penerbangan atau Pramugara & Pramugari. Kami menawarkan pakej gaji yang menarik dengan faedah, faedah kesihatan dan lain-lain.
Kami menawarkan pakej gaji yang menarik beserta elaun, kemudahan perjalanan, perubatan dan lain-lain.
Kelayakan:
  • Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 30 tahun semasa tarikh temuduga.
  • Minimum SPM atau kelulusan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia serta lulus dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, matematik dan 3 subjek lain yang diambil dalam satu peperiksaan.
  • Fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Penguasaan bahasa lain adalah satu kelebihan.
  • Sihat tubuh badan dengan penglihatan baik dan tidak rabun warna.
  • Ketinggian minimum 165sm (lelaki) dan 157sm (wanita) dengan berat badan yang seimbang.
  • Memiliki personaliti dan penampilan yang menarik dan bermotivasi tingging ke arah kecemerlangan di dalam
    khidmat pelanggan.
Jika anda memenuhi kelayakan di atas, sila hadir ke sesi TEMUDUGA TERBUKA KAKITANGAN KABIN KAMI seperti berikut:-

KAWASAN TEMPAT TARIKH KATEGORI
KUALA LUMPUR Malaysia Airlines
Academy No. 2, Jalan SS7/13,
Kelana Jaya, Selangor
31 Julai 2010 (Sabtu) Pramugari
1 Ogos 2010 (Ahad) Pramugara


Sila bawa bersama surat permohonan, resume, sijil-sijil akademik asal serta salinan  yang disahkan, kad pengenalan dan gambar terbaru berukuran pasport (tidak akan dikembalikan).

Calon-calon dinasihatkan berpakaian kemas (kemeja-t, selipar dan seluar jeans tidak dibenarkan sama sekali). Calon-calon wanita digalakkan memakai kebaya.

Calon yang berjaya dikehendaki menandatangani Perjanjian Ikat Jamin Latihan. Pengambilan berdasarkan kontrak selama 5 tahun.

Proses temuduga ini dijangka akan mengambil masa yang panjang. Oleh itu anda dinasihatkan bersedia untuk berada dilokasi temuduga sepanjang tempoh tersebut.



atau untuk permohonan untuk pramugari Air Asia, sila klik di link nie ya, Flight Attendant .





p/s : semoga berjaya kawan ku, Farah yang kini sedang berkhidmat sebagai pramugari MAS. miss you sangat lah ! :)

Comments
5 Responses to “mungkin itulah yang dinamakan takdir :)”
  1. Unknown says:

    kita sama,,sy pn pening skrg memikirkan masa depan yg ntah apa2 dlm palotak ni,,,citer die cenggini..bca dgn penuh rasa minat ya,,huahua,,sy asal kedah,,minat dgn krjaya pramugari since sekolah rendah masa drjah 5/6 camtu la,,dh lupa,,continue my dreams untill form1,,pastu stop la berangan nk jadi pramugari nih sbb masa tu sy suarakan kt daddy nk jd pramugari,,dia terus memberi tentangan hebat,,kecewa tu jgn ckp la,,pastu hari2 sya trus bjalan tanpa tujuan..pembelajaran sy dari haritu smpai form 5 berjalan tanpa cita2,,ecewah...mcm hilang boyfriend plak,,,huahua,,btw,,itu sgt menyedihkan..study..study..study..then,,dpt uitm,,sy tolak sbb masalah keluarga n course yg boleh dibuang tepi,,ntah apa2 pnya courrse,,belagak kan sy??then,,,sy smbung study fom6 now sem 2 already,,unfortunately,,sy masih tiada cita2,,pnah tpikir n cuba jatuh cinta dgn kerjaya ckgu,,tapi tak boleh,,why????,,,im try from sem 1 till sem 2,,but it just priceless,,nk minat krjaya lain tak minat satu..satu lg takut kerja xd,,sekarang kn byk graduate mengannggur..hauhua,,hurmmm,,sya pn xtau la,,dikurniakan perasaan ni,,sungguh memeningkan,,,btw,,sy siap bmimpi lgi nk jd stewardess iran air..sakit jiwa benor,,any suggestion sis?? ;)

  2. Unknown says:

    kita sama,,sy pn pening skrg memikirkan masa depan yg ntah apa2 dlm palotak ni,,,citer die cenggini..bca dgn penuh rasa minat ya,,huahua,,sy asal kedah,,minat dgn krjaya pramugari since sekolah rendah masa drjah 5/6 camtu la,,dh lupa,,continue my dreams untill form1,,pastu stop la berangan nk jadi pramugari nih sbb masa tu sy suarakan kt daddy nk jd pramugari,,dia terus memberi tentangan hebat,,kecewa tu jgn ckp la,,pastu hari2 sya trus bjalan tanpa tujuan..pembelajaran sy dari haritu smpai form 5 berjalan tanpa cita2,,ecewah...mcm hilang boyfriend plak,,,huahua,,btw,,itu sgt menyedihkan..study..study..study..then,,dpt uitm,,sy tolak sbb masalah keluarga n course yg boleh dibuang tepi,,ntah apa2 pnya courrse,,belagak kan sy??then,,,sy smbung study fom6 now sem 2 already,,unfortunately,,sy masih tiada cita2,,pnah tpikir n cuba jatuh cinta dgn kerjaya ckgu,,tapi tak boleh,,why????,,,im try from sem 1 till sem 2,,but it just priceless,,nk minat krjaya lain tak minat satu..satu lg takut kerja xd,,sekarang kn byk graduate mengannggur..hauhua,,hurmmm,,sya pn xtau la,,dikurniakan perasaan ni,,sungguh memeningkan,,,btw,,sy siap bmimpi lgi nk jd stewardess iran air..sakit jiwa benor,,any suggestion sis?? ;)

  3. Unknown says:

    Sama juga dgn saya,saya minat kerjaya pramugari but not my mama...mama sya nak sya jadi Cikgu...sedih Sgt...then sya dpt tawaran form6 and now I'm in sem 1 ,jujur sya ckp sya minat to be FA .its not about the glamour but I like the way they work...skrg pun tgh pening....sya decide nak mohon after form6... sya x tau nak fikir apa dahh .yg sya tau fmly memang x bagi....tapi sya nak juga....bagi opinion sikit sis

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted