-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Harimau Malaya Terbaik ! :)

lepas habis je perlawanan bola sepak Harimau Malaya dan Garuda Indonesia malam semalam, semua pemain skuad kebangsaan kita dah mula digilai dengan gadis gadis di Malaysia. artis Malaysia dan Indonesia pun ada jugak yang berminat dengan diorang. pergh, saham terus naik beb ! pantas macam kilat. paling mendapat tumpuan, pemain bernama Safee Sali, Muslim Ahmad dan Khairul Fahmi. habis je game, akaun Facebook pemain skuad kebangsaan nie terus diserbu peminat. wallawei ?

terus famous orang-orang yang berkaitan dengan pemain skuad kebangsaan. sebelum nie, tak ada sapa pun nak kenal sangat dengan diorang. tapi malam tadi, akaun Facebook diorang full ! betapa hebatnya penangan skuad kebangsaan kita bila dah dinobatkan sebagai Raja Asia Tenggara. aku pun tumpang sekaki untuk mengucapkan berjuta tahniah kepada barisan pemain-pemain negara kita. bila aku buat survey tentang pemain skuad kebangsaan nie, rata-rata memberikan undian kepada penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi. gila gempak beliau nie ! aku akui, beliau tersangatlah matang dan hebat dalam mempertahankan kubu gol untuk Malaysia. tahniah sekali lagi kepada beliau dan juga kepada semua pemain skuad kebangsaan (berapa kali nak ulang daaa).

apa-apa pun, aku cukup berbangga kepada Harimau Malaya kerana akhirnya berjaya membuktikan yang negara kita nie power jugak, lebih lebih lagi bila menentang Garuda Indonesia. kita bermain dengan bersih weh, tak ada pun nak buat perang perang saraf nie ha. profesional lah sikit kan ? itulah keadaan bila tak nak menerima kekalahan. kalah atau menang, itu sudah adat pertandingan bukan ? nak cakap Malaysia anjing ke Fuck Malaysia ke apa ke, aku peduli apa kan. Julia Perez bogel pun aku tak kisah lah. macam lah pemain skuad kebangsaan kita nie terdesak sangat nak tengok perempuan Indon pakai coli. coli laser pulak tu. WTF lah. tapi alhamdulillah, jiwa dan semangat Harimau Malaya malam tu sangat kental. benteng pertahanan pun kuat. good game !

actually sebelum nie, aku tak ambil kisah sangat pun pasal Harimau Malaya nie. negeri sendiri berlawan dengan negeri lain pun aku tak peduli sangat. aku cuma ambil kisah dengan Chelsea dan FIFA je. tapi selepas perlawanan AFF Suzuki Cup 2010 nie, akhirnya mata dan telinga aku mengebang jugak. sejak perlawanan di Stadium Bukit Jalil aku dah mula terasa bahangnya. siap menjerit jerit dan melompat lompat di atas sofa rumah. kejayaan Harimau Malaya memperoleh gol 3-0 malam tu membuatkan semangat aku berkobar kobar dan tak senang duduk hingga lah tibanya tarikh 29 Disember 2010.

tepat jam 8 malam, aku dah pun tercegat di depan tv. debaran sangat terasa walaupun aku hanya tengok siaran langsung di tv je. aku tak habis habis mendoakan kejayaan Harimau Malaya waktu tu. seriously takut weh ! dalam masa pertama je, aku dah menjerit jerit macam orang gila bila setiap kali pemain Indon hampir hampir berjaya memboloskan bola tu masuk ke kubu Malaysia. tapi alhamdulillah penjaga gol kita memang terbaik lah ! dan begitu lah jugak yang terjadi bila tiba untuk masa kedua perlawanan malam tu. tapi apa apa pun, aku memang cukup berpuas hati dengan pencapaian yang dikecapi malam tu. 4-2 memang terbaik sangat lah weh ! syabas kepada semua pemain skuad kebangsaan ! you all memang terbaik. disebabkan you all jugak, esok Malaysia cuti. yippie !!


pemain jersey no 24, Muslim. sweet kan ? :)

penjaga gol, Khairul Fahmi.


ye, aku memang admire diorang. tapi admire dalam arena bola sepak negara kita je lah. tak boleh lebih lebih sebab Khairul Fahmi tu dah berpunya. punya lah bangga awek dia. ini lah dugaan bila boyfriend dah jadi star, so kena banyak bersabar kan ? boyfriend yang bukan star pun dah banyak dugaan, apatah lagi boyfriend yang jadi star ye tak ? lagi pun kan, semua status Facebook dan blog gadis-gadis di Malaysia penuh je dengan nama Khairul Fahmi nie. aku baca pun boleh tergelak. itulah keadaan bila saham seseorang tu naik mendadak. gempak habis la ! maklum lah, dah jadi wira negara. ada gaya pulak tu. so aku tumpang gembira saje lah. apa yang penting, kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi. jangan bila dompet dah berkepuk, populariti dah macam goreng pisang panas, dah terus lupa karier. keep it up men ! Malaysia Boleh.



p/s : tahniah Harimau Malaya ! sokong Harimau Malaya sampai bila bila. :)

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted