-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

cerita bola & keropok lekor part 1 :)



petang yang agak redup. aku decided nak pergi hirup udara segar di Melaka nie. al maklum lah, negeri orang kita merantau apa salahnya kita anggap macam dah negeri sendiri kan ? semuanya ciptaan Allah swt jugak. at first, rasa macam nak pergi by alone je. nak mencari ketenangan, katanya. tapi hampeh sebab dua orang bestfriends aku nak ikut sama. aku pikir 'tak apelah, apa salahnya berteman'. aku pun terpikir nak pergi taman rekreasi yang agak berdekatan dengan maktab aku, Bukit Serindit. sapa2 yang duduk maktab aku, kalau tak tau tempat nie memang bukan budak maktab sejati ah.

sampai je kat Bukit Serindit, dua orang kawan aku tu beriya sangat nak join senam robik petang tu. kebetulan ada pulak senam robik kan, tipulah kalau tak teringin nak join sebab conductor die agak hensem. tapi petang tu aku tak ada mood nak berjoget angkat kaki tangan sana sini. mood aku adalah untuk berjalan, berjalan dan terus berjalan. aku pun tak tau nak kemana arah tuju aku. tapi yang pasti, aku nak sorang diri. bagus jugak ye ada senam robik tu. kalau tak telinga nie dingin je dengar potpet kawan2 aku tu ha. so dalam melayan blues tu, tempat pertama yang aku lalu ialah gelanggang hoki. ada game kat dalam tu. aku teringin pulak nak tengok, lepak2 kat atas bukit kecik kat tepi luar gelanggang tu. so aku pun melangkah ke atas and duduk bersila kat atas rumput sambil tengok game tu. gol ke tak gol ke aku tak bersorak pun. aku diam je tapi mata aku fokus kat game.

tiba2 badan aku kene hit dengan something yang agak keras. sakit oh ! aku tersentak daripada lamunan. aku cari siapa yang berani betul cari pasal dengan anak uncle ridzwan nie. tapi apa yang aku nampak dulu ialah sebiji bola sepak. ah sumpah aku bengang. muka aku kelat nak mampus. bodoh betol siapa yang tak reti main bola nie (walhal aku la yang tak tau main bola tu). aku ambil bola tu but at the same time ada sorang mamat nie datang dekat kat aku. nak ambil bola die sebab tu bola dia. dia yang tersepak bola tu then terus terkena kat aku. entah kenapa kan aku macam bangang gila aku pergi baling bola tu jauh2 ke hujung padang mini tu ala2 dalam masuk gol dalam basketball. oh ya, memang jauh betul. darah aku menyirap weh. tak tau kenapa, agaknya aku memang tak ada mood. that guy mintak maaf kat aku pada mulanya then dia mintak bola die. tapi tak ada sepatah perkataan pun keluar dari mulut aku tup tup aku terus baling bola tu jauh2. aku terus blah dari situ. jahat gila aku !

aku blah dari situ tapi aku tak nak balik lagi. aku tau dua orang kawan aku tadi tengah syiok berdansa ikut si conductor hensem tu. so bagi chance lah sikit kan. aku teruskan perjalanan aku. dalam pikiran aku tak ada pun rasa bersalah kat mamat tadi. punya lah kejam aku nie. aku terus berjalan sampai lah aku tertarik untuk singgah ke satu tempat. betul2 di tebing tasik kat situ tapi seriously tempat tu macam secret garden pulak. orang pun tak ada. suasana yang ada bunga2 and menghijau. kiranya memang syok betul lah ! aku pun terus duduk kat situ dan melepak tak tentu pasal. aku pandang je tasik tu. kosong. betul2 kosong macam dalam hati aku waktu tu. tanpa aku sedar, rupanya mata aku dah berair dan mengeluarkan air mata setitik demi setitik. ya, aku tau hati aku sebenarnya sedang bersedih.

semasa aku dok layan blues, tiba2 aku rasa macam ada orang duduk di sebelah aku. tapi aku tak pandang lagi. aku takut sebab ekor mata aku mengatakan bahawa orang yang duduk kat tepi aku tu lelaki sebab tak ada tudung di kepalanya. aku takut kot2 dia nak tolak aku jatuh ke sungai ke apa ke. tapi sangkaan aku meleset. dia tak tolak pun aku jatuh ke tasik tapi dia duduk elok je sebelah aku. waktu tu aku dok lap2 kelopak mata aku dengan tudung aku. kene cover line la weh, even mood tak ada pun. kot2 lah yang duduk sebelah aku nie pelakon terkenal ke kan. tapi bukan pun sebab bila aku hanya pandang dia after dia ucap perkataan salam kat aku, waktu tu baru aku cam muka dia. time tu barulah aku pandang dia. oh, lelaki di padang mini tadi ?




bersambung...

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted