-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

mintak maaf lah ye cik makhluk hitam.


di satu malam yang hening lagi bening, mulut pula sedang khusyuk mengunyah kerepek ikan, tiba-tiba aku diganggu oleh seekor makhlus berwarna hitam dan sekaligus membuatkan mulut aku berhenti mengunyah serta mata aku liar tengok pergerakannya. kedatangannya sama sekali tidak pernah diundang, terutamanya di bilik aku ! tapi makhlus nie degil. teramat lah degil. aku dah letak tanda 'no entry' depan bilik pun kau tak reti reti nak faham. aduhai, susah sangat ke nak membaca wahai makhlus hitam ? suka ye kau masuk bilik aku. ape, kau ingat kau boleh lah nak skodeng aku tengah salin baju ke ape ke bila kau menyorok dalam bilik aku tanpa menghasilkan apa apa bunyi teruja ? oh tidak. sekali saja kaki kau melangkah ke bilik aku, percaya lah bahawa nyawa kau berada dalam keadaan yang terlalu bahaya dan kau akan bersemuka dengan aku si pembunuh mu !

aku memberinya peluang untuk menyelamatkan diri kot kot lah sedar diri rasa diri tu tak mau mati dan sebelum aku bangun menghunus senjata power aku punya, tapi nampak gayanya, kau masih berdegil dan buat bilik aku macam rumah kau. cis kau ! memang degil la kau nie, tersangat lah degil ! aku terpaksa bangun dan sanggup membaling bekas kerepek ikan aku ke tepi dan terus mengambil senjata yang nyata tersangat mampu untuk membunuh kau wahai makhluk berwarna hitam. oleh kerana kau, semangat aku untuk ber'online' sekarang nie down sama sekali. siap ah kau. kali nie tak lepas punya !

setelah aku penat kejar kau, tak cukup lagi tu..aku turun naik tilam, tolak kerusi meja aku sampai jadi tunggang terbalik bilik aku dan akhirnya... ! berjaya jugak aku menumpaskan kau. hahahaha got you ! mentang-mentang ah aku besar kau kecik, jangan ingat aku tak boleh masukkan tangan aku kat bawah almari aku tu ha untuk membunuh kau. kau nak tau tak ? kerana kau, aku tak boleh nak teruskan kerja. kerana kau bilik aku bersepah dan kerana kau jugak aku dah batuk-batuk sebab kesan power senjata yang aku guna untuk tumpaskan kau. semoga kau bersemadi dengan aman wahai makhluk berwarna hitam. aku terpaksa membenci kau walaupun kau comel dan tak buat dosa dengan aku pun. kesian, tapi nak buat macam mana lagi kan ?


makhluk berwarna hitam yang berjaya ditumpaskan oleh aku. AKHIRNYA !


sorry la geng, kau memang tak akan dapat lawan senjata aku lah, 800 ml tu babe.


aku kesian kat kau tapi nak buat macam mana ? aku dah batuk-batuk nie ha. salah kau la nie.



p/s : wahai cik lipas yang comel, aku tak bermaksud nak bunuh kau. kau maafkan aku kan ? terima kasih, kau memang terbaik la ! :)

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted