-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

aku tau aku buruk, sila beri tunjuk ajar ku sifu ! :(


bila dah puas membuat seni menggodam rambut, kali nie aku buat pulak seni memakai selendang dengan pelbagai cara. macam macam benda aku buat untuk hilangkan kebosanan aku sepanjang bercuti nie. ada je agenda yang aku buat. kalau tak ada agenda tu, it's weird. jangan risau, aku masih dikategorikan sebagai orang yang waras.  -.-'

sebenarnya aku teringin mencuba sesuatu yang baru. contohnya, dalam pemakaian selendang. kalau anda nak tau, aku bukannya seorang kanak-kanak wanita yang gemar memakai selendang. orang lain semuanya berlumba-lumba beli selendang konon nak ikut trend penyanyi Yuna atau orang arab atau  orang syria atau apa apa je lah. tapi aku still buat tak tau dunno je. tudung yang aku layan pun tak classy langsung. itu pun pakai untuk waktu kelas je. kalau bukan sebab nak pakai kat kelas, aku tak beli tudung-tudung yang aku rasa cantik pada pandangan mata aku. heheh

aku jugak seorang wanita yang tak reti bershopping tapi suka bershopping. kalau bab shopping sakan nak beli pakaian trendy and modern styles, boleh lah dikatakan aku nie tak ketinggalan zaman. tapi kalau tang nak beli baju kurung ke tudung ke baju kebaya ke mesti aku failed. tak tau lah kenapa, sejak dari kecik aku jadi macam tu. baju raya aku pun sampai sekarang mummy yang pilih. kalau mummy bagi peluang kat aku untuk pilih baju raya sendiri, confirm aku akan pilih baju yang buruk dan tak ada citarasa langsung, bak kata mummy. apa yang aku pilih mesti tak kena di mata mummy. warna yang aku pilih pun mesti dull dan tak ceria walau pun bagi aku warna yang aku pilih nampak macam cantik je. sob sob sob.

sebab tu lah kalau aku nak bershopping sakan, aku akan bawak kakak aku atau ahli keluarga aku yang lain. sebelum beli, aku akan tanya pendapat kaktah atau mummy terutamanya tentang warna baju yang aku pilih. kalau diorang mencebik atau banyak komen, itu bermakna aku kena tukar dan pilih baju yang lain. walaupun ya, pada hakikatnya aku suka betol dengan baju yang sudah di'reject' oleh kaktah dan mummy. sekali lagi sob sob sob.

tapi sekarang nie, prestasi aku agak meningkat sebab aku dah mula suka pakai selendang.  aku cuba jugak belajar untuk pakai selendang sebelum nie, tapi rasa macam kelihatan agak weirdo. OMG lah. so aku dah buat keputusan untuk belajar memakai selendang nie. cemburu jugak rasa di hati kalau tengok orang lain punya lah bergaya sakan dengan selendang tapi aku tak. bukan lah nak tiru identiti orang lain, tapi apa salahnya kita cuba sesuatu perkara yang baru kan ? lagi pun aku perlu belajar benda alah macam nie sebab suatu hari nanti aku akan memakai tudung sepenuh masa jugak.

jadi, dengan berbekalkan api semangat yang tinggi, aku pun browse semua video tutorial dalam laman web Youtube. terima kasih kepada orang-orang yang baik hati dalam Youtube tu sebab sudi berkongsi pengetahuan dalam pemakaian selendang nie. aku suka sangat ! finally, aku dah pun mencuba yang terbaik dalam pemakaian selendang nie, walaupun aku dapat rasa yang muka aku terlalu hodoh dan buruk bila memakai selendang. waaaaaa !!


gaya daripada Waida.

gaya daripada Waida.

gaya daripada Waida.

gaya daripada Yaya Magic Shawl.

gaya daripada Yaya Magic Shawl.

gaya daripada Yaya Magic Shawl.

gaya daripada Waida.

gaya daripada Amenakin.

gaya daripada Amenakin.

gaya daripada Amenakin.

gaya daripada Yaya Magic Shawl.

gaya daripada Yaya Magic Shawl.


gaya daripada Yaya Magic Shawl.


p/s : aku tau memang buruk dan huduh gila. maafkan daku, aku baru nak belajar. kalau anda ada bakat dan pengetahuan dalam pemakaian selendang, sila rajin-rajinkan diri berkongsi dengan aku tau. sob sob sob  :'(

Comments
2 Responses to “aku tau aku buruk, sila beri tunjuk ajar ku sifu ! :(”
  1. Anonymous says:

    cute la ckin ni..ermmm..

  2. thanks kalau pujian tu ikhlas :D

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted