-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

kasih sayang mummy :')


lagi satu hari je untuk usia aku menginjak ke nombor 21. wah, dah 21 tahun ke ? aduhai cepat betol masa berlalu. terasa macam semalam je aku sambut birthday aku yang ke 20. dah 21 tahun, maknanya aku sudah layak bergelar sebagai perempuan yang berstatus dewasa. oh aku semakin jauh dan terus jauh untuk meninggalkan zaman kanak-kanak aku. sob sob sob

bila usia semakin meningkat dewasa, maka tiada lagi kegedikan yang diperlukan dalam hidup. semua perkara kena fikir sendiri. semua perkara memerlukan diri kita bertindak secara matang. oh tidak ! tiada lagi zaman abah nak belikan aku anak patung barbie yang sekarang makin cantik bergaya banyak dijual di pasaran. tiada lagi zaman abah mummy nak bagi aku duit raya yang banyak banyak tiap kali tibanya hari lebaran. tiada lagi zaman nak panggil 'ala bucuk bucuk intan payung, meh makan bubur sini meh'. haiyo.

tapi pada hari nie entah kenapa mummy terlalu rajin untuk mengulangi kemanisan zaman yang terlampau (over gila ayat, maaf la ye). sebelum nie, aku shopping seorang diri saja. kalau ada teman pun, kawan aku je lah, tak pun kaktah. jarang mummy nak teman aku bershopping dan bawak aku ke hulur ke hilir sebab sibuk. abah dah tentu dapat excuses sebab abah dah tak larat nak teman anak gadis dia bershopping. kalau dulu time kecik kecik, mummy lah orang paling rajin jadi shopping guider aku. tapi hari nie mummy sungguh baik hati dan bersetuju menemani aku bershopping untuk beli barang barang nak balik ke Melaka. dan....! aku tak keluar duit sesen pun. mummy jadi full time driver lagi tu. thumbs up lah mummy. seriously air mata nak tertumpah dah nie. sob sob sob



bergaya dulu di depan pagar rumah. perlu ke ?? ha, perlu perlu !


itu dia mummy kesayangan aku. tekun sungguh memandu ye ?


tak puas depan pagar rumah, dalam kereta pun harus.




skill depan cermin harus dipertingkatkan, bakat perlu diketengahkan. bakat lah sangatttt -.-'


prestasi skill semakin meningkat. tahniah cik iqin *ini satu perlian oleh cik iyah*


membeli tudung aku, mummy tawar menawar. terbaik !


i've found this car, seriously aku cair weh. tokey emas punya la daaa~


singgah kedai emas sebab mummy nak beli gelang baru. walaweh !


tak boleh nak senyum lebat sebab malu kalau tokey emas perasan aku bergambar.


terima kasih mummy sebab sudi teman aku shopping tadi, siap jadi sugar mummy aku lagi tu. borong banyak gila barang barang best. sangat seronok sebab dah besar pun still mengharap mummy nak teman shopping, dan akhirnya berjaya ! yelah nak suruh boyfriend pun tak boleh, boyfriend sibuk dengan karier dia. sob sob sob. sepetang bersama mummy pun dah cukup best daripada sepetang bersama si kosong (si kosong = tak ada sapa sapa nak teman). bila dah balik Melaka, jangan harap nak ajak abah mummy shopping. sob sob sob sekali lagi.

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted