-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

aku gila BR, apa kau kisah ?












urrrrmmmppphhhh !!!!






kelazatannya. kemanisannya. nikmatnya. kedinginannya. kemahalan harganya (=_='). semuanya boleh digabungkan. all at once, it's Baskin Robbin ! yippie ! sedap tak terperinya ais krim BR nie sampai aku rasa nak beli banyak kali dan berkali-kali dan sekali banyak-banyak. tapi bila tengok price dia, urgh telan air liur gamaknya. mahal gila kot ! rasa kalau beli yang set pint punya, mak aihh..tertelan air liur berkali-kali sampai air liur pun dah kering dalam mulut.

oh ya, aku memang penggemar ais krim BR. kiranya kalau aku jawab kuiz dalam rancangan AC Mizal tentang ais krim apa yang menjadi kegemaran aku, dah pasti aku akan jawab dengan kuatnya, "ya, saya suka ais krim Baskin Robbin !" dengan penuh kemegahan dan kesungguhan. tapi jangan harap lah nak naik atas pentas dan duduk di atas kusyen yang bertentangan dengan AC Mizal. ya, aku tau sapa aku nie. aku tau. kalau tak dapat naik pentas AC Mizal bercerita pasal ais krim BR, dapat offer jadi duta BR pun jadi lah. terubat sikit keinginan di hati ini.

walaupun aku penggemar ais krim BR, tapi secara nyatanya aku tak selalu pun masuk kedai BR dan bercakap 'hello saya nak ais krim double scoop untuk one cup' dengan abang2 atau kakak2 yang kerja di kedai tu. dengan graf peratusan duit poket aku yang semakin hari menurun dan tidak memberangsangkan, aku akan berfikir 4 atau 5 kali untuk beli ais krim di kedai BR, walaupun beli set yang paling murah ala2 budak kecik nak makan je. mahal ! sekali lagi, mahal mahal mahal mahal dan mahal ! walaupun scoop yang paling murah mau mencecah RM10, tapi bila pikir RM10 tu lebih berbaloi untuk belanja makan selama dua hari daripada nak beli ais krim BR yang boleh habis dimakan selama 15 minit ! dammit.

tapi aku tak kuat iman lagi kalau kerap sangat lalu kedai BR nie kat mana2 shopping complex yang aku pergi. sekali nampak je mesti buat2 rajin lalu sebelah kedai BR dan usha2 flavor ape yang tinggal. kalau yang cikai2 je tinggal, aku tak nak singgah (boleh pulak suka suki je cakap cikai2 kan ?). kalau dah teringin sangat aku akan paksa kaki aku masuk kedai BR dan pesan double scoop. mata mesti tak lekang tengok flavor strawberry cheesy atau chocolate chip. ah, tu dia favourite aku. dua benda nie je lah selalu aku order, yang lain2 aku tak layan walau meriah mana pun warna dia nak memikat aku untuk membeli. cis !

satu ketika aku pernah terlalu gian sangat nak makan ais krim BR nie, aku sanggup buat apa je semata2 nak makan benda alah nie. that time aku dalam perjalanan menuju ke Melaka dari KL. tumpang sorang member aku nie. so guna lah jalan highway KL sampai ke Ayer Keroh. then akibat terlalu gian dan debaran anak tekak yang keterlaluan, aku pun paksa member aku tu berhenti kejap di perhentian highway seremban. ala, yang ada restoren sha la la tu. glamour gitu ! belum pun sempat member tu nak cari parking, aku dah bukak pintu and melompat keluar. aku terus jalan laju2 masuk ke kedai BR tu. pergh, terus order 2 cups with double scoops lagi tu ! memang gila. tapi cost pun gila lah jugak. sekali cashier sebut harga keramat untuk dua benda alah tu, aku pun menggelabah cari duit dalam purse. haha takut ? jangan takut, duit aku cukup dan akhirnya aku melangkah keluar dari kedai BR tu dengan sebuah senyuman yang sangat gemilang.

itulah sebuah kisah yang bertajuk, 'Iqin Yang Gila Sedang Membeli Ais Krim Baskin Robbin'. okay malam nie pun actually malam aku yang gila. gila sebab tadi tengok iklan BR nie kat tv. tengok orang2 dalam iklan tu kemain makan BR secara percuma, aku jeles lah apa lagi. jadi malam nie anak tekak aku dah bergetar kencang sebab betul2 gian nak makan ais krim BR tapi halamak, purse aku tu dah lama tak berkepuk. bukak je mesti ada rama-rama keluar. mesti hati aku hambar je bila tengok duit2 dalam purse aku tu. janji2 tak mau bukak ! i wish i wish ais krim BR muncul dalam mimpi aku malam nie. blink blink blinkkkkkkk !!!!






p/s : kalau fulus mantap, aku beli 5 6 scoopes pun tak apa.






-iqin-

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted