-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

CH again ;)


weekend yang menyeronokkan ! family aku, nenek dan family auntie aku bersepakat nak pergi holiday di Cameron Highland. so kami pun konvoi dua buah kereta. dua buah je tak banyak pun, ayat konvoi aku je lebat. tapi satu ujian buat auntie sebab dia tak pernah drive tempat yang jauh dan mencabar macam CH tu. but she did a good job. hebat jugak die walaupun dia agak surrender at the end. haha caya la !

actually dah bosan sebenarnya pergi CH nie. maklum lah, tak jauh mana pun dari rumah. boleh je balik hari dari rumah ke CH and CH ke rumah. pergi sana pun tak melawat sangat tak macam pergi rombongan sekolah time kecik2 dulu. cukup je untuk makan angin and release tension kat situ. tapi tak pernah bosan untuk ambil gambar di sana ! al maklum lah, tempat dah macam ala2 oversea. mana boleh lepas peluang kat situ. aku rasa nie dah kali berapa kami sekeluarga bercuti ke sana. tapi this time ada kelainan sikit sebab auntie ikut and she have learnt.


senyum dulu baru betol kan ?

di RnR highway Simpang Pulai

at first, this was candid. but nice la pulak kan.


bagus la tu nak sama dgn tiang dah.

my favourite fat-gain shop :)



bila dah sampai di CH, kami lepak di satu kedai yang agak besar. kedai dia umpama 'taman di dalam kedai'. menarik lah jugak. so tak lepas peluang untuk bergambar. yang kami perasan, kedai nie dah banyak kemajuan sebab masa kami lepak sini dulu tu bahagian depan kedai tak dibina lagi. kiranya nak kata perniagaan orang cina nie maju lah jugak. walaupun agak teruja tengok kek atau aiskrim yang dijual, tapi kami tak ada hati pun nak makan situ sebab 'ala, banyak lagi restoren yang boleh mengenyangkan perut'. harga2 di kedai nie boleh tahan jugak. standard harga tourists lah. tue yang malas nak layan tu. heheh


sebahagian drpd family tercinta :)


posing2 di depan bunga.

tak lepas peluang :)


aku mengaku aku minah bunga. sob3

malangnya tak boleh nak masuk.

mari mencium bunga, aku suka !


cik tiqa cakap, 'oh itu anggur ye kawan2'.

lepas tu kami pun bergerak ke daerah2 yang best macam brinchang, tanah rata, dan tringkap. majoriti penduduk adalah orang cina. kat sana, mata korang memang fresh je. pandang kiri ada buah-buahan, pandang kanan ada sayur-sayuran. kalau wanita yang dah bergelar ibu atau emak, tempat2 macam nie adalah heaven ! tapi semua tu macam dah tak menarik sangat untuk aku. sebab dah agak selalu datang sini, so nothing's special. tapi di Brinchang selalunya tempat banyak bas2 pelancong and kereta2 berebut cari tempat parking yang kosong. sudah lah kawasan tu sempit, ditambah lagi kereta2 dgn bas2 yang parking merata. kami agak tension jugak lah waktu tu nak mencari tempat parking. menyesal !

bila hajat di hati dah dipenuhi untuk membeli sayuran, bungaan dan buahan, kami bergerak ke tanah rata sebab nak cari rumah sedara kami yang baru 6 bulan pindah ke CH. actually before nie, cik tutur dah menetap di seremban tapi atas urusan kerja di hospital, cik tutur terpaksa menetap di CH. at first sight, macam tak seronok je rasa tapi bila dah masuk rumah dia, pergh ! jeles kot ! rumah yang simple, bersih, suci muci. air pun sejuk je. makanan pun cepat betol sejuk. air kosong yang baru dituang keluar dari cerek pun boleh sejuk sendiri dalam tempoh masa 15 minutes. bunga2 dia tak payah cakap lah. segar semacam tak sama macam bunga2 mummy kat rumah. suhu yang sejuk buat bunga2 kat situ segar bugar. seriously jeles weh ! bil api dan elektrik pun tak naik mana, kipas aircond pun langsung tak ada tapi ada jugak kelemahan duduk di CH nie. kene pikir duit minyak nak mendaki rumah dia kat puncak bukit. 


kawasan nie sangat cerun, mencabar utk bawak naik kete ke atas.

nie bunga2 di depan rumah cik tutur.

perjumpaan sedara mara yang happening sangat :)

happy families :)

thank you cik tutur with her family members. masakan yang sangat sedap, terima kasih sebab bagi kami rehat dan kemudahan yang cukup. itu pun dah bagus, alhamdulillah. so kami pun decided nak balik rumah sebab jam pun dah menunjukkan pukul 3 petang. takut pulak hari dah gelap sebelum kami sampai ke kaki CH. perut dah kenyang, hati dah senang, penat dah hilang tapi rasa ada je yang kurang. abah suruh kami singgah ke Cameron Valley sebab nak panaskan badan di petang hari minum2 teh. teh dia sedap oh. kalau pergi CH, memang langsung tak pernah lepaskan peluang untuk singgah ke situ. kiranya tu tempat wajib lah.

dah selesai shopping sikit kat situ, abah ajak pergi ke tea house bahagian bawah. lagi best katanya. memang best pun ! mesti lah best sebab pekena teh panas2 betul2 di tepi lereng bukit ladang pokok teh tu. tapi bagi yang demand harga nak minum teh nie, kene minum kat bahagian atas je lah sebab murah sikit. tak silap, a cup cash for rm1 and above. tapi yang kat bawah punya jauh lagi mahal. satu gelas teh dah charge rm3. abah ordered untuk 13 gelas. kami pun minum2 dengan puas kat bawah tu. tambah2 lagi cuaca sangat baik, angin bertiup sepoi2 bahasa memang superb ! tak lepas peluang jugak untuk snapping vain pictures kat ladang pokok teh tu, walaupun sebenarnya 'ala tempat nie lagi. bosan dah asyik bergambar je keje'. tapi still jugak tak stop nak bergambar. abah pun seronok nak bergambar jugak.

hey cheeseeeeeeeeeeeeeeeee!!

mari minum teh bersama.

with abah dan iyah demok.

im here ! im here !

say goodbye to CH. till we meet again, sooner or later. fuh, agak memenatkan tapi seronok jugak. okay kami pun dah cukup bersedia untuk sesi menahan muntah dalam anak tekak. malangnya tak ada sapa yang betul2 termuntah sebab kalau siapa orang pertama dalam konvoi nie yang termuntah, aku baru nak belanja dia makan chicken chop. tapi cakap je lebat, sebab aku pun sebenarnya hampir nak muntah sebab isi perut naik time perjalanan menuruni bukit. tapi cover sebab aku sendiri yang buat contest tu. voila ! agak lambat jugak kami sampai ke kaki bukit, around 7 pm jugak lah. tapi tak ape, hari masih terang walaupun target masa dah lari sangat. so kami pun singgah jap ke perhentian besar di Tapah but OMG ! ramai gila orang kat situ. batal je lah hasrat nak melepas hajat ke nak shopping buah2 ke nak solat ke sebab terlalu crowded. kami decided nak rehat je di surau yang berdekatan lepas highway tapah nie habis.

perut dah berbunyi dan menyanyikan lagu Ekstravaganza bunkface tanpa dah lapar. memang dah lapar pun. kali nie sesi makan besar pulak. hohoho nie yang aku suka betul bab makan2 besar nie. kalau sebut je makan besar mesti wajib membayangkan banyak pinggan mangkuk kat atas meja. abah ordered pelbagai jenis makanan tapi dibuat secara 3 tables. pergh banyak tu abah sponsored ! ada ikan siakap masak stim halia, ada sup sayur campur, telur dadar, sotong tepung goreng dan banyak lagi. sedap oh ! kalau kat hostel, tak adanya aku nak merasa sangat makan besar macam nie, so peluang depan mata apa lagi kan ? btw, aku adalah orang terakhir yang siap makan. orang lain dah bersandar di kerusi kekenyangan tapi aku still buat bising dengan sudu garfu kunyah sana sini. but it was so amazing weekend ! just love it.

waiting for the meal.

itu dia muka2 khusyuk makan seafood. ahaha !


kisah kami dah pun sampai ke penghujungnya. this December sangat seronok sebab every weekend mesti rumah akan jadi sunyi sebab tak ada orang. kami seronok pergi holiday je keje. holiday pun holiday jugak, keje tetap keje ye tak ? this weekend tak ada activity kot but for me, yes i wanna go out for shopping ! this Krismas pun rasanya abah cakap nak pergi holiday but this time pilih dekat2 je sebab tak nak penat. nak bermandi-manda, yeayy !! okay happy viewing all my pictures and thanks for reading my story here. anything wanna share, boleh je roger me on FB because im so active fb-ing. see you ! :)






p/s : dah bosan kan asyik2 nak cerita pasal CH je, aku pun sama. tapi tak ape, itulah kenangan namanya. kalau tak ada kenangan dalam hidup, it's not a life. yeah definitely not :)





Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted