-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile

cerita bola & keropok lekor part 4 :)

bila aku pikir2 balik, aku tak patut lah buat benda2 camni. kesian lah kat unny aku. walaupun ber'title' as a friend only, tapi aku rasa macam terlebih over pulak. entah lah, mungkin perasaan aku je kot tu. so aku decided dah tak nak contact AA lagi. aku tak nak memulakan atau mengakhirkan sesuatu yang terjadi antara aku dengan AA. biarpun indah macam mana, aku nak cerita antara aku dan AA bergantung. so no comments and no speculate. tapi Allah swt tu lebih mengetahui kan ?

satu petang, aku pergi Bukit Serindit lagi. kali nie bukan sebab nak lepas tension or whatsoever tension. kali nie memang betol2 nak exercise and main basketball dengan member. tapi aku pergi secara berseorangan macam biasa sebab kawan2 aku duk menggila bersenam robik. maklum lah, conductor yang hensem. mana lepas peluang, even though orang punya hampeh ramai kat situ. dah berjanji waktu untuk balik maktab nanti, aku pun memulakan langkah ke dewan bola keranjang. harapan aku semoga aku tak jumpa AA atau siapa2 yang berkaitan.

dari jauh dah nampak dewan bola keranjang yang gemilang tu. dan yang paling best, ada pulak gerai keropok lekor sedap kat tepi dewan tu, pergh ! ramai orang cakap, keropok lekor dia memang sedap betul. aku pun tak nafikan sebab aku memang wajib beli keropok lekor dia kalau aku lepak kat dewan tu. tiba2 pulak datang rasa lapar, aku cepat2 jalan ke arah gerai makcik keropok lekor tu. dalam hati hajat nak beli rm2 atau lebih. boleh bawak untuk member nanti. sedap ! sedap ! tak sabarnye nak makan keropok lekor !


aku : makcik, makcik. nak keropok lekor dua hinggit. sos lebih ye. hee !
makcik : jap ye nak. nie makcik baru goreng. panas2 lagi nie.
aku : ha tulah pasal makcik. sedap makan petang2 nie.
makcik : nie dia, nak. dua ringgit.
aku : okay, terima kasih makcik.


kaki aku pun melangkah ke arah pintu utama dewan bola keranjang tu. tangan kiri pegang bola. tangan kanan pegang plastik keropok lekor. kat dalam mulut duk ligat mengunyah keropok lekor hingga menghasilkan bunyi krup krap krup krap. pergh sedap tu ! aku tengok member aku tak sampai lagi. aku merungut dalam hati, 'cis lebat je dia nie. kata nak mai awal sikit. hampeh tol'. aku pun tercari-cari tempat duduk yang sesuai sementara nak tunggu member aku kat dalam dewan tu. aku tak perasan sangat orang2 yang main bola keranjang kat dalam dewan tu memandangkan aku terlalu khusyuk makan keropok lekor makcik comel tu. tiba2, aku terdengar suara member aku jerit nama aku daripada jauh.


member : weh, iqin !!
aku : woi ! apesal ko lambat doe. aku tunggu lama dah nie. ko gi mana tadi ha ?
member : ala lewat sikit lah. tayar basikal pun pancit. tu yang aku pump dulu tu.
aku : oh yeke. alasan je lebih. takpe2. jom siap2 main basket.
member : nak main basket konon. mulut penuh dengan makanan ada hati nak main. bola, mana bola ?
aku : oh aku lupa lah pulak. ada kat sana, tertinggal. tunggu ko punya pasal lah nie. ish !


aku pun berpatah balik menuju ke tempat duduk tadi cepat2. agak menggelabah sikit lah sebab kalau kami main lambat nanti dah tak cukup masa sebab nak balik maktab sebelum pukul 7 malam. yang aku pelik tu, kenapa lah waktu tu tangan aku tak pernah nak lepaskan plastik yang berisi keropok lekor tu. dah la siap ada sos dalam tu. nak dijadikan cerita, masa aku nak berlari2 anak menuju ke member aku, tiba2 kaki aku tersadung sesuatu yang besar dan bulat. aku tak boleh nak seimbangkan badan aku, aku pun terjatuh gedebok kat lantai dewan tu. malu gila weh !!

sakit gila punggung aku. bola entah ke mana, sakit yang aku dapat. member aku terus datang kat aku tolong aku untuk bangun dan kepuk2 seluar aku yang kotor. aduh, sakit doe ! aku gosok2 punggung aku. seriously sakit. aku tengok plastik keropok lekor aku dah terjatuh dan keropok2 lekor aku semuanya berterabur. habis tumpah sos ke atas lantai. rupanya time aku berlari2 anak tu, aku tersadung sebijik bola basket. bola tu terkeluar dari court. ada game dalam court tu. hati aku sakit weh bila tengok keropok lekor aku berterabur macam tu. lepas tu ada seseorang lelaki datang ke arah aku untuk ambil bola tu. atau mungkin nak mintak maaf kat aku ?

bila lelaki tu semakin datang dekat ke arah aku, baru aku perasan rupa-rupanya lelaki tu adalah AA !! cis, apa dia buat kat sini ?! cis ! cis ! sakit kat punggung aku tak hilang2 lagi. malu belum hilang lagi. aku rasa semua nampak aku jatuh kot sebab aku rasa aku menjerit time jatuh. ye, memang aku menjerit pun. AA datang untuk ambil bola basket yang membuatkan diri aku terasa malu nak mampos tahap dewa dan dia datang kat aku.


AA : laa..awak ke ? ape awak buat kat sini ? haha (gelak jahat)
aku : helo ! bola awak tu buat sye malu tau tak ?? 
AA : laa..mana lah sye tau benda nak jadi. awak pun berjalan tak tengok betul2. hmm..mintak maaf lah kalau buat awak sakit terjatuh tadi.
aku : takpe lah (terus elok weh !). awak buat apa kat sini ?
AA : oh sye dgn team kolej buat training basket kat sini, apa lagi kan. awak pulak buat ape kat sini ?
aku : sama lah jugak, nak training basket tapi kalau dah gaya macam nie, cancel lah.
AA : eh tu keropok lekor awak ke ? (terkejut)
aku : aah, sye punya lah tu. dah sye terjatuh tadi, berterabur lah semuanya. hmm, okay lah wak. sye balik dulu lah. sorry ganggu game awak. bye2.


AA tak sempat pun nak cakap apa2. aku dah terus blah dari situ. aku ajak member aku lepak tempat lain. tak nak lah duduk lama2 kat situ. buat malu je, dah lah jatuh macam nangka busuk. nangka busuk pun jatuh tak sebusuk aku. argh, malu malu !! member aku kat sebelah macam senyap je sebab die takut aku marah dia pulak pasal keropok lekor dan insiden aku jatuh tadi tu. kalau dia tak suruh ambil bola waktu tu, mesti aku takkan jatuh. uwaaaaaaa !!!

aku cakap kat member aku yang training petang tu cancel. aku betul2 tak ada mood dah. macam kebetulan kan ? first time aku kenal AA, disebabkan sebijik bola kene kat aku. second time aku jumpa AA pun disebabkan sebijik bola. tapi lagi sakit yang first time punya lah. kalau ada keropok lekor lebih, boleh lah kunyah2 bagi hilang rasa geram. tapi habuk pun tarak. nak beli yang baru, duit poket dah habis sebab aku malas nak bawak purse tadi. rasa macam frust gila weh waktu tu.

tiba2 member aku datang bagi sebungkus keropok lekor baru. aku terkejut badak. ini bukan dibuat2. sedut je bau keropok lekor tu aku macam dah happy. tapi ego itu penting oh. aku buat2 muka benci kat member aku tu. kesian dia. dah lah aku buat dia rasa bersalah, apa lah salah dia. heheh


aku : eh apa nie ? pesal ko belikan aku yang baru ?
member : alah banyak cekadak pulak. amik je lah.
aku : ah tak mau. ko nak pujuk aku ehhhhhh..
member : bukan aku yang nak pujuk, laki tadi yang suruh aku belikan yang baru untuk ko. dia bagi duit jap kat aku tadi. nah le !
aku : haaa ?? er..ulang balik apa ko cakap tadi.
member : ah malas nak layan.


itulah penamat untuk cerita bola dan keropok lekor aku nie. ini kisah benar, tiada tokok tambah ye. cerita nie berlaku pada pertengahan tahun 2009. actually tak ada lah lama sangat kan. tapi aku rasa macam dah lama je berlaku cerita nie. untuk pengetahuan anda, aku langsung dah tak contact AA nie. dah lama sangat2 tak contact. cuba jugak cari dia kat Facebook, tapi tak jumpa. petang di dewan bola keranjang tulah kali terakhir aku berjumpa dengan dia. since waktu tu, dia dah tak pernah bagi mesej atau hubungi aku. begitu jugak dengan aku. nombor dia pun dia dah off then aku pun delete daripada contact list aku. kiranya dah lost contact lah nie. or maybe dia pun dah habiskan pengajian dia atau bertukar kampus ke negeri lain. wallahualam.

sekurang2nya aku cerita nie membuatkan aku sedar yang aku patut bersyukur dengan apa yang aku dah ada. hari pertama aku bertemu secara tak sengaja dengan AA tu adalah hari sedih aku. aku terlalu frust apabila menerima khabar yang first love aku dah ada kekasih baru. ya, aku tau depan mata aku sendiri. tapi aku bodoh sebab aku terlalu memikirkan perkara tu walaupun sebenarnya tak ada sebab dan kepentingan untuk aku buat macam tu. pertemuan dengan AA membuatkan aku terlupa seketika luka di hati. dan sepanjang mengenali dan berhubung dengan AA hingga lah hari dimana aku terjatuh dalam dewan bola keranjang tu, aku berjaya menangkis perasaan suka kat AA, walaupun kalau ikut kebiasaaannya aku boleh je jatuh cinta dengan dia. tapi aku tahan dan aku elak perasaan tu sebab aku selalu beringat yang aku sudah berpunya. kiranya nak cakap aku setia habis lah nie ? hohoho. aku rasa semuanya nie adalah satu ujian buat diri aku. ya, satu ujian.

the end.

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted