-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

kenduri kawin orang jawa :)

hello blogger. wish u a Happy Sunday. hari ahad adalah hari yang menggembirakan bagi semua orang (ayat typical untuk orang2 bosan). so how's your day ? me, great ! duduk rumah, membesarkan badan, menternak lemak, oh semuanya indah belaka. that's what we called HEAVEN. btw, mummy dan abah tak ada kat rumah. so rumah jadi kinda empty and sunyi sepi je. so okay, tak kisah la apa2 pun. semoga semua orang menikmati hari ahad yang menyeronokkan ! ;)

disebabkan kebosanan yang melampau, aku pun kacau barisan2 angkatan semut kat dalam bilik aku nie. kadang2 geram la dgn diorang nie. buat menyemak je kat lantai aku. fyi, aku tak suka semut. nanti kepala aku rimas. nak buat apa2 pun jadi tak senang. kalau aku baik, aku akan tolak je semut2 tu. tapi kalau aku jahat, aku bunuh jugak la. jahat kan ? walaupun ianya semut, tapi still benda bernyawa kan ? but now aku dah jarang bunuh semut tak macam dulu. aku suka selerakkan barisan semut tu, so nanti diorang akan lari bertempiaran and dah tak bersusun macam sebelum tu. cis ! 

okay back to the subject, entry aku kali nie nak menceritakan suasana kenduri kahwin di kampung aku. lantak la cerita aku ni interesting ke tidak, tapi aku tetap nak ceritakan. kih3 ! semalam aku ikut mak aku pergi kenduri kahwin sepupu mak aku. kira sedara belah mak aku la. sepupu mak aku tu orang panggil Kang Jaip. haha jawa dah pulak. eh memang la, dah aku pun jawa. tapi aku panggil Pakcik Jaip je la. walaupun aku nie jawa, tapi aku tak mengikuti kehidupan orang jawa. Pakcik Jaip sangat baik kot. dia layang kiteorg macam VVIP. haha masakan kenduri dia sedap sangat. ada sambal belacan, sambal kicap, sup tulang lembu, hati ayam, ayam goreng berempah dan banyak lagi. tapi aku ambil sikit je la. sebab takut sakit perut. ;)

so lepas borak2 dan makan2, aku ikut mak aku pergi tolong orang kampung kejap untuk buat lemper. haha tau tak apa itu lemper ? okay let me tell you guys. lemper nie sejenis kuih masakan orang jawa. susah nak jumpa kuih ni sekarang kat mana2, kecuali kenduri kahwin orang jawa. tapi sedap weh ! aku suka sangat2. lemper ni diperbuat daripada pulut dan isi ikan. kiranya macam sushi jepun la jugak. sebijik macam sushi jepun, tapi bukan sushi la. okay pulut tu akan dibentuk menjadi bulat dan ditepekkan untuk dimasukkan isi ikan (selalunya inti untuk buat mini popia goreng tu) ke dalamnya. lepas tu bentukkan balik untuk menjadi bentuk bulat. lepas dah dibentukkan jadi bulat, letak kat atas daun pisang dan digulung2kan dengan kemas. dah habis ? belum ye. lepas tu ambil lagi daun pisang yang lain so balut lah pulut yang dah digulung tadi dengan daun pisang tu. lepas tu dilipat dan dicucuk dengan lidi di kedua-dua hujung daun pisang luar yang dah dilipat. hasilnya, tadaaaa !! siap, tinggal nak kene kukus je lepas tu. seriously sedap gila. kalau ada orang jawa kat sini, boleh la cuba buat. :)

satu keistimewaan orang jawa dalam mengadakan kenduri kahwin nie ialah diorang suka buat masakan yang tak pernah kita jumpa kat mana2 untuk dijual. kerjasama dan saling bantu membantu memang sangat arif untuk diorang. cakap lah nak buat apa, semua akan tolong. lepas tu yang pangkat dah atuk nenek pun sudi datang untuk tolong2 masak. seronok kan ? bagi aku, specialnya kenduri kawin orang jawa nie ialah aku suka dengar kat mana2 aku pergi semua orang akan bercakap bahasa jawa. aku paham jugak apa yang diorang cakap tapi cuma aku tak reti berbahasa jawa. kadang2 kelakar pun ada bila tengok diorang bercakap bahasa jawa. sebijik rasa macam ada kat Indon. hehe ! ;)

so dah lepas siap tolong2 orang kampung buat lemper tu, aku pun pergi la tengok pelamin pengantin. pergh cantik weh. tema diorang warna golden. cantik la, kerusi dia pun ala2 kerusi mahal. dalam hati aku, bila lah turn aku naik pelamin nie. jeles kot ! bila dah selesai2 semuanya, kami pun naik kereta dan balik ke rumah. dalam pukul 7.00 malam jugak lah baru kami sampai ke rumah. what a sweet memories. aku suka sangat pergi kenduri kahwin. bukan disebabkan makanan kenduri ke apa, tapi aku just nak tengok pelamin dan pengantin je. maklum la, kena kumpul banyak pengalaman pasal benda2 camnie, so tak lah kekok bila giliran kita dah sampai nanti kan. ;)

but so sorry sebab semalam lupa nak captured pictures untuk pelamin, pengantin and semua2 tu lah. tapi ada jugak pic, itupun pic aku sorang. (lagi sekali ??). okay enjoy and take care semua ! 


suka tema hijau ;)




p/s : merindui arwah atuk, arwah pak lang, arwah mak lang, arwah wanie dan arwah syafiq  :'(






-iqin-

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted