-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

sapa Shira sebenarnya ?



hello blogger. good morning to everyone. today is Monday. thanks God, but this afternoon aku ada exam daripada pukul 2.30 petang untill 5.00 petang. lama gila okay. panas punggung aku dibuatnya. haha. btw hope semua orang sihat walafiat hendaknya. ceriakan hari anda dengan senyuman dan tawa (walaupun tak boleh nak senyum and gelak2 kan ?). actually sekarang aku sedang menikmati waktu rehat daripada study sejak pagi tadi. so untuk merehatkan minda, aku pun bukak lah akaun FB dan update my blog as usual. alhamdulillah setakat nie blog aku dah tak pernah bersawang macam dulu lagi. thank you guys yang selalu remind aku untuk update blog sebelum nie. tqvm ! ;)

okay untuk entry pagi nie, aku nak share something yang different. something yang betul2 memberikan makna bagi aku. or after telling you this story, boleh jugak kalau nak berkongsi pendapat or whatsoever. actually perkara yang aku nak cerita nie ialah mimpi aku untuk malam tadi. malam tadi aku tido awal jugak since mood aku nak study sangat tak mengizinkan. and menghadapi beberapa masalah peribadi malam tadi. so boleh dikatakan emosi aku memang tidak stabil. kalau orang nak tegur pun jadi takut. aku dah cuba jugak untuk study but aku tak boleh. so jalan terbaik ialah TIDUR. but sebelum aku tido tu aku berdoa kepada Allah swt agar aku diberikan petunjuk dan ditenangkan jiwa. sebak gila kot !

kisah mimpi aku bermula apabila tiba2 aku berada kat sebuah taman permainan kanak2. tapi aku tak pasti lah taman permainan tu kat mana. yang aku nampak ada papan gelongsor, buaian and semua2 tu lah. tapi aku tak nampak sapa2 pun kat sekeliling aku melainkan diri aku sendiri. tiba2 aku terdengar suara kanak2 perempuan tengah gelak2. gaya dia macam seronok betol lah. aku cuba cari suara budak tu datang dari arah mana. cari punya cari kat sekitar taman permainan tu, finally aku ternampak seorang budak kecik perempuan tengah bermain buaian. tinggi betol dia hayun buaian tu sampaikan aku rasa macam nak terpelanting je budak tu. tapi lepas aku nampak budak pun seronok main sorang2, aku tak pegi tegur budak tu pun, aku tengok je dia disebalik pokok. tiba2 aku terkejut sebab budak tu terpelanting and terjatuh dari buaian dia. OMG, budak tu ! aku pun terus berlari ke arah budak tu dengan niat nak tolong dia.

aku tengok budak tu dah meraung2 tapi tak ada sapa nak tolong dia. so aku pun pegi tolong dia. sampai je kat dia, aku terus dukung dia dan tanya dia macam2. dia tak dapat jawab satu pun soalan aku. yang dia tahu dia nangis dan nangis. aku pun menggelabah la bila makin lama makin kuat dia nangis. aku renung budak tu. alahai, comel sangat. rambut kerinting. kulit putih melepak. tembam2. pakai baju mini gaun berwarna putih merah. sangat comel and charming. aku agak umur dia dalam 2 tahun la. kesian aku tengok budak tu, aku pun belai2 rambut dia pujuk dia jangan nangis lagi. dalam masa yang sama, aku pun belek2 baju dia nak tengok sama ada dia ada luka ke apa ke. memang ya, ada banyak sangat luka kat budak, especially kat lutut dia. banyak sangat darah yang mengalir. so aku pun pergi koyakkan baju aku sikit and buat pembalut luka dia. budak tu nangis teresak2. kesian aku tengok. dah la comel.

tiba2 aku terpandangkan satu balutan kat kaki dia. macam balutan dari hospital. tapi macam dah terbuka sikit ikatan balutan tu. so aku pun tanpa rasa takut aku pun selak sikit balutan tu. tau tak apa yang aku nampak ? tapak kaki dia tak ada. kosong. dah nampak tulang dah pun. kiranya tapak kaki dia berlubang. ya Allah, waktu tu aku menangis gila2. aku kesian. betapa sakitnya budak tu rasa. walaupun kaki dia macam tu, dia masih nak rasa kegembiraan hidup kanak2 dia. dalam masa yang sama aku bersungguh2 nangis. and aku rasa macam aku nangis dalam tido (di alam realitinya). aku tertanya2 siapa mak ayah budak nie ? mana keluarga yang lain ? takkan budak nie tak ada yang punya ? mana orang2 lain ?

so aku pun dukung dan bawak budak tu pergi ke mana2 je yang aku rasa boleh dapatkan pertolongan. budak tu dah berhenti nangis dan dia asyik pegang2 pipi aku. agaknya macam nak ucap terima kasih kot. aku pun senyum kat dia sambil menitiskan air mata. walaupun aku baru kenal budak nie, tapi aku rasa dah ada perasaan kasih sayang kat dia. aku kesiankan dia. paling aku simpati pasal kaki dia tu. so masa sedang berjalan2 tu dengan panas terik cahaya matahari, aku pun terjumpa sebuah rumah. ternampak macam sebuah keluarga duduk situ. aku pun datang dekat kat rumah tu dengan niat nak mintak bantuan untuk budak kecil yang aku dukung tu. belum pun sempat aku bagi salam kat tuan rumah, tiba2 ada seorang perempuan dewasa. umur dah macam 30 lebih la. menangis2 lagaknya.


aku pun tanya dia macam nie...


"assalamualaikum puan. saya nak tanya ni anak puan ke ?"



lepas tu, perempuan tu pun cakap camnie..



"iye, itu anak saya. kat mana awak jumpa dia ? nama dia sharifah shahirah. puas akak cari dia kat merata tempat. rupanya awak yang jumpa dia. terima kasih banyak2 ye"




perempuan tu menangis2 sambil memeluk anak dia puas2. oh nama dia sharifah shahirah. panggil shira. budak tu pun peluk mak dia kuat2. tak lama lepas tu datang pulak ayah shira, kakak shira dan abang shira. shira anak bongsu, i guess. tapi masa nak serahkan shira kat family dia, aku menangis tak hingat. aku rindukan budak tu. aku nak peluk cium dia kuat2.


aku siap pesan kat family dia...


"tuan pua, saya dah anggap shira nie macam adik saya sendiri. shira nie sebijik macam saya masa saya kecik2 dulu. saya rasa baju yang dia pakai nie sama dengan baju saya masa kecik2 dulu. tapi agaknya bukan saya sorang ada baju nie. tapi tuan puan jaga lah shira baik2 untuk saya ye. saya sayangkan dia."



tak beragak aku nak cakap macam tu kat family shira. iya aku pasti, baju mini gaun yang shira pakai tu sebijik sejiban macam baju mini gaun aku kecik2 dulu. so aku pun melangkah pergi dari rumah shira. aku tau aku rindukan shira sangat2. lepas tu aku dah tak ingat kemana hala tuju aku. dah nama pun mimpi kan ? so tak semua benda kita boleh ingat secara detail. tapi apa yang aku ingat dalam mimpi aku tu, aku sampai ke rumah aku sendiri setelah penat berjalan. aku pun online la guna laptop aku. tiba2 masa aku check FB (ni kes sebab selalu online FB, FB pun masuk dalam mimpi aku), aku terjumpa satu profile yang ada gambar seorang budak lelaki. aku pasti aku ingat sapa budak laki dalam FB tu. aku pasti !

rupa2nya budak laki dalam FB itu ialah abang Shira. baru aku teringat ! tapi aku view FB wall dia dan aku terbaca sesuatu. dalam FB abang shira tertulis macam nie..


"untuk adik tercinta Sharifah Shahirah, sedekahkan al-fatihah untuknya. semoga rohnya dicucuri rahmat. adik, abang sangat sayang kat adik. kenapa adik pergi dulu ? kenapa ? kenapa ?..."



berderau darah aku lepas terbaca di wall abang shira. shira dah tak ada ? shira dah tinggalkan aku dan semuanya ? aku terkaku dan terdiam. terus mengalir air mata aku. apa aku dah buat ? aku sayangkan shira. tapi kenapa shira tinggalkan aku macam nie ? macam2 persoalan keluar di minda ku. dan sekali lagi aku dapat rasa aku menangis betol2 di alam realiti (menangis dalam tido). lepas tu aku terjaga. aku tengok jam dah pukul 4 pagi. tapi sebab awal lagi, aku pun sambung tido. berpeluh aku masa tido. aku termenung seketika dan merenung syiling yang kosong. apakah semua nie ?

Shira. gelak tawa shira. tangisan shira. luka di badan shira. sakit yang tak tertanggung oleh shira pada tapak kakinya. family shira. semua tu lah ! aku teringat dan asyik terngiang2 sampai la ke waktu aku menulis entry nie. sapa shira sebenarnya ? iya aku tau mimpi itu mainan tidor. tapi mimpi jugak boleh menjadi petunjuk. paling aku teringat sampai sekarang nie ialah Shira dan mini gaun yang dia pakai tu. mini gaun tu sama betul dengan mini gaun aku kecik2 dulu. aku ingat lagi sebab aku tengok gambar yang mummy pernah tunjuk kat aku dulu. dalam gambar tu aku pakai mini gaun tu sambil menghisap susu botol. tapi muka aku tak sama lah dengan shira tu. tapi apa2 pun masih pelik kan ?

sebelum aku tido malam tadi, aku mohon pada Allah swt agar diberikan petunjuk. adakah mimpi bertemu Shira nie adalah petunjuk ? atau aku terlalu banyak berimaginasi ? sapa Shira nie ? apa makna mimpi aku bertemu Shira nie. semuanya aku tak boleh jawab. tak ada sesiapa pun boleh jawab. Hanya Allah swt saja yang tau. tapi satu perkara yang menjadi persoalan aku, adakah Shira itu mewakili kehidupan masa lampau, masa kini dan masa depan aku ? Wallahualam ~





p/s : masih merindui Shira sekarang walaupun hanya berjumpanya dalam mimpi.




-iqin-

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted