-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

cerita bola & keropok lekor part 3 ;)

Ahmad A***

sapa pulak ahmad a*** nie ? setahu aku tak ada member aku yang nama a***. oh maybe tersalah save nama atau pun..? aku check lagi nombor tu. oh rupanya empunya badan nombor nie pengguna line celcom. at first, aku rasa macam nak ignore je tapi rasa tak boleh jugak. sebab aku pasti dan aku yakin, tak ada satu pun member aku yang bernama ahmad a***. so aku pun cuba2 gatal tangan buat panggilan ke nombor misteri tu.
tut tut tut tut tut tut tut

AA : hello ?
aku : hello ?
AA : hye !
aku : hye ?? eh silap nombor kot ! (hampir2 nak tamatkan panggilan)
AA : tak, awak tak silap nombor. nie nombor sye la wak. 
aku : awak nie sapa ??
AA : laa..petang tadi. tuan punya bola yang awak baling kat padang tu. dah lupa ?
aku : eh awak ke ?? tapi macam mana nombor awak boleh ada dalam contact list sye nie ??
AA : biarlah rahsia.
aku : ish ! okay2 takpelah. sye saja je nak tau nie nombor sapa. rupanya nombor awak. ahmad a*** eh ?
AA : yes that is me. eh awak, sye..
aku : ( tamatkan panggilan serta merta)


aku nie dah gila ? ke dia yang gila ? ke dua-dua yang gila ? cerita apa nie sebenarnya ? oh tidak !! aku delete nombor dia. aku off handphone aku. aku sangat2 terkejut weh. malam tu badan aku sejuk semacam je. tak pernah benda nie berlaku dalam hidup aku. ya, aku tau dia dah bukak handphone aku yang tak ada security code tu. dia save nombor handphone dia dengan yakinnya ke dalam contact list aku. biar betik ? aku rasa marah pun ada. takut pun ada. kot2 lah dia nak mendajjal aku kan. hati orang, kita tak tau kan. terlalu banyak berfikir dan mengelamun, aku pun tertido. nota tadi dah terabai macam tu je. AA punya pasal !

esok harinya member aku mengamuk sebab asyik gagal nak calling aku untuk beritahu hal penting. oh ya, aku betul2 terlupa. aku lupa nak on handphone aku balik. peristiwa malam semalam betul2 buat aku takut. tak tau lah kenapa. kalau anda jadi aku, ape anda rasa ? takut lah kan, it's about our privacy. tapi aku tak ceritakan pun kat sapa2. hanya diri aku dan AA je yang tahu. tapi tak tau lah macam mana kat situasi AA. entah2 dia dah sebarkan nombor aku kat orang lain dan semua pakat mendajjal aku, camna ? rasa macam nak tukar nombor handphone je weh !

niat di hati memang lah nak beli nombor baru tapi bila pikir2 balik, tak semudah tu nak tukar nombor baru. nombor aku nie semua orang dah ada. lecturers pun guna nombor aku nie. maklumat peribadi untuk profil maktab pun guna nombor nie. seriously tak boleh nak tukar ! so nak tak nak aku kene teruskan jugak guna nombor nie. aku tak nak susahkan orang lain. baik kan aku nie ?

tapi rupanya baik jugak si mamat AA nie ye. dia tak ganggu aku pun dah since malam yang aku called dia tu. lama lah jugak dia tak contact apa2. aku harap dia lupakan aku terus. aku rasa dunia aku aman je. tapi ku sangkakan hujan sampai petang rupanya hujan sampai ke tengahari je (eh betul ke peribahasa aku ? aku men bantai je). tak lama lepas tu AA datang balik contact aku di handphone. tapi dia just hantar message je. i've thought dia nak hantar pervert2 messages. tapi tak pun. dia just cakap mintak maaf kat aku kalau aku terasa dia tu annoying sebab dia just nak berkawan dengan aku.

hati perempuan itu rapuh. terutamanya dengan cinta. tapi eh eh, cinta bukan dengan AA. sila jangan salah sangka. akhirnya aku lembut hati untuk terima dia sebagai kawan. waktu tu lah aku ambil kesempatan untuk mengenali si AA nie. dia tak jauh pun beza dengan aku. umur dia tua dua tahun daripada aku. negeri kelahiran dia pun bersebelahan dengan negeri kelahiran aku je. dia degree student di salah sebuah universiti di Melaka. dia okay je orangnya. bersikap pelembut, tenang dan yang penting, dia cooooooooool je (ini ayat yang dipaksa oleh AA). kami terus berhubung tetapi tak lebih dari seorang kawan.

dah agak lama jugak berhubung. AA ajak berjumpa. tapi aku macam tak nak. segan weh ! tapi dia cakap dia hormat keputusan aku kalau aku taknak jumpa. aku takut aku ada hati dengan dia. aku dah berpunya. walaupun unny tak selalu ada untuk aku, tapi aku kene terima hakikat yang aku sudah dimiliki (eh awat geli gelemen punya ayat nie ?). tapi tak kisah pun kan, dah nama pun berkawan je. walau macam mana pun aku tetap tak nak jumpa dia. tak mau ah !

bersambung...

p/s : eh2 jangan marah. part 4 adalah part yang terakhir. tungguuuuuuu..

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted