-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kisah Sebuah Study Yang Gila.

hello blogger. Happy Thursday to everyone. thanks for always visiting me in my blog (means anda sayang aku kan ?). thank you very much ! so how's your day today ? i hope it's going to be so wonderful and great ya. special wish from me to you :)

pukul 8.30 pagi tadi aku baru selesai menduduki peperiksaan untuk subjek PKP 3104 or we called Pengenalan kepada Pengamatan. sorry ye guys from FB, dia ingat PKP tu is a pegawai kesihatan persekitaran from nowhere. one of them pulak pikir i've found the new lover. LOL sila jangan tertipu okay :) ah rasa lega gila hati sampai menghembus2 nafas sebab tinggal lagi satu je paper, BMM 3101. whoa, tak sabar betol rasanya. esoknya aku akan balik rumah for the semester break. heaven ! :)

now on, aku tak ada rasa tak ada minat langsung nak jenguk buku. konon2 macam dah tibanya 'the independent exam day' lah? (berangan ah !). there's more one paper to go. and plus, that one remains adalah sangat sangat super susah, i guess. tapi tak tau lah kalau member lain rasa that paper is the easiest one than the others. haha ! suka hati lah, masing2 punya pendapat kan ? tapi bagi aku memang susah la, sebab aku belum lagi betul2 mahir menguasai HSP tu dan susah kot nak hasilkan RPH yang begitu bagus. dah tau tak pandai lagi buat RPH, gedik kan tak nak bukak buku and study ? damnnnnnnn ;)

okay la, stop pasal exam. muak kan ? tapi kalau time SPM dulu, even though ada 10 papers kena jawab, tak ada pulak merungut2 macam sekarang. haha yelah sebab SPM tu lagi penting kalau nak dibandingkan dengan final exam aku macam yang aku tengah gila sekarang nie. tapi kalau lah diputarkan masa (even tak hingin pun nak putarkan masa), aku takkan sesekali membiarkan diri aku jawab SPM lagi. gila tau tak ? aku ingat lagi sampai sekarang. rutin study aku kat SBP dulu macam orang sawan and simply as orang yang sedang menghadapi insomnia yang super duper teruk. haiya ! tak percaya ? haha u have to believe me folks. :)

nie kita share2 pasal pengalaman SPM la eh. waktu tu aku ingat lagi, aku akui aku memang tak cute langsung dulu tau (huuuu..sedih2). yelah, orang lain semuanya cute2 muka, maklum lah, bak kata orang gadis sunti sweet 17 lagi. mak aku cakap, sweet 17 nie siap ada lagu lagi. lagu tu nak cakap la yang gadis berumur 17 tahun selalunya tengah baru naik manis seri muka dia. but i was not ! (huuuuu..lagi sedih2). u know why ? sebab mata aku dulu dah tak ada beza dengan mata beruang panda kat zoo negara tu tak pun beruang panda dalam animation movie Kungfu Panda tu. sob3. apa aku buat ? cara aku study untuk SPM dulu sangat sadis. sampaikan aku nak cerita kat sini pun rasa macam nak korek2 je biji mata aku nie. waaaaa !!!



rutin harian aku untuk study...



4.00-5.30 pagi : 
bangun tido. mandi2. gosok baju dan calit bedak calit deodorant. no mekap la !

 5.30 pagi : 
solat subuh secara sendirian di musollah bawah hostel. baca2 al-quran itu wajib. (yelah kene jadi insaf sebab nak SPM. boleh ke ?) actually dilarang, kena solat jemaah kat surau al-ariff. tapi aku ngelat. tiap2 hari kot. ngoi !

6.00-10.00 pagi : 
kelas anjal sudah bermula. (kelas anjal nie start bulan 6 untuk persediaan SPM) kelas anjal start pukul 6.00 pagi dan cikgu2 semua ada. kelas macam kelas biasa tapi secara seluruh satu batch, gila kan ? dan ini adalah untuk setiap hari !

10.00-10.30 pagi : 
rehat time. dulu masa before kelas anjal boleh la lepak2 kat kantin tu dengan geng. tapi bila dah dekat2 SPM, mana layan rehat time dah. rehat je pegi solat sunat kat surau al-ariff. baik kan ? hohohoho boleh dikatakan tiap2 hari aku puasa sunat dulu.

10.30 pagi-2.30 petang :
masuk dan sambung kelas anjal. time nie waktu kemuncak lah untuk mata terbukak tertutup bila dengan cikgu mengajar kat depan. time nie jugak tengok banyak kepala dah tersengguk2 lepas tu terus melekat ke atas meja tak bangun2 (tido time cikgu mengajar). fuhhh angin beb.

2.30 - 3.00 petang : 
lunch time. gila kan lunch time pukul 2.30 ptg. haishh ! this time memang kene rushing gila. jalan, bukan jalan2. makan, bukan makan2. mandi, bukan mandi2. semua bukan bukan bukan. hahaha ! kala nak tido sangat pun dapat dalam 5 minutes. but kalau time tu berpuasa, banyak masa sikit lah so boleh nak showering ataupun nak tido (diulangi semula..tido, bukan tido2).

3.00-7.00 petang : 
kelas anjal bersambung. wah, kalau time tengahari dah kemuncak mengantuk dalam kelas anjal, apatah lagi dalam waktu nie. memang tahap mengantuk tahap dewa. sometimes, dewan tu tak ada dengar bunyi apa2 pun except suara cikgu mengajar and bunyi KIPAS DINDING sebab semua orang tertido. kalau kene cikgu yang lemah gemalai, boleh la nak lentuk2 tapi kalau kena cikgu yang suka menyinga, jaga kau. kene baling dengan marker jawabnya, tak pun buku. hahahahaha

7.00 petang - 8.00 malam : 
kalau dulu2 maghrib masuk lambat, so time nie la kami baru nak terhegeh2 solat kat musollah. terkocoh2 gi amik wudhuk kat paip air. lepas tu pegi naik bilik. mandi. makan. tido. dan solat maghrib berjemaah di surau al-ariff.

8.00-12.00 malam : 
kelas anjal bersambung. time nie kira macam prep jugak la. tapi kalau dah dekat nak SPM, time nie la kene kelas anjal dan cikgu mengajar kat depan. time nie selalunya tak ngantuk pun sebab mata semua fresh2 belaka. tapi bila dah sampai tang pukul 11 malam, semua dan lembik.

12.00 malam : 
kelas anjal baru habis. seharian weh ! lepas habis anjal terus pegi dewan makan ambik supper. lepas makan supper, terus pegi surau al-ariff dan solat Isyak berjemaah. lepas solat berjemaah, wajib ada bacaan Yassin. kiranya bacaan Yassin ini akan ada kecuali time weekend. fuh ! time nie kalau aku tak ngantuk lagi la sebab aku memang dah terbiasa dari kecik suka tido lewat2 malam. tapi anda ingat cerita aku dah habis ke ha ?




hey hey cerita belum habis ye. haha so yang paling 'special' dan yang paling menyeksakan untuk aku dan kawan2 buat setiap hari selepas macam nak separuh mati seharian belajar ialah....




1.00 - 3.00 pagi : 
study beb !! buat revision sendiri. kalau sepanjang dalam kelas anjal cikgu tak bagi peluang nak study sendiri tapi lebih banyak latih tubi dan perbincangan kumpulan, time nie lah waktu untuk aku pulun study sorang2 untuk semua subjek. sangat GILA kan ? ye memang GILA !!



and guess what ? masa yang diperuntukkan untuk aku tido hanyalah sejam. diulangi semula..SEJAM. rutin nie akan bermula setiap hari dalam bulan 6 hingga la tibanya hari SPM sedunia. apa ? okay fine seMalaysia. sebab pentadbir dan semua panitia subjek dah mula pasang strategi untuk SPM. sangat gila weh. tapi itulah hakikatnya. itulah hakikat duduk di SBP. aku pun kadang2 tak paham. dia buat rushing menggila sampai macam nie (except dari pukul 1.00 - 3.00 pagi tu lah ), tapi still ada jugak student2 yang tak excellent. termasuk aku la tu. but seriously, duduk di SBP lagi teruk daripada kem askar atau kem polis. diorang buat sistem paksaan keatas murid2. kalau student yang dah memang tersedia pandai tu, lain ceritalah. diorang rushing mana pun diorang tak kisah sebab diorang dah genius. sebab itulah kalau anda tengok budak2 pandai sekolah SPB (lelaki sahaja) pun banyak yang terlibat dalam projek2 jahat macam buli budak junior, fly dari asrama, escape kelas dan sebagainya. tapi kalau yang kurang pandai pun nak join budak benda2 macam nie, haha no comment ! :)
 
dulu aku sangat jeles dengan budak2 pandai kat sekolah aku. jeles sangat ! diorang nie study pun mana ada study sangat menggila macam aku. diorang nie tido dalam kelas pun iye jugak. diorang nie bercinta monyet pun iye jugak, sampai kena tangkap dating lagi tu kat tangga. diorang nie tak ada pun nak solat2 duha sampai setiap hari, baca Yassin setiap masa..tapi yang peliknya, diorang nie STILL THE MOST EXCELLENT STUDENTS dalam sekolah. argh benci gila ! jahatnya aku tak suka tengok kejayaan bangsa sendiri. haha boleh pulak camtu. tapi apa2 pun tu semua kejadian Allah swt kan. itulah anugerah Allah swt untuk budak2 pandai yang aku ngumpat tadi. kalau diorang tak bersyukur lagi tak tau la aku nak cakap apa. haha ;)

aku ni kiranya dalam kategori biasa2 je la. tak ada mende yang special pun pasal aku kalau ada orang tanya. (macam la ada orang nak tanya pasal aku). dulu impian aku untuk SPM menggunung gila kot ! bukan main aku dulu, siap nak bercita2 konon jadi doktor orthopedik. siap selalu browse pasal medic kat bilik kaunseling. selalu pegi cybercafe nak browse pasal kelayakan masuk medic under Mara atau JPA. (kononnya je..) tapi result aku tak jugak gempak2. susah gila la aliran sains tulen nie. paling aku benci subjek Physic dan Chemistry. maybe sebab cikgu subjek tu kot. hahaha dulu aku kutuk2 cikgu, sekarang nie aku pulak yang jadik cikgu dah. dan yang pastinya, aku akan jadi cikgu yang the best untuk student2 aku nanti. berangan. :)

bila result SPM nak keluar, aku menggelabah puyuh je duduk kat rumah tu. asyik menggelisah je. tak boleh tido. tak boleh makan. tak boleh mandi. solat je aku buat. time tu lah nak ingat Allah swt. haha. kenapa ye kalau time SPM kita semua kene buat bersungguh2 ? hmm my assumption la, sebab SPM nie bukan senang. dan bak kata pepatah mummy, 'SPM nie adalah tiket, platform kau untuk masa depan'. wah, bangga lah dengan mummy nie. bagus betol quote dia. i like ! tapi memang betul pun kan. kalau dapat bad result, so tempat anda nak study pun bad jugak la, actually tak ada lah bad. but rendah la tarafnya daripada yang lain ( tak pun kahwin je terus kalau taknak sambung study). kalau dapat ordinary result, tempat study yang boleh dimohon pun ordinary jugak la. tapi kalau dapat good result, bukan main kau ! anda tak payah susah payah nak mohon2 mana. semua tempat study yang high class sendiri akan datang pelawa anda study kat tempat diorang. wah, just like in heaven ! senang2 je dapat kan, walhal yang kita2 nie mohon sampai buat rayuan, susah betul nak dapat. hmm itulah kelebihan budak yang bernama budak genius. ;)

tapi duduk kat SBP memang psycho gila kot. sebabnya bukan setakat kene kerah paksa study sampai seharian and tak cukup rehat, tak cukup lagi tu ada pulak main dengan psikologi students SPM nie. u know what is that ? okay macam kat sekolah aku nie, diorang suka main psikologi dengan uar-uarkan jenis2 tempat study kat semua students. kiranya macam nak kata motivasi kesedaran, tak ada lah sangat. diorang cakap lah kononnya tak kan budak kelahiran SPB nak dapat further study kat Politeknik je ataupun nak duduk Tingkatan 6 ? malu, nak letak maruah kat mana, katanya lah. pandangan diorang SPB nie nak tempat2 tinggi lah macam kat overseas buat medic, engineering or whatsoever. paling kurang2 pun dapat kolej matrikulasi atau diploma kat IPTA. 

sebab tu la dulu lepas result SPM keluar je, tak lama tu dengar la masing2 kecoh tanya sana tanya sini dapat matriks mana. haha btw, aku dulu dapat matriks Kolej Mara Kulim di Kedah. best sangat matrik tu sebab dapat tajaan Mara. kalau matriks yang lain dibawah tajaan KPM. haha yang aku rasa macam special sangat tu tang ada nama Mara kat tengah2 nama kolej aku tak macam orang lain. orang lain punya nama, Kolej Matrikulasi Johor. Kolej Matrikulasi Melaka. tapi yang aku lain sikit. Kolej Mara Kulim. pengambilan students matriks untuk kolej mara kulim nie sikit je, around 200 orang. tapi kalau matriks lain sekali harung beribu2. hahahaha !!! ;)

tapi aku tak lama pun di Kedah. sempat merasa duk Kedah dalam 2 bulan je. sedih gila weh. aku punyalah sayang gila dengan tempat tu. baru nak merasa duduk kat Kedah, jadi orang Kedah. tapi tak sempat pun sebab mummy dengan abah suruh keluar dari kolej mara and masuk IPG KPM yang aku duduk sekarang nie. dulu memang terpaksa gila nak tinggalkan Kedah dengan banyak sangat kawan yang aku sayang kat sini. menangis2 tak berlagu aku. dulu rasa benci gila bila melangkah je negeri Melaka dan masuk ke maktab aku. dulu aku tak ikhlas nak belajar, aku tak boleh terima kehidupan kat sini. sebijik sejiban macam neraka. very different dengan kolej mara yang aku rasa macam heaven aku (dah la aku ramai peminat kat sana, bajet !). bila masuk maktab aku, alahai. mata aku nie nampak perempuan je dimana-mana. sebab dah namanya pun maktab perempuan. masa mula2 aku kat sini, aku susah nak cari kawan yang serasi. dan sampai lah sekarang, aku sangat BAHAGIA dengan life aku. dah 2 tahun pun, tinggal 3 tahun perjuangan aku sebagai bakal cikgu kat sini. :)

tulah orang tua cakap, kita kene ikut. sebab apa yang diorang cakap ada benarnya dan susah kita nak canggah. walaupun pada awalnya susah gila nak ikut cakap mummy abah, at last aku dah boleh 'bernafas' kat sini. dah jadi senior pun, dah nak masuk Tahun Kedua pun tahun depan. 5 sem termasuk sem foundation kat sini. terasa baru je. apa2 pun aku sangat merindukan suasana kolej mara dulu. scenery dia sangat indah. bayangkan lah, semua bangunan berada di atas bukit. lepas tu ada pulak mengalir air sungai kat depan tu. kalau nak BBQ, memang syok buat dekat bawah pokok besar kat tepi sungai tu. siap boleh nampak lagi ikan2 kat dalam sungai tu. boleh naik basikal daki bukit. kalau nak pegi bangunan kelas ataupun asrama kawan2 yang lain kene naik dakit bukit kat atas2. udara dia rasa bersih je. wahhhhhhh..sangat nikmat ! sangat berlainan dengan maktab aku sekarang yang berada di tengah2 bandaraya. nampak bangunan je banyak. kalau ada yang elok sikit pun, tu haaa..bukit cina yang penuh jerat2 cina. :)

here aku share beberapa gambar di kolej mara kulim dulu time muda2 dulu. (macam lah dah tua sangat). tak banyak pun tapi bila aku geledah dalam picture files, nie je la yang aku jumpa.. anyway, enjoy !


Bersama geng2 lama di KMK. rindunya kat mereka.


bersama rakan rapat di kuliah, qisya.

bersama achik, bestfriend masa kat sana.

bila tengok pic nie, meleleh air mata dan air hingus aku :'(


dulu aku JPP kat sana. seronok dapat blazer sendiri hehe

nie lah geng cube aku. yg baju biru tu cubemate aku, ema.

okay jangan tenung muka aku lama2 sebab buruk sangat. inilah cube aku.







p/s : actually belajar kat mana2 pun sama je kan ? :)





-iqin-











Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted