-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MAHA 2010 besar bebenor.





okay sapa yang pernah pergi MAHA 2010 di pusat penyelidikan MARDI tu ? sapa yang dah pergi, jom kita share story ye. aku dah pergi MAHA nie semalam and two words only, 'me, exhausted !'. walaupun penat melampau, tapi seronok gila kot dan aku dapat pengalaman yang sangat2 berharga. haha, actually abah cakap MAHA nie adalah event yang akan dilangsungkan pada setiap tahun. so this year, aku berpeluang pergi memandangkan family aku pun dalam mood bercuti-cuti malaysia sekarang nie. ewah ! actually the main plan nak pergi kenduri kahwin sedara aku di Shah Alam. bila dah selesai menghadiri walimatul urus tu, abah cakap ada banyak masa lagi. plus, mummy pun teruja sangat2 nak pergi MAHA tu sebab asyik telan air liur je tengok MAHA dalam newspaper.

so kami pun bergerak ke kawasan Serdang iaitu di pusat penyelidikan MARDI tu. at first, memang rasa excited lah jugak sebab yelah, nak tengok benda yang pelik tetapi benar. so bila dah sampai kawasan MAHA tu, jalan pun dah tak clear. sangat sesak sampai suatu masa, kereta kami dah tak bergerak. punya lah ramai orang nak pergi MAHA tu. bila pikir balik, no wonder lah sebab kami pergi pun waktu kemuncak and on weekend pulak tu. so takpe lah jalan sibuk mana pun asalkan hajat mummy tercapai. akhirnya setelah penat mencari tempat parking yang sesuai, kami pun dapat jugak walaupun terpaksa round kawasan tu untuk 20 minutes ! oh ya, charge jugak diambil kira, rm3 sekali masuk. tak hairan lah orang ramai parking kereta di luar kawasan MAHA. mahu free katanya. 

di luar kawasan MAHA. sesak oh !


then, kami pun masuk gate utama MAHA. benda pertama kami nampak ialah nangka besar ! oh anda jangan ingat nangka yang normal sememangnya bersaiz besar tetapi nangka nie memang super besar. tak tau lah macam mana diorang nie boleh buat magic untuk besarkan nangka2 tu. sekali godek2, tak jumpa pun nangka yang bersaiz normal. semuanya besar2 belaka. besar yang luar biasa. tuan punya nangka bagi kami rasa, ouch that was so sweet ! rasa teruja betul lah dengan nangka2 nie. subhanaallah, indah ciptaan Allah swt nie kan. aku tengok ramai orang yang berkerumun kat gerai nangka nie. diorang bukan beli pun cuma nak pegang2 atau snaping pictures. tapi malangnya, nangka2 nie banyak yang dah rosak dan busuk, al maklum lah dah seminggu letak dalam MAHA nie kan. tapi yang bestnya buah nangka nie kan, walaupun kelihatan busuk dan rosak di luar tetapi isi dalamnya masih elok dan sedap.


tengok la tu, dah banyak yang rosak tapi masih elok di dalamnya :)


besar gila kan ? tengok la saiz nangka tu dengan kaki berselipar biru.


ingat murah ke ? mahal oh !


setelah puas menjadi orang batak di gerak nangka, kami pun bergerak ke kawasan bunga-bungaan. kawasan nie adalah kawasan yang paling tidak diminati oleh abah and geng boys tapi tidak bagi mummy, nenek, auntie dan geng girls ! tapi aku tak ada lah obsess sangat dengan bunga macam mummy, nenek and auntie. bila sampai je gerai orkids yang berwarna meriah, mula lah diorang tak senang duduk. kejap ke sana tengok bunga orkid merah, kejap ke sini tengok bunga orkid ungu. tapi harga pun boleh tahan lah mahal. ada jugak yang murah2. mummy angkut 3 orkid dan 2 anak bunga orkid. duit ? ohoo..mummy lah paling banyak keluar duit untuk waktu tu. nenek borong anak pokok durian. katanya teringin, pokok durian emas tu ! auntie pulak banyak borong bunga orkid jugak tapi still tak boleh kalahkan mummy. haha lawak gila. tapi kenapa ye aku tak minat tanam bunga macam mummy ?


itu dia anak bunga orkid yang menjadi mangsa mummy.


oppss ! abaikan muka aku yang buruk.


negotiating harga. haha !!

betul2 ajaib !

bila dah puas hati jalan2 kat area orkid, kami pun bergerak la ke layer atas. actually MAHA nie ada banyak stesen. itu yang penat sikit tu. maklum lah, tempat pun besar macam saiz sebuah negeri (haa..hyperbola sikit). so kami pun pergi tempat yang dekat dulu. sampai lah ke kawasan penternakan. nie yang macam terlebih excited bila masuk area nie. ramai sangat orang tapi tak ada sampai nak bertolak2. cuma kalau nak tengok penternakan tu kena bergilir-gilir. aku nie kan tak sabar. haha nak tau apa ada ? jom2.

nie haiwan pertama yang aku singgah.

saiz lamb nie sama besar 2 ekor kambing biasa.


yes beliau bukan lembu biasa. beliau kacukan.

besar kan ? jauh lagi besar drpd my cousin tu.


saiznya sama macam 3 ekor lembu biasa. besar oh !!

si ibu dengan si anak. fuh giant cow !

so itulah antara gambar2 yang aku snapped. actually banyak lagi tapi takkan nak upload semua kan ? mencapap lah pulak katanya. hee ! okay, rasa hati macam tak sia2 lah masuk area penternakan tadi. banyak lagi haiwan lain tapi semuanya kambing dan lembu yang bersaiz oh ya tidak normal bagi aku ya ! that was fantastic and pengalaman pertama bagi aku yang tidak pernah tengok atau pegang lembu dan kambing secara dekat. malu, sorry.

kaki dah mula terasa lenguh penat and whatsoever. rasa macam nak letak bantal je kat bawah tapak kaki. tapi kami masih waras. rasa macam nak balik je sebab ramai dah orang dan kami rasa exhausted. tambah2 lagi dengan pemakaian wedding yang formal macam tu. terasa betul peluh memercik di badan. tapi tak nak balik sebab belum puas lagi. dah alang2 hari penutupan MAHA, apa lagi. balun lah semua kan ? next, kami pun bergerak naik keretapi mini ala2 dalam zoo negara tu untuk bergerak ke stesen berikutnya. bersesak2 tak ingat dunia ! sepanjang dalam mini train tu, kami boleh nampak betapa luasnya MARDI nie and ada macam2 kat dalam nie. ada dewan formasi nenas dimana beribu2 nenas boleh dilihat dan dibuat pintu gerbang yang besar, ada sawah padi (ini aku tak batak lah), ada ternakan ikan2 di dalam tasik dan akhirnya sampai ke destinasi kami iaitu laman sayur-sayuran ! excited lebih sebab hajat hati nak tengok sayur2 yang bersaiz abnormal. jom !


hey look ! aku di bawah sayur2 yang besar, it wasn't fake okay.

lagi sikit je sayur tu nak lawan payung

aku lah raja buah kundur !

rahsia sayur2 nie besar sebab pokok die pun super besar.

nie cili padi ye, bukan cili yg panjang tu tapi ianya besar.

nie jenis2 labu yang tak pernah tengok dalam hidup aku.

okay nie yang paling dahsyat. semuanya besar2 belaka.

pergh smart tu hero aku, that's my daddy :)

ha, semua pakat rebut beli limau.

dan banyak lagi kenangan sepanjang pergi MAHA semalam. and yes, what a tiring day. but we had fun yah ! cuaca pun agak bagus walaupun dah nak hujan. tapi sekurang2nya tak ada lah nak rasa panas terik kan sepanjang jalan. tapi satu perkara yang aku kurang suka ialah part nak balik ke gate utama. pergh tension gila ! dan aku pasti semua pengunjung MAHA pun rasa macam apa yang aku rasa. tension dengan crowded place dan mini trains yang menjengkelkan. haiyoo ! nak buat macam mana dah kan, dah itu kerja diorang. so apa yang penting, sabar je lah dalam hati.

okay dah tiba masa untuk pulang ke rumah. di MAHA jugak kami berpisah. family aku balik rumah, auntie and nenek balik rumah diorang. pengalaman yang menyeronokkan. alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan Allah swt dan kami sempat sampai di Kuala Selangor tepat jam 7.30 malam. perut dah berkeroncong mendendangkan lagu yang aku tak suka. kami pun bersolat dulu di masjid besar Kuala Selangor dan after that, kami pun menikmati hidangan KFC, yippie ! (huh, ayat skema kan).  


HAPPY BIRTHDAY TO MOMMY !

nie birthday cake mummy on 4th aritu :)

serabut ! nie celebrated mummy's birthday sekali.


okay tamat di sini sudah cerita di MAHA. kalau ada apa2 info tambahan atau pun pembetulan, do tell me. bagi sesiapa yang tak berpeluang nak pergi MAHA, it's okay. ada lagi kot tahun depan, insyaallah (mandai2 je budak baju hitam nie). kalau malas nak pergi MAHA, boleh lah tanam buah2 dan sayur2 gergasi di belakang rumah anda. pakai baja tahi kerbau pun boleh ! ;)






p/s : semalam aku tido awal sebab penat, tak pernah2 aku tido awal sampai mesej unny pun aku tak balas. i think, it was a miracle !





-iqin-

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted