-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

DAN BILA ESOK..




dan bila esok..
kalau awak masih mencintai diri saya, saya mohon satu perkara. cintai saya seadanya. cintai diri saya seikhlas dan sejujur hati awak. cintai saya sejauh mana awak boleh bertahan. insyaallah saya akan memberikan cinta saya yang terbaik untuk awak seorang. saya mencari cinta yang ikhlas, cinta yang suci untuk saya bawa awak untuk sehidup semati dengan saya.

dan bila esok..
kalau saya dan awak ditakdirkan masih bersama, saya ada impian untuk kita bersama. saya nak jadi isteri yang solehah dan terbaik untuk awak. saya nak beri zuriat yang halal untuk awak. saya nak bina sebuah masjid yang dibina atas tapak kebahagiaan. saya nak bina masjid tu bersama-sama dengan awak dengan cinta suci antara saya dan awak. saya juga nak ceriakan masjid tu dengan tangisan dan gelak tawa anak-anak saya dan awak.

dan bila esok...
kalau saya dan awak ditakdirkan berpisah, saya juga ada harapan untuk awak. saya nak awak jaga diri awak sebaiknya tanpa saya disisi. saya akan bagi awak satu botol yang penuh dengan kertas kecil. lepas tu saya nak awak ambil kertas kecil dalam botol tu setiap hari hanya satu je yang awak boleh ambil. baca lah kertas kecil tu dengan hati yang ikhlas. saya akan titipkan kata2 pembakar semangat untuk awak setiap hari dan saya nak awak tau yang saya sangat berterima kasih pada awak. sebab awak pernah hadir dalam hidup saya, dan kehadiran awak itu sangat bermakna buat saya.

dan bila esok..
kalau saya dan awak ditakdirkan berjumpa kembali, saya mintak awak terima diri saya seadanya. sama ada saya sudah berkahwin atau sudah mempunyai cahaya mata, tapi jangan ada perasaan musuh antara awak dan saya. saya juga akan terima diri awak seadanya sekiranya awak juga sudah berkeluarga. sesungguhnya kegembiraan awak adalah kebahagiaan saya juga. terima kasih kerana pernah memberi cinta yang indah buat saya suatu masa dulu.

dan bila esok..
saya akan ceritakan segala kenangan manis dan kenangan pahit yang pernah berlaku antara kita di dalam sebuah buku dan juga album gambar. saya akan ceritakan cinta indah ini sekiranya ada yang mahu mendengarnya. saya percaya pada takdir. saya tau manusia hanya merancang dan Allah swt yang menentukannya.








-from your love, iqin-

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted