-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

jamuan sekolah lama :)


hello blogger. hari nie adalah hari Jumaat ye ? haha again, we are compulsory to say, "oh finally, it's Friday". haha *gelak jahat*. hari nie walaupun dinamakan sebagai hari Jumaat, tapi aku tak rasa macam Jumaat. you know why ? haha aku sendiri pun tak tau la. okay for the starting, hari nie mummy ajak aku temankan dia pergi sekolah untuk handle jamuan perpisahan bagi murid Tahun 6. plus, adik aku yang bongsu adalah salah seorang daripada murid Tahun 6 yang diraikan. (kena la bangga sikit walaupun kecewa dengan result upsr die). ;)

so dalam pukul 9.30 pagi, mummy dan aku sampai ke sekolah. sekolah lama aku dulu daripada Tahun 3 sampai la ke Tahun 6. sekolah lama yang banyak sangat kenangan. manis ada, pahit pun ada. semua ada. salah satu memori yang tak pernah aku lupa semasa bersekolah kat situ ialah aku terjatuh ke dalam longkang sekolah. eeeeuuuwww !! kelas PJ baru je habis, so kitaorang pun berpusu-pusu pergi tandas untuk salin baju. biasa lah kan, dah nama pun budak sekolah, nak pergi mana2 je mesti kene berlari (apasal ha?). excited, mungkin. so masa aku tengah syiok2 berlari tu, malang nasib badan kaki aku tergelecek and terus tak boleh imbang badan. apa lagi, anggota tubuh pertama yang kena air longkang tu ialah kaki aku. urgh, busuk tak payah cakap la kau. tapi longkang tu tak ada la besar mana pun. cuma air die berbau...perghhh !! lepas jatuh tu, kawan2 datang tolong and aku pun pergi mandi la kat tandas tu. haha !!

so pagi tadi sambil menghirup udara pagi, aku pun berjalan-jalan di sekitar sekolah. fuh, memang banyak betul memori lah kat sini. terngiang2 kat dalam kepala otak aku macam mana dulu kitaorang jerit2 sebab budak laki kacau. menangis2 sebab bergaduh. gelak2 masa main bola jaring. semua tu kenangan manis buat aku. walaupun aku tau kenangan tu agak memalukan sebab memang tak matang langsung la weh ! (bengong apa ko iqin, dah nama pun budak sekolah rendah mesti lah tak matang lagi. ngoiii !!). haha enough with craps. so back to the story, aku pun merajinkan diri tolong cik peah kat dapur kantin sekolah. potong2 la apa yang patut. buang2 la yang busuk. carik2 la yang berlemak. haha. apa yang berlemak ? apa yang busuk ? lu pikir la sendiriiiii ;)

nak ringkaskan story, jamuan pun bermula pada jam 11 pagi and semua hadirin dah ada. macam2 masakan ada kat dalam dewan tadi. rendang, KFC, lauk sayur lodeh, pulut kuning dan banyak lagi la. fuh, kenyang gila. oh ya, memang sangat kenyang tapi balik rumah still bukak tudung saji sebab nak makan lagi. (maksudnya, aku tak kenyang la dengan makanan kat jamuan tadi). haha hidup jadi perempuan nie payah lah. apa2 hal kene control. segan sana segan sini. malu sana, malu sini. haha sebab segan punya pasal aku pun tak tambah2. malu weh ! walhal perut bukan main lapar kebulur. aihhh ! ;)


POT PET POT PET. untuk merakam kenangan berada di sekolah lama aku nie, aku pun captured pictures yang tak ada kene mengena dengan jamuan perpisahan. sorry lah ye, terbanyak pulak gambar aku. sorang je pulak tu. hahahaha 























p/s : masalah jerawat masih belum selesai. :(





-iqin-

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted