-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

kisah di sebuah makmal sains (ini cerita benar !)


entry kali nie aku nak berkongsi pengalaman tentang sesuatu perkara yang melibatkan kewujudan makhluk halus. err..maaf lah ye kalau anda bosan untuk membaca entry aku yang tak habis habis dengan cerita hantu. tapi yang nie memang betul oh ! aku alami sendiri pengalaman nie dan sampai sekarang masih segar dalam ingatan. sebenarnya banyak jugak pengalaman seram yang aku alami tapi yang lain macam tak berapa best sangat untuk dikongsi bersama. aku pilih randomly, then untuk kali nie aku nak berkongsi pengalaman semasa berada di alam sekolah menengah. kali nie situasi berlaku bukan di rumah lagi, tapi kali nie di sekolah menengah aku. adoih !

kalau tak silap, situasi nie berlaku semasa aku berada di Tingkatan 4 atau Tingkatan 5, aku tak berapa ingat sangat. yang aku pasti, situasi nie berlaku semasa aku sedang giat menyertai pertandingan kawad kaki peringkat negeri di sekolah aku. oh aku rasa mungkin waktu tu aku Tingkatan 4 lah kot sebab di sekolah aku, Tingkatan 5 digalakkan untuk mengurangkan aktiviti dan kegiatan kokurikulum. maklum lah, dah nak SPM. so pihak sekolah suruh fokus kepada kurikulum je. waktu tu semua orang yang terlibat dalam pertandingan kawad kaki tu tak senang duduk sebab gementar nak bertanding. kelakar lah pulak bila dikenang semula kenangan-kenangan sepanjang pertandingan tu berlangsung. zaman muda mudi lah katakan. heheh

pada malam kejadian tu berlaku, aku dan beberapa kawan aku wajib terlibat untuk menghadiri kelas tambahan untuk subjek Biologi di makmal sains. sebenarnya ada banyak sangat makmal sains kat sekolah aku tu. aku pun tak ingat lah waktu tu aku berada di dalam makmal sains yang mana satu. semua makmal sains ditempatkan di sebuah bangunan je. so bila mana-mana kelas yang nak guna makmal sains untuk subjek subjek yang berkenaan, memang kene bergerak ke bangunan tu. bangunan tu agak terasing dan senyap je kalau lalu waktu malam. seram weh ! bila lalu di kawasan tu sebab nak pergi kelas member, mesti kena jalan laju laju sebab takut gila. berbalik pada cerita asal, kelas Biologi aku waktu tu berlangsung di makmal sains yang berada di aras paling bawah, iaitu aras G. di sekeliling makmal tu semuanya gelap dan suram, tapi terang lah sikit sebab ada cahaya daripada lampu kalimantang kaki lima, tu pun jauh. kawasan tu terang sikit semata-mata daripada cahaya dalam makmal yang aku duduk tu je.

okay, kelas pun berlangsung dengan aman dan damai. hanya suara Cikgu Uyun je yang kedengaran. pelajar semuanya senyap belaka. tak tau lah senyap sebab mengantuk atau sebab tekun gila. waktu tu aku pun sebenarnya terasa agak ngantuk sebab letih dengan latihan kawad kaki setiap hari, seolah-olah macam tak cukup rehat pun ada. tapi aku tak ada lah sampai tersengguk-sengguk hingga menghasilkan hayunan berukuran 350 darjah. fokus aku masih ada (ini alasan untuk cover line). suasana memang senyap gila sampai aku rasa 'eh sekarang nie ada kelas ke tak dalam makmal nie ? apesal macam semua orang tekun sungguh ?'. sepanjang kelas berlangsung tak ada sapa sapa atau apa jenis binatang pun yang lalu lintas di luar kawasan makmal. kalau ada yang lalu, aku dah perasan sebab bunyi tapak kaki atau suara. tapi yang pastinya, sepanjang kelas berlangsung memang tak ada sorang pun lalu.

semasa aku sedang khusyuk memahami apa yang Cikgu Uyun ajar, tiba-tiba ada sesuatu yang telah mencuri tumpuan aku. ya, aku pasti telinga aku tak pekak. buktinya sebab petang itu, sebelum aku turun untuk dinner ke dewan makan aku dah bersihkan telinga okay (ini pun nak kene bagitau ke cik iqin ?). jadi, memang terbukti yang kemahiran dan pengamatan pendengaran aku agak cemerlang waktu tu. nak tau tak apa yang aku dengar ?


aku : mira y. kau dengar tak apa yang aku dengar ? (berbisik ke telinga kawan aku)
mira y : kau dengar ape ? (berbisik jugak)
aku : err..bunyi tapak kaki orang berjalan pakai kasut kawad. bunyi ladam kasut weh ! (masih berbisik sebab takut kantoi dengan Cikgu Uyun)
mira y : eh ! aah ! aah ! aku dengar jugak sekarang nie. aku ingat aku sorang je yang dengar.
aku : weh aku pun dengar jugak wehhhh. 
mira y : sekarang nie ada lagi kan ? tengah berjalan kat luar makmal nie ha. ko boleh dengar lagi tak ?
aku : aku dengar lagi sekarang nie. serious dowh !


Mira y atau nama sebenarnya ialah Amirah Yusof adalah member satu sekolah aku (what the lahh, dah duduk sebelah mesti lah satu sekolah ye tak ??). member satu dorm. katil pun sebelah sebelah dalam dorm Kenanga 1 tu. malam tu pun dia terlibat jugak untuk menghadiri kelas Biologi dengan cikgu Uyun. dia duduk sebelah aku waktu tu. dia ingat ke tak cerita nie, entah lah. kami dah tak pernah bukak cerita pasal benda tu lagi selepas kejadian tu berlaku. sebab takut sangat, masing-masing dah bagi warning sesama sendiri jangan bukak apa-apa pun cerita pasal hantu kat sekolah sampai dah tiba masanya untuk kami menjejakkan kaki keluar meninggalkan sekolah tu selepas habis SPM.

pada malam tu, aku terdengar bunyi seseorang sedang berjalan di luar kawasan makmal. bunyi tu kedengaran macam ada seseorang sedang berkawad di atas simen, di mana kawasan tu hanya lah berdekatan dengan makmal yang aku duduk. sumpah seriously aku seram waktu tu weh ! terus meremang bulu roma aku. tapi aku tengok orang sekeliling macam buat tak tau je. semuanya tekun dengar cikgu Uyun mengajar. tak hairan lah kalau aku dan mira y je yang dengar sebab kami berdua berada di meja makmal yang betul betul terletak di kawasan tepi tingkap yang berhadapan dengan kawasan luar makmal. jarak antara tingkap dan kami memang tak sampai satu meter pun !

aku geleng geleng kepala aku, takut ianya hanya perasaan aku je. mungkin betul jugak sebab aku kan penat dengan latihan kawad kaki setiap hari siang dan malam. tapi aku pasti waktu tu aku berada dalam keadaan sedar. bukan separuh sedar ke 1/4 sedar ke apa. tapi memang aku sedar ! dan telinga aku pun boleh tangkap dengan jelas setiap bunyi yang terhasil daripada 'pergerakan' tu. sebenarnya 'pergerakan' tu tak ada buat bunyi macam orang betol betol berkawad. tu macam tipu lah kan. tapi yang aku dengar tu, 'benda' tu macam sedang berjalan-jalan perlahan dan yang seramnya tu 'benda' tu macam pakai kasut kawad pulak. as we know, kasut kawad memang berbunyi kan ? sebab ada ladam kat bawah tapak kaki kasut yang berfungsi untuk menghasilkan bunyi tapak kaki yang mantap gila kalau sedang berkawad di padang. just imagine lah kalau kasut kawad berladam tu digunakan dan berjalan di atas simen. bukan ke akan menghasilkan bunyi yang kuat dan agak bising ? jalan sikit je bunyi dah meriah gila.

aku kira benda alah tu berlaku dalam masa 10 minit lah kot. memang lama gila sampai aku rasa macam takut sangat. sampai kan kami berdua tak berani nak pandang kat kawasan luar makmal lagi waktu tu. masa aku perasan bunyi tu pun aku tengok luar tapi memang tak ada sapa sapa pun kat luar. memang kebiasaannya semua orang tidak dibenarkan untuk buat latihan kawad sebab latihan kawad di sebelah malam hanya dibenarkan apabila waktu prep malam hampir habis atau pun selepas waktu prep malam. memang sah sah tak ada sapa sapa kat luar tu kan ? lebih lebih lagi bangunan makmal memang agak terasing daripada bangunan-bangunan yang lain.

sekurang-kurangnya aku tak ada rasa menipu diri sebab mira y pun dengar benda yang sama. waktu kami berdua perasan bunyi tu, mira y pesan jangan pandang luar. dia suruh aku buat tak tau je sampai lah bunyi tu senyap dengan sendiri. aku pun buat buat tak tau dengan bunyi tu. mata aku memandang cikgu Uyun je kononnya sedang tekun belajar lah ? tapi hakikatnya telinga aku dok asyik mendengar bunyi orang berkawad tu dan hati aku rasa sentiasa tak tenang. aku tengok muka mira y pun pucat semacam sebab takut sangat. tapi alhamdulillah syukur kepada Allah swt sebab tak lama lepas tu, bunyi tu pun hilang. habis je kelas Biologi tu, kami terus berlari ke kelas masing-masing walaupun bukan kami berdua je dalam makmal tu, ramai lagi kot !

sampai ke hari ini bunyi tu masih segar dalam ingatan aku. mana tidaknya, bunyi yang kita dengar sendiri, melalui mata telinga kita sendiri. dah tentu susah kita nak lupa kan ? tak sangka malam tu aku boleh dengar bunyi tu secara alive. sebelum tu, aku banyak dengar jugak cerita-cerita panas daripada seniors, antaranya tentang isu orang terdengar bunyi satu platun sedang berkawad pada pukul 2 pagi di atas padang bola keranjang yang terletak jauh daripada asrama kami. OMG ! selalunya memang macam tu. setiap tahun kalau sekolah aku sibuk buat latihan untuk pertandingan kawad kaki mesti ada terdengar cerita-cerita yang tidak menyedapkan hati. kena pulak aku malam tu, malang betol. tapi tak apa, sekurang-kurangnya aku dapat pengalaman sebenar jugak la kan ?



kasut kawad berladam yang aku pakai. dan mungkin jugak sama macam yang 'benda' tu pakai. smart je bunyi weh ! -hasil carian google 1-

pertandingan kawad kaki peringkat negeri  -hasil carian google 2-



apa motif 'benda' tu nak bagi aku dan mira y dengar ye ? kenapa kalau betol 'benda' tu memang nak kacau kami then kenapa harus dia guna kasut kawad ? mentang mentang lah kami sibuk dengan latihan kawad kaki waktu tu. seram jugak kan, dalam keadaan senyap sunyi dan gelap suram tiba-tiba ada pulak terdengar bunyi tapak kaki berkasut ladam sedang berjalan-jalan berdekatan dengan anda. lama pulak tu ! ya Allah, mintak-mintak dijauhkan lah kalau benda nie terjadi kat anda. aminnnnnn






Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted