-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

kenapa lelaki susah nak faham hati wanita ?

lelaki dan wanita memang diciptakan oleh Allah swt untuk bersama. cinta antara lelaki dan wanita adalah salah satu nikmat daripadaNya yang indah dan layak untuk dimiliki oleh setiap insan tak kira pangkat dan darjat. gay ? lesbian ? alahai, dunia akhir zaman begini lah jadinya. manusia sekarang dah terlalu open minded dengan isu gay dan lesbian. kadang kala terlintas jugak di fikiran aku. kenapa boleh wujudnya rasa cinta dengan kaum sejenis ? kau lelaki aku lelaki. kau perempuan aku perempuan. apakah aku betul-betul istimewa di mata kau sehingga terbitnya perasaan cinta walaupun kau perempuan aku perempuan ? istimewa sangat ke aku sampaikan kau boleh cakap kau cinta kau sayang aku hingga ke langit ketujuh walaupun kau lelaki aku lelaki ? wallahualam. hanya mereka yang faham saja mampu jawab persoalan tu. itu hak dan urusan masing-masing. buat apa kita nak kacau hidup orang kalau hidup diri sendiri pun belum tentu dah bagus ?

ah bukan tu yang aku dok pikir sekarang. aku masih berada di takuk yang lama. aku masih seorang perempuan sejati. perempuan yang mahu mencintai dan dicintai oleh insan yang bernama lelaki. cewah ayat tak nak kalah kan. di pandangan mata aku masih istimewa lagi insan yang bernama lelaki untuk dijadikan pahlawan atau pun raja di hati. pernah jugak aku ditawarkan cinta oleh wanita lain, tapi aku tolak dengan baik walau pun dalam hati beristighfar banyak-banyak. takut weh ! terasa macam seram sejuk je badan aku waktu tu. tapi ada satu persoalan yang masih berterbangan melilau lilau di kepala otak aku nie. aku pasti aku yakin wanita lain pun mesti pernah terlintas di fikiran pasal persoalan nie.


"kenapa ye lelaki susah nak faham hati seorang wanita ?"


cukup susah sebenarnya untuk aku jawab soalan nie. eh apesal aku pulak yang jawab ? cukup susah sebenarnya untuk lelaki menjawab soalan nie. mungkin ada segelintir lelaki yang mengakui 'oh aku faham bebenor hati wanita nie. cakap lah gebang mana pun, aku pasti faham punya lah'. tapi tak semua macam tu. susah nak cari jenis lelaki macam tu. bak kata Ne-Yo, "you're so one in a million". masakan aku pernah jugak tanya benda nie kat boyfriend aku. waktu aku aku agak hot macam seterika sebab bergadoh dengan dia. jawapan dia ? pergh jawapan dia membuatkan aku rasa macam nak baling seekor lipas je kat badan dia. heheh


aku : abg, kenapa abg nie susah nak paham hati perempuan ha ? kenapa susah sangat lelaki nak paham ha ? (nada bengang)
unny : laaa..dah abg bukan perempuan. memang lah abg tak paham syg.


lepas unny jawab macam tu, aku terus jadi kendur. rasa nak marah tu hilang serta merta sebab dia bagi jawapan yang aku rasa macam eyhhhh !!! nak kata lawak pun ada. tapi macam betul pun iye. macam bangang pun ada jugak. kita tengah hot hotter hottest membakar, dia boleh pulak cakap benda yang nonsense. masyaallah, maaf lah ye unny.

susah sebenarnya memang susah lelaki nak faham hati seorang wanita. kita nak mintak yang itu, dia bagi yang lain. kadang-kadang langsung tak ada kene mengena dengan apa yang kita mintak. sebagai contoh, kita nak sesuatu yang romantik macam candle light dinner sempena our birthday tapi dia bawak kita makan restoren mamak. kita inginkan baju gaun yang cantik comel tapi dia belikan baju t-shirt bercorak printed tertulis 'Saya Sayang Kucing Saya'. kita inginkan dia bawak kita tengok wayang midnight tapi dia bawak kita pergi lepak Dataran Merdeka di KL. kita inginkan dia bagi kita sejambak bunga ros tapi dia bagi kita gula-gula Smarties. what a joke ! heheh

tapi..tapi..semua tu sebenarnya tak bermakna lelaki memang tak faham langsung hati wanita. kalau wanita itu sedang bersedih, mereka akan cuba pujuk walaupun mereka tak tahu macam mana cara nak buat kita berhenti bersedih. kadang-kadang kalau mereka cuba pujuk, kita jadi benci dan kita jadi semakin berasa sedih. ha, nangis tak berlagu ! walaupun mereka susah nak faham hati wanita, tapi mereka cuba menjadi dan memberi yang terbaik walaupun bagi wanita apa benda yang diberikan oleh lelaki tersebut sama sekali tak masuk akal. kita belajar menerima kekurangan dan kelebihan yang ada pada lelaki tersebut. sememangnya Allah swt menjadikan lelaki itu susah memahami hati wanita. itu sudah menjadi lumrah kehidupan. kalau lelaki itu dah faham pun, dia tak akan faham semuanya.

like my boyfriend, dia tak romantik pun. aku inginkan benda lain, dia bagi benda lain. kadang-kadang dia tak tau apa yang aku inginkan sebenarnya. tapi dia cuba jugak buat aku rasa gembira dan bagi apa saja yang boleh buat aku tersenyum kalau aku sedang marah atau sedih, walaupun tak ada hebat mana pun apa yang dia bagi. tetapi semua tu aku tak pandang. aku tak pandang sehebat mana hadiah yang boyfriend aku bagi. aku tak menilai semahal mana dia nak bagi hantaran kahwin kat aku. aku tak pandang setinggi mana bangunan pencakar langit dia nak bagi kat aku (okay ini tipu). sebab apa yang penting bagi aku ialah aku menghargai kasih sayang dan usaha yang CUBA diberikan kepada aku walaupun kadang-kadang aku ignore je dia. kesian boyfriend aku kan. ye aku memang jahat  :')


Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted