-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

hitam itu menawan ;)


HITAM. 


tak semua orang suka warna hitam. ada orang tak nak ada sikit pun tercalit warna hitam even though di pandangan mata dia sekali pun. kalau nampak warna hitam je mesti rasa nak marah nak benci nak kutuk. ada orang yang terlebih obses dengan warna hitam pulak. semua benda yang ada dalam hidup dia mesti wajib berwarna hitam. tak kisah lah apa-apa pun yang penting semuanya warna hitam. pelik ye ? tapi ada jugak yang suka warna hitam yang mesti dan harus wajib digabungkan dengan warna-warna lain. tak kisah warna apa pun, janji kena selit sikit warna hitam. nak beli kain ela baju pun, warna hitam kena ada. hubby suruh beli baju warna hijau je tapi wife nak jugak susah-susahkan diri beli baju warna hijau yang ada corak-corak hitam. terpaksa pusing satu shopping complex tu sampai berjam-jam lamanya. aduhai, payah memang payah. -.-'

bagi pandangan mata aku, warna hitam adalah satu warna yang 'mahal'. elegant. mysterious. versatile and stunning. walaupun ada sesetengah orang tak suka warna hitam sebab katanya warna tu warna mati. warna tak ceria. warna kelam..kusam..masam ? no big deal, itu semua bergantung kepada citarasa individu tersebut. usually kalau aku nak membeli atau memiliki sesuatu, aku akan mencari sesuatu yang berasaskan warna hitam. atau kalau tak dapat warna hitam pun, aku mesti cari yang berasaskan warna gelap. sampai ke hari nie setiap jenis barang-barang peribadi aku mesti ada yang berwarna hitam. tak sah tak ada warna hitam weh. dan ya, warna gelap itu penting untuk mempamerkan identiti seseorang but for sure dengan cara yang sepatutnya, not like gothic, emo or whatsoever.

warna hitam tak semestinya warna hitam macam burung gagak tu je yang anda boleh bayangkan. ada banyak jenis iaitu, hitam berkilat. hitam berkilat adalah warna hitam yang sangat berkilat. hitam legam ialah hitam yang sangat-sangat hitam, hitam terlampau. hitam manis ialah warna hitam yang kemerah-merahan. ha, ni yang selalu orang dok kaitkan dengan kulit orang nie ! hitam tampuk manggis pulak ialah warna hitam yang menyerupai warna kulit buah manggis. dan the last one, hitam kusam. hitam yang tidak berseri. mana satu agak-agaknya paling versatile bagi anda ? heheh



-hasil carian google-



dress Black Halo Royal Blue Combo ? aku suka sangat dengan dress nie. yeah, baju yang berasaskan warna hitam kan ?  waktu aku window shopping di JJ Bukit Tinggi Klang hari tu, aku ada masuk ke sebuah butik baju nie tapi aku tak berapa ingat lah apa nama butik tu. i think it started with the capital of D or something, i dont know. aku cuma sempat tengok tengok dan belek membelek je dress tu dimana design dress tu adalah sebijik sejiban dengan design dress di atas nie. aku pasti dress tu agak mahal. bukan agak dah, dah memang mahal pun ! antara sebab kenapa aku suka dress black halo combo nie ialah ianya sungguh elegant, versatile dan ada motif istimewa apabila dipakai. warna hitam pada dress nie lebih menyerlah berbanding dengan warna biru tu kan ? sebab itulah aku suka.

kalau ada kawan-kawan kita yang terlalu obses dengan warna hitam sampaikan waktu bersanding pun dia nak pakai warna hitam, jangan kita kutuk dia. itu minat dia, bagi dia sokongan. walau pun warna hitam tu memang kerap kali disinonimkan sebagai warna mati, tapi kalau kita pandai mix and match warna tu gerenti mesti meletop punya. so tak ada masalah lah dengan warna hitam kan. apa yang tak cantiknya ? bak kata orang, Hitam Itu Menawan. yakin lah dengan diri anda. minat kita adalah pilihan kita ! :)

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted