-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

misteri si kunang-kunang di rumah aku.


okay sebagaimana yang dah aku janji untuk update blog aku untuk cerita misteri kunang-kunang tu, ini adalah entry yang aku janjikan tu. aku harap anda semua ambil iktibar dan pengajaran. bagi yang tak tau pengetahuan ini sebelum nie, boleh lah sebar sebarkan kat keluarga di rumah atau pun members yang duduk rumah sewa ke. kih3. bajet seram ah ?

sebelum tu meh aku tunjuk dulu apa rupa si kunang-kunang nie sebenarnya ? ada yang pernah nampak tapi tak pernah pegang. ada yang tau binatang nie mengeluarkan cahaya ajaib di ekornya tapi tak pernah tengok pulak kan ? okay, ini lah binatang comel si kunang-kunang tu.


hasil carian google 1


comel memang comel. cantik memang cantik. tapi ada jugak kisah misteri di sebalik kunang-kunang nie (haha, saja je buat korang takut). benda nie berlaku di rumah aku kelmarin. satu malam, aku dan keluarga aku tengok cerita best kat depan tv. bermalas-malasan dan bersantai-santaian. aku tak berapa ingat lah waktu tu pukul berapa. tapi mungkin dalam pukul 9 atau 9 setengah malam. keluarga aku nie jenis sempoi sikit. tepat jam 9 malam je mesti tutup semua lampu lampu kat dalam rumah. hanya lampu lampu tertentu je yang memang wajib dibuka setiap malam. tapi kira gelap jugak lah rumah aku tu.

so nak dijadikan cerita, adik aku Ajib bercadang nak baring2 di atas tilam yang dia bentang kat kawasan depan tv. tiba2 dia macam terpandang sesuatu yang bercahaya di hujung tilam dia dan dibawah kusyen yang kami lepak. ajib dah pegang pun benda alah tu.

ajib : eh apa nie ?
aku : ape ?
ajib : ni ha. abg ingat nie lampu handphone. rupanya kelip2.
tiqah : kunang-kunang lah, bukan kelip-kelip.
aku : eh bukan sama ke ?
ajib : ah ape2 je lah. arip, arip ! pegi amik bekas kat dapur. aku nak masukkan binatang nie.
aku : ko nie, lepaskan je lah dia.
arip : nah, masuk elok2 ajib. nanti dia terlepas.

kunang-kunang tu pun dah berjaya ditangkap dan dimasukkan ke dalam bekas plastik lutsinar. kemudian, arip datang ambil bekas tu dan bermain-main dengan kunang-kunang tu. tak lama lepas tu abah keluar bilik dan datang kat arip. abah jenguk lah apa benda kat dalam bekas tu.

abah : apa tu ?
arip : kelip-kelip.
abah : apa, kelip-kelip ? ish, buang ! lepaskan sekarang ! buang kat luar tingkap. malam2 main benda pelik2 tak tau bahaya ke ? (abah bising marah2 sebab terkejut)
aku : kenapa abah suruh buang ?

abah pun memulakan cerita di sebalik kunang-kunang nie. sebelum abah bercerita, abah pesan kat kami supaya jangan sentuh atau bermain-main dengan benda/binatang yang pelik pelik kalau terjumpa di dalam rumah atau di mana-mana. dan pastinya kalau benda/binatang pelik tu dijumpai pada waktu hampir tengah malam. atau senang cerita, waktu malam lah. naik bulu roma aku lepas abah cakap macam tue. 

abah : itu memang kunang-kunang. tapi dalamnya bukan kunang-kunang. dalamnya ada benda lain yang tumpang.
aku : ha ?? dalamnya apa ?
abah : dah, abah nak masuk tido. lewat dah nie, esok nak keje.

aku hampa dengar jawapan abah. abah memang dah kelihatan penat dan mengantuk. so cerita malam tu tergantung macam tu je. arip dah buang kunang-kunang tu ke luar tingkap. malam tu suasana terus jadi sepi. nak tengok tv lewat malam pun aku takut dah. entah lah, rasa macam ada yang perhati je lepas dengar cerita ringkas abah tadi. tapi aku tak puas hati lagi dengan jawapan abah. aku nak tau cerita sebenar. mesti ada sebab kenapa abah terus terkejut lepas tau dalam bekas tu ada kunang-kunang. lepas tu boleh pulak bising dan marah2 kami sebab main dengan binatang tu.

esoknya setelah selesai menyediakan lunch, aku pun berborak dengan mummy. tiba2 aku teringat peristiwa malam semalam pasal kunang-kunang tu. aku tanya dengan perlahan kat mummy. aku takut abah dengar. sebab aku tau abah tak suka dengar benda-benda yang pelik nie. aku pandang kiri kanan dulu sebelum aku tanya soalan cepumas kat mummy. mummy pelik tengok reaksi aku waktu tu.

aku : mak, semalam kenapa abah marah sangat dengan arip pasal kunang-kunang tu.
mummy : (muka mummy terus berubah) lah, mak ingat ape lah kamu nak cakap tadi. kenapa ?
aku : tak ada lah, saja nak tau. pelik semacam je.
mummy : yelah, main benda pelik tengah2 malam kat dalam rumah, sapa tak marah ?
aku : lah yang tu kite tau lah. tapi mesti ada sebab kenapa abah marah. kenapa mak ?
mummy : dulu masa kak anis (kakak sulong aku), abah pernah ternampak sesuatu kat dia.
aku : ha ?? biar betik ? macam mana abah nampak tu ?
mummy : masa tu abah baca surah yassin, lepas tu abah ternampak ada DUA EKOR KUNANG-KUNANG KELUAR DARI DAHI KAK ANIS. lepas tu kunang-kunang tu terbang hilang entah kemana. waktu tu kak anis tengah tido.

jawapan mummy buat aku betul2 terpana. biar betik ? macam main-main pun ada. macam tipu pun ada. tapi dah muka mummy serious macam tu, takkan tipu pulak. lagipun waktu tu kak anis ada masalah 'sakit' yang melibatkan makhluk halus. so benda-benda macam tu tak mustahil. kita kene percaya sebab benda-benda tu semua memang wujud di sekeliling kita. tapi... ! tapi aku tak puas hati lagi, aku terus tanya mummy macam2 soalan yang terlintas di fikiran aku.

aku : eh betul ke mak ? takkan lah keluar kunang2 dari kulit kat dahi ? macam main2 je mak nie. macam tipuuuuuuu je.
mummy : iye, mak tak tipu. abah sendiri cerita kat mak. lepas abah tengok tu, abah takut. abah demam sehari.
aku : yeke mak ? dahsyatnya. patut lah abah marah semacam je malam semalam.
mummy : kamu ingat cara binatang tu keluar macam magic ke ? adalah cara dia keluar dari dahi kak anis. cara makhluk halus. tapi abah kamu nampak depan mata kepala dia sendiri. abah cakap dia pasti tu kunang2 sebab binatang tu kecik, boleh terbang dan bercahaya di ekor. kunang2 malam tu mesti cari kak anis sebab kak anis kan takda pegi tido rumah nenek kat sebelah.
aku : gulp !!

cerita mummy betul2 buat bulu roma aku meremang. aku tak nafikan yang makhlus halus nie memang ada cara dia sendiri nak masuk tumpang badan orang sebagai perumah dia. mummy cakap kat aku lagi, makhlus halus nie ada pelbagai jenis bentuk. ada pelesit, langsuir dan macam2 lagi. kalau pelesit atau benda yang seumpama dengannya suka menjadikan serangga sebagai tempat untuk menumpang atau perumah. mummy siap bagi contoh serangga yang sangat digemari oleh benda2 alah nie seperti kunang-kunang, belalang hijau daun, cengkerik dan sebagainya.

hasil carian google 2


anda pernah tak terperasan atau ternampak kadang2 ada belalang hijau kat atas bumbung, syiling atau dinding rumah anda ? aku pernah weh ! tapi kat rumah aku jarang lah, selalu kerap aku ternampak kat rumah nenek aku. belalang tu lain macam tau warna. hijau muda yang pekat menggila tu. saiz belalang tu besar sikit daripada saiz normal belalang biasa. lepas tu belalang hijau tu berbunyi krek krek krek (macam tulah sound effect mummy aku buat). kalau anda tengok kan, belalang hijau tu tak bergerak-gerak pun, dia akan stay je melekat kat satu tempat tapi bunyi dia yang tak tahan tu. kalau anda ada ternampak belalang hijau nie di rumah anda, jaga jaga ye. itu bukan belalang biasa. itu pelesit namanya. btw, mana ada kan belalang biasa suka lepak kat rumah manusia malam2 ? selalunya belalang suka di kawasan yang banyak daun. pelik2.


hasil carian google 3


kunang-kunang pun salah satu serangga yang makhlus halus suka buat sebagai perumah. contohnya yang berlaku di rumah aku malam tu. kalau kawasan rumah anda memang terkenal dengan kawasan pembiakan kunang-kunang, itu tak menjadi masalah. tapi kalau rumah anda memang jarang yang teramat sangat untuk melihat seekor kunang-kunang berterbangan dan tiba2 ada seekor kunang-kunang tersesat masuk rumah anda sambil ikut serta baring2 kat tilam macam kes adik aku ajib tu, sila berjaga2. sebab itu bukan kunang-kunang biasa. kunang-kunang jarang untuk berada di satu tempat yang dirasakan terancam. bak kata abah aku, jangan main2 dengan benda pelik di dalam rumah terutamanya di waktu malam. 'bahaya' !

ada juga satu perkara yang mummy aku cerita. langsuir. ah, sapa yang tak tau langsuir kan ? langsuir selalunya akan mencari perumah yang dirasakan selesa. contohnya, pokok kekabu. anda pernah nampak kan pokok kekabu ? pokok kekabu nie selalunya sangat besar dan tinggi. daun2nya sangat lebat dan kalau lalu bawah pokok kekabu nie rasa macam seram sejuk je badan. langsuir memang sangat sinonim dengan pokok kekabu di kampung. dulu di belakang rumah nenek aku ada satu batang pokok kekabu yang sangat besar dan tinggi. sejak peristiwa auntie aku terdengar suara perempuan menangis mendayu2 dan suara mengilai yang sangat nyaring di kawasan bahagian belakang dapur (juga dekat dengan pokok kekabu tu), esoknya nenek aku suruh penebang pokok tumbangkan pokok tu dan sampai ke hari nie tunggul pokok tu masih wujud. seram oh ! waktu tu aku berusia 8 tahun kot. kesian auntie aku tu. sampai sekarang dia trauma nak pergi kawasan belakang dapur sorang2.


hasil carian google 4

so aku nasihatkan anda semua jangan cuba tipu diri sendiri untuk tidak mempercayai kewujudan makhlus halus nie, mereka nie pun makhluk Allah swt macam kita jugak. jadi jangan ganggu diorang kalau kita taknak diorang ganggu kita. kalau diorang ganggu pun cakap elok2 kat diorang, 'jangan ganggu aku kerana aku tak ganggu engkau'. nie ayat keramat yang nenek aku ajar kat aku kalau ada apa2 benda pelik berlaku kat aku. insyaallah kita semua akan akan dilindungi oleh Allah swt. amin.


p/s : upcoming entry nak cerita pasal misteri batu pokok daun serai. dah suka pulak benda2 misteri nie. ;)

Comments
9 Responses to “misteri si kunang-kunang di rumah aku.”
  1. Thanks atas perkongsian yg dah tahun bila ni. Sy tetiba rasa nk search and terjumpa entri ni sbb ada sekor kelip2 tu ttiba masuk dlm rumah. Yg peliknya dahla smua tingkap tertutup and lagi satu kawasan rumah ni memang susah nk mati jumpa kelip2. Tu yg hairan tu. Pelesit tu pulak jgn ckp. Kerap betul dia buat lawatan dekat rumah ni. Harap2 semuanya baik2.

  2. Anonymous says:

    Perkara yg sama berlaku pada saya mlm ni dimana tiba2 dlm gelap bilik saya ni, saya ternampak sesuatu yg berkelip kelip, heran gak sbb x penah ada nampak kelip2 sebelum ni, terus rasa X sedap hati dah n terus bukak lampu, lps tu terus tergerak hati nk Google dan jumpa la entri ni, perghh semuanya sama mcm dlm entri ni berkenaan kunang2/kelip2 tu, tiba2 rasa seram plak

  3. Unknown says:

    Sama jgak terjdi mlm smlm.. Sy duduk tgh2 bndar, pelik jgk laa.. Sungai yg dekat pun x dekat sgt.. Pintu tingkap semua tutup. Dia msuk pkul 1:45 pagi. Pstu aku search kt google.. Tgok2 ada perkataan makhluk halus ni jdi payah nak tido.. Aduh.. Silap search awal smlm..

  4. Unknown says:

    ya allah .. kawasan rumah saya ni, saya x pernah jumpa kelip-kelip . tapi malam ni kul 1 pagi .. sya tengah tengok tv sorang ii .. tiba ii saya nampak bende berkelip kelip .. pastu saya simpan dlm bekas .. saya excited sangat sebab saya belum pernah jumpa kelip-kelip ni depan depan ... lepas search and jumpa pasal mahluk halus terus meremang aku ... dan sekarang kelip-kelip tu masih berada di dalam bilik saya .. dan saya sedang cuba tidur sambil melihat lampunya yg cantik ! saya agak takut tapi saya abaikan je laaa sebab saya suka kelip-kelip 😊

  5. Unknown says:

    Baru je berlaku tdi. Sy pun search googlr terjumpa la entri ni. Lepas baca entri ni terus meremang. Sy dh letak die kat luar

  6. No name says:

    Dalam beberapa minggu lepas kumbang busuk masuk bilik sy...sy fikir mungkin satu rumah kne dan sy tanya pada kkk dan dye ckp xde plak kumbang dlm bilik dye dan sy dapati cume ada dlm bilik sy je..kumbang tu banyak sgt sampai ganggu tidur sy...dan ada masa anak sedara sy tidur dekat rumah tidur dlm bilik dan yg peliknya kumbang th xde plak waktu nk tidur...dan kalau nk tau kumbang tu akn keluar setiap kali waktu malam.... Dan ada masa belalang besar kuar xpi bukan selalu... Dan sy search laman nie sbb semalam kunang2 kuar masa lampu ttup

  7. Unknown says:

    Saya baru je tadi sy rakam lgi sbb cntik sy bca ni buat bulu roma sy merembang

  8. Unknown says:

    3.49 pagi,tengah layan malam seram kt youtube, boleh lak sekor kelip2 masuk bilik aku, nasib kucing aku lepak sekali.. Apa lagi aku suruh kucing aku setalkan si kelip2 ni.. Tapi kucing ak buat taktau je.. Apaa lagi,dengan pantas aku amek kelip2 tu dan campak ke luar tingkap..

  9. Anonymous says:

    Baru masuk rumah aku jam 2 pagi, dahlah sini tak pernah nampak binatang tu, sekor jer , aku sembur dengan ridset dan flush dlm lubang jamban, selesai

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted