-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

cerita bola & keropok lekor part 2 :)

aku : eh awak nie sapa ? kenapa duduk sebelah sye ? (malu2 nie)
AA : ahaha, tipu la tu kalau awak tak cam sye. sye kan tuan punya bola yang awak baling tadi.
aku : oh itu sye tau lah. tapi ape awak buat kat sini ? awak ikut sye eh ??
AA : perasannya awak nie. haha nie ha, u tertinggal handphone kat padang tadi. i tau tu handphone u sebab u yang duduk kat situ. i nie kira baik tau pulangkan kat u. (bagi hp kat aku)
aku : ha ? alamak yeke. sorry2. maaflah, sye tak perasan tadi ! awak, terima kasih banyak2 !! (muka merah gila mengalahkan udang terbakar okay).



merah gila muka aku waktu tu. malu2. kucing2. segan2. siput2. semuanya ada ! (apehal ada siput2 pulak nie). dalam hati, ya Allah handphone aku ! nasib baik tak hilang. dah lah elaun lambat lagi nak masuk. kalau hilang handphone canggih tahap penyapu rumah aku nie, merana aku tak berlagu nanti. berhati baik betul la mamat nie sebab pulangkan handphone nie. kalau dia ada niat jahat, mesti dia dah bawak balik je, peduli apa kan ? macam mana pulak dia tau aku kat sini eh ? dia kejar aku, maybe. alangkah menyesalnya hati buat benda yang annoying kat dia di padang tadi !


aku : eh awak ! tunggu2 !
AA : (berhenti berjalan) ha ? kenapa ?
aku : awak, sye nak mintak maaf lah sebab baling bola awak tadi tu. actually tgh tak ada mood tadi. tu yang gila sikit. terima kasih ye awak pulangkan handphone sye nie ha. terima kasih lah ye ! (senyum2 kambing lah sikit kan)
AA : small matter je la wak. sye pun dulu pernah jadi macam awak. tertinggal tapi ada orang nie pulang balik kat sye.
aku : oh yeke. okay2 terima kasih ye awak. sye balik dulu la ye. bye2.
AA : okay bye.


perjumpaan dan perbualan kami berdua berhenti kat situ je. forever kot ? yeah maybe. sebab kami tak bertukar nombor telefon or something yang boleh buat kami berhubung semula. seriously tak ada. i've thought dia tak minat aku kot. yelah, aku kan tak cun. gadis kosong la katakan. ah lupakan je lah. sekurang2nya handphone aku terselamat. dan tiada fulus yang akan perlu dikeluarkan dari mesin ATM untuk membeli yang baru. itu yang penting !

so aku pun sambung mengelamun kat tepi tasik di Bukit Serindit tu. aku tengok jam, pergh baru pukul 6.10 pm ?! halamak, lambat lagi lah jawabnya nie. diorang mesti dah berpeluh sakan sebab senam robik tadi. but no miscalled or whatsoever yang tertera di handphone aku daripada diorang, maksudnya diorang tak nak balik maktab lagi la tu.tapi tak ape, cuaca redup petang tu buat aku tak rasa dahaga atau penat sangat. sebenarnya aku ada sebab kenapa aku tak ada mood pada hari tu. ya, hati aku bersedih sekarang nie.

orang kata cinta pertama itu indah tetapi menyakitkan. betul ke ? soalan 'betul ke ?' tu sebenarnya dah basi untuk aku lah. sebab baru aku tau jawapan yang tepat untuk soalan tu ialah 'memang sangat betul pun'. dulu masa zaman bercintan cintun, aku tak pedulik pun soalan tu. indah je belaka. tapi rupanya perkataan 'indah belaka' tu betul2 jadi kerak nasi dalam hati aku nie ha. sampai sekarang aku terseksa disebabkan penangan cinta pertama nie. aku ingat sebelum2 nie je aku terseksa, rupanya tak sembuh2 lagi luka di hati. it was a long time story tapi aku rasa baru je. kenapa ye ?

aku dah tak sayang dia (dia = cinta pertama aku) lagi sebenarnya. suka pun tak dah. apa lagi berkasih kasihan bersayang sayangan. tapi kenapa ye dalam hati macam berbekas rasa tu. situasinya macam kalau kita buat agar2 lepas tu kita tepek satu bekas kecik dan kita angkat bekas kecik tu. agar2 tu akan jadi berlubang dan kosong je kat kawasan yang ditekap tu (ah ini sudah mengarut !). aku sedih lah sebab dia dah ada kekasih baru, even though aku dah lama ada kekasih baru daripada dia. what the heckkkkkkkkkkkkkk

ya aku memang bodoh. bodoh lah aku nie. aku bodoh. sebab aku ada otak akal tapi aku guna untuk memikirkan benda2 yang tak berguna untuk aku. salah aku (sila ketuk kepala saya). ah lupakan semua itu ! aku tersedar sendiri daripada lamunan. dah pukul 6.45 pm rupanya. aku nampak button handphone aku berkelip2 tanda miscalled masuk. alamak, diorang dah panggil lama dah ! aku tak sedar sebab aku in silent mood rupanya. aku pun cepat2 blah dari tasik tu dan bergerak ke kawasan senam robik. aku nampak diorang dah duduk2 minum air sambil tunggu aku sampai. sorry ah geng.

kami pun bergerak pulang ke maktab. time tu mata aku melilau kot2 lah ternampak mamat tadi. tapi dah tak ada pun mamat tu. aku tak nampak pun, even kat padang pun dah kosong. dah balik agaknya. entah lah, perasaan bersalah aku kat mamat tu masih tak hilang2 lagi. rasa terlalu berterima kasih kat mamat tu. tapi apa nasib badan kan. pengajaran untuk diri aku, lain kali jangan libatkan orang lain yang tak ada kene mengena dengan kemarahan diri sendiri. sian depa !

malam tu aku rehat je dalam bilik. aku buat nota untuk subjek Puan Radin Mas. aku kan PA dia, so kene lah merajinkan diri untuk buat yang terbaik (ini azam baru sye, sila sokong. heh). tiba2 aku terasa nak call member lama aku kat unikl. nak discuss pasal nak balik kampung untuk hujung semester nie nanti. tangan aku pun bukan main ligat tekan button scroll down untuk cari nama member aku tu kat dalam contact list. tup2 aku terperasan something weird. something different dalam contact list aku tu. eh nama siapa nie ?




bersambung...

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted