-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

without men ;)



hello blogger. jumpa lagi kita. how are you today ? great huh ? yes me either. anyway, Happy Friday to everyone. macam biasa lah, kalau dah sampai hari Jumaat, mesti kita semua cakap camni dalam hati, "hah, finally it's Friday !". haha tipu lah kalau kita yang dah bekerja ataupun sedang belajar nie tak mengeluh macam tu. sapa tak nak mengaku sila angkat ibu jari kaki anda ? ;)

but my Friday today sangat memenatkan. guess why ? actually kami dah pun diarahkan untuk memindahkan semua barang2 (i mean, SEMUA) ke kolej kediaman yang baru. ala yang Dato' Muhyiddin rasmikan dulu tu. haha, bangga sekejap. seronok tu memang seronok. sapa tak seronok dapat bilik asrama yang baru, besar, cantik dan selesa ? nak dibandingkan dengan bilik yang lama nie ha. nak makan bersila atas lantai pun sempit okay. apa2 pun, syukur alhamdulillah. one thing i hate, proses nak pindah tu memang menjengkelkan aku. haha bukan sebab apa pun. sebab memang aku nie malas dan tak suka berpindah randah nie. kira nak cakap macam buat sarang la. apa ? okay fine, it's not actually a real nest la. maksud aku kalau aku dah menetap kat sini, dah selesa, dah melekat..buat apa nak pindah randah kan ? tapi kalau nak berpindah ke tempat yang much better than the old, i am sure i am the first person yang excited. :)

ini pun baru selesai angkut 3 beg besar, 1 beg roda besar dan 2 beg plastik yang hyper big. plus, maybe ada lagi 2 kotak dan 3 plastik hitam yang besar tu, wah ! banyak gila. tulah kalau dah nama pun perempuan. being a woman, pemikiran selalu complicated kan. bila pikir satu benda, mesti mencapah pikir yang bukan2. contoh, target nak beli air mineral je kat kedai. tup2 bila balik rumah, ada pulak aiskrim, sayur, biskut2. ha, mana datangnya semua benda alah tu ? target beli air mineral je, tapi time jalan2 dalam kedai tu, pantang jumpa barang2 yang memang diingini terus je amik dan bayar kat kaunter. ini terbukti sebab aku dan mummy sebijik sejiban perangai macam tu. kadang2 abah duduk geleng kepala je tengok gelagat mummy dan anak2 dia (yang perempuan je lah). pantang diajak shopping. shopping trolley tu mesti tak sah tak penuh sampai menggunung. kadang2 tak cukup satu, ambik dua trolley. nanti yang bayar, abah jugak. sekali bayar, beratus2 habis. so abah pun keluarkan kad kredit dia tu. time tunggu cashier tu habis uruskan kad kredit abah,  abah mesti pandang kiteorang sambil terangkat sebelah kening dia. dalam hati dia cakap, "kalau bukan sebab korang nie anak bini aku, jangan harap aku nak bayar". kami pun senyum ala2 nak cute je kat abah. sabar je la abah ye ! :)

ah persetankan semua nie. haha actually aku nak story pasal keje mulia aku buat hari nie. tak mulia sangat pun, over je aku nie. penat hanya Allah swt saja yang tahu. dari pagi sampai ke petang semuanya pulun kemas barang dan pindah barang yang berat bertan-tan tu ke kolej kediaman baru. aku nie siap sempat lagi outing nak cari kotak. untung2 dapat free kotak2 dari Mydin Bazaar. thanks guys ! u're awesome men. berkaitan dengan topik mengumpat di atas, women are so complicated. tengok je la barang2 aku tadi. pergh ! rasa macam satu keluarga nak berpindah rumah baru. banyak gila sampai berapa kali entah aku berulang dari bilik ke gate luar untuk letak barang. penat jangan cakap lah. yes i am serious, they're so freaking heavy ! but finally, semuanya dah selesai. tinggal barang2 terakhir untuk dikemaskan dan barang2 untuk dibawa balik ke rumah. alhamdulillah :)

tadi sempat jugak aku beli tiket balik kampung. sangat kecewa sebab tiket sold out hari selasa untuk klang ke teluk intan. unbelievable ! menggelabah puyuh aku nak cari tiket. so dapat la jugak tiket, cuma this time kena turun teluk intan sebab bas akan lalu menghala highway Bidor. so tak boleh la nak turun depan rumah macam biasa. nampaknya mummy atau kaktah la yang akan mengambil aku di stesen bas Teluk Intan yang memboringkan. *sigh* so sekarang nie, everything completed. tinggal aku focus on BMM 3103 je. alahai malas betul rasanya. rasa macam nak tidur sepuas hati untuk hari Isnin tu and tak nak masuk dewan peperiksaan. just like a darn shit u know. :(

okay, today is Friday. we called it as Movies Time ! malam nie nak tengok movie sampai tuli mata sampai pekak telinga sampai keluar tahi hidung. haha ! malam nie nak rehat secukupnya then esok fokus kepada study exam. anyway, hari nie tak ada ape2 pun yang special. oh leganya ! tak tau la kenapa. rasa macam nak jerit kuat2 kat bawah blok tu dan menjerit camnie, "WEH !! AKU DAH HABIS KEMAS BILIK WEH !! AKU DAH SIAP WEH !! DAH KOSONG WEH !!". haha iya aku akan jerit macam tu nanti. itupun kalau aku tak terpikir yang orang akan baling aku dengan pisang ataupun selipar sebab memekak macam orang gila kat bawah. itulah kan, susah aku nak describe macam mana perasaan lega aku nie sekarang. betul la Allah swt dah berkata, siapa usaha lebih, dia akan dapat lebih :)

tapi dalam kes aku nie, aku memang usaha lebih untuk kemaskan segala macam barang. yang bestnya, aku punya barang tadi tak sebanyak dan sebesar plastik macam semester2 lepas. terkejut pun ada. tapi apa2 pun masih banyak jugak, itu tak boleh nak elak. but the most special, semuanya aku buat sendiri. diulangi...BUAT SENDIRI. haha. kalau dulu2, pantang disuruh buat apa jenis kerja berat pun, mesti suruh lelaki yang tolong buatkan. perempuan duduk relaks je kat tepi longkang tengok lelaki buat kerja. tapi tadi segala2nya bermula daripada aku, dan berakhir daripada aku. tangan aku sendiri, tenaga kudrat aku sendiri, dan kemahuan aku sendiri untuk angkat semua kotak2 besar dan berat tu. one thing i've learnt, jangan terlalu bergantung kepada lelaki, walaupun suami kita sendiri (bagi perempuan la ye). sebabnya nanti bila kita kehilangan diorang walau dalam apa cara sekali pun, susah kita nak hidup berdikari. so walaupun masih ada boyfriends, teman tapi mesra, or whatsoever, sila la belajar berdikari sendiri sekali sekala. jangan asyik nak mengharap lelaki je support hidup, mana boleh. nanti lahirkan perempuan pemalas pulak. haha. nak jadi isteri, kena la master dalam semua perkara kan ? sapa setuju, sila angkat lubang hidung anda ? ;)




p/s : ada sapa2 tak yang pandai mengurut tetapi tak mengharap bayaran ? girls only ! please, please, please ! ;)





-iqin-

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted