-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

satu kisah di sofa panjang (ini kisah benar !)


okay entry kali nie aku nak bawak anda ke alam penuh misteri. oh my, alam misteri apekebenda la nie, duh. mesti wajib bawak anda ke alam misteri aku. sebab adil lah kan, asyik aku je kena tapi korang tak kena. mana aci ! kali nie best ke tak best ke aku tetap nak cerita. nak cerita jugak nie ! heheh

sebenarnya aku ada satu lagi pengalaman yang agak menakutkan tetapi macam nak percaya tak percaya tu pun ada jugak. tapi kena percaya sebab perkara nie berlaku depan mata aku. dan mangsa yang dipilih adalah aku. perkara nie dah lama berlaku. semasa aku masih berada di tingkatan 3 sekolah menengah. oh ya, aku ingat lagi. waktu tu cuti sekolah. so cuti panjang sikit. maklum lah, sekolah aku tu kedekut nak bagi cuti. susah benor nak dapat cuti panjang. tak boleh tengok orang senang sikit. huh ! (marah2)

rumah aku ada banyak bilik dan setiap seorang ada bilik sendiri. kecuali adik aku yang bongsu dan sepupu aku arip. aku duduk bilik yang memnag bilik untuk aku seorang sahaja. jadi disebabkan keistimewaan duduk bilik secara berseorangan, maka bilik aku agak 'angker'. haha dah mula rasa seram ke ? oh belum lagi ek. okay takpe. kita tau sebelum nie orang2 tua cakap kalau bilik yang dah lama tak disentuh dan didiami, maka ada penunggu yang akan menunggu di bilik tu. at first, aku tengok bilik aku tu agak menakutkan sebab aku rasa macam masuk rumah hantu kat fun fair pulak dah. tapi aku rajin. aku pun bersihkan segala raja pemaisuri habuk sawang kat dalam tu. aku rajin kan ? RAJIN.

satu tabiat aku yang anda perlu tau. aku nie nak kata terpilih dalam golongan insomnia pun aku tak pasti. tapi aku nie kiranya ala2 spesies kelawar manusia iaitu tak tido malam atau baru masuk tido dalam anggaran pukul 4 atau 5 pagi waktu Malaysia. aku selalu jugak cuba nak tido awal tapi memang tak boleh. sob3. so untuk menghilangkan penyakit kelawar aku nie, aku akan menonton tv sampai mata lebam. oh ya, sorang diri je tengok tv di ruang tamu dan dalam suasana yang gelap. ahli keluarga lain semua duduk dalam bilik masing2 tapi aku duduk sorang2 kat sofa di luar. ruang tamu yang luas. rumah aku ada dua ruang tamu dan dua2 pun luas. jadi ruang tamu pertama akan menjadi terlalu seram untuk setiap malam. diulangi..setiap malam. ruang tamu kedua pulak dekat dengan dapur dan tak terlalu jauh dengan kawasan bilik-bilik. so ruang tamu nie tak akan menjadi seram untuk setiap malam ye.

nak dijadikan cerita (ayat typical aku), satu malam aku tengok tv sorang diri kat ruang tamu kedua. okay semua orang dah sedap2 berdengkur, aku pulak dok tension tak boleh tido. malam tu cerita kat astro pun tak best mana, tapi bosan punya pasal aku pun layan je lah. seingat aku, waktu tu dalam pukul 1.30 pagi. memang sesuai lah tu dengan perkataan 'seram'. tambah2 lagi suasana sangat gelap, ruang tamu hanya diterangi dengan lampu tv je. sedang aku asyik tengok tv, tiba2 channel tv bertukar dengan sendirinya. aku macam tergamam seketika. biar betik ? okay anda tak dapat tangkap lagi ? okay2 kalau rumah anda ada astro, macam mana keadaan tv kalau anda tukar ke channel yang lain ? akan ada keluar number channel yang anda tekan di button remote control kan ? lepas tu ada pulak bar berwarna biru yang akan tertera di kaca tv anda kan ? ala, bar biru yang tunjukkan masa dan tajuk rancangan yang sedang ditayangkan tu ? okay paham kan ?

sedang mata aku asyik tengok tv tiba2 keluar pulak 3 nombor di skrin tv aku. aku tak ingat lah nombor tu. then dengan sendirinya channel tertukar. aku yang sedang kunyah kerepek pisang waktu tu terus berhenti mengunyah. eh aku tertekan ke ? kot2 lah aku khusyuk sangat then aku tertekan ke ape ke. so aku pun meraba2 dalam gelap di sekeliling aku, nak mencari remote control. mana lah tau ada kat kaki aku kan ? but tak ada pun. anda nak tau tak dimana sebenarnya remote control aku waktu tu ? oh ya, dengan mata kepala aku sendiri, remote control tu berada di hujung sofa tempat aku duduk. yang paling tragisnya, aku pun waktu tu duduk kat hujung sofa yang lagi satu ! okay remote control tu teramatlah jauh dari aku tetapi kenapa channel tv boleh tertukar sendiri ? wallahualam. 

aku jadi tak sedap hati terus tutup bekas kerepek pisang aku perlahan-lahan. lepas tu aku bangun perlahan-lahan dan tutup tv dan kipas pun perlahan-perlahan. semuanya perlahan-lahan sampai lah aku berjalan masuk bilik sebab takut sangat pun perlahan-lahan ! aku tau benda tu tengah ada dekat dengan aku. mungkin jugak perhatikan aku. tapi dalam masa yang sama, aku cuba sedapkan hati. 'takpe iqin, yang tekan tadi tu mungkin angin kipas or mungkin remote control rosak la kot'. sampai depan bilik je terus aku melompat masuk dan kunci pintu. aku bukak segala lampu dalam bilik sebab aku takut sangat. seriously bulu roma aku meremang waktu tu. aku terus baring atas katil dan tutup seluruh badan aku dengan selimut. aku paksa mata aku pejam. 'takpe iqin, remote control tu rosak la tuuuuuuuuuuuuuuu;.

mummy : iqin, bangun solat subuh. dah pukul berapa nie ? (macam biasa, mummy akan berleter di subuh hari)
aku : haaa...ha, okay2 (mamai mamai)
mummy : kamu tido kenapa pasang lampu terang benderang nie ? 
aku : haaaa...

disebabkan aku terlalu mamai, mummy malas nak layan dan pergi dari bilik aku untuk kejut adik beradik yang lain. waktu tu aku pun bersiap-siap untuk solat subuh dan baru aku sedar yang aku tido dalam cahaya terang-benderang. esoknya, cepat2 aku pergi ruang tamu kedua dan periksa semula tv yang aku tengok malam tadi. aku check jugak remote control. kot2 lah rosak ke atau nak mendajjal aku malam tu. tapi telah terbukti, semuanya okay dan tak ada apa2 kerosakan kot. aku macam..speechless ! 

aku cerita benda tu kat mummy dan abah. diorang gelak je. mungkin jugak sebab perasaan aku je. aku dah agak, memang tak ada sapa percaya. tapi tengok air muka abah dan mummy, aku tau jauh di sudut hati diorang, diorang percaya dengan cerita aku. biasalah dah pindah masuk kawasan kampung macam nie selalu lah ada yang singgah nak tumpang sekali, kata abah. macam apa yang aku cakap di entry yang lepas2, tak mustahil kan makhlus-makhlus halus tu wujud atau ya, mungkin jugak sedang berada di sebelah anda sekarang nie ! kih3. btw, sampai sekarang aku terpikir. maknanya malam yang aku kena 'kacau' tu, bukan aku sorang je lah yang tengok tv dan berada di ruang tamu kedua sorang2 ? maknanya ada jugak lah member2 lain yang join ? dan..bukan aku sorang lah yang duduk kat sofa panjang aku tu ? hanya Allah swt je yang tahu.


p/s : jangan biarkan hidup anda diselubungi....misteriiiiiiiiiiiiiii ~ (sila bunyikan dengan nada rancangan Misteri Nusantara ye)

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted