-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile

10/10/10

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara untuk artikel aku malam nie.
tiba2 tergerak hati untuk tulis note sekadar untuk memperingati dan meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku.
okay, nak dipendekkan cerita.
tertarik tak dengan headline yang sedang hot sekarang, '10/10/10' ?
sebelum tu, kepada sapa2 yang rasa nak cakap yg aku ni membosankan atau membebel, sila jangan baca artikel nie.
takut2 korang rasa nak termuntah ke sebab bosan sangat or rasa nak tidur? hehe !
kepada sesiapa yang PRIHATIN dengan nyawa mereka dan orang2 yang tersayang, sila la kita renung bersama.
firstly, bila kita dengar tarikh special 10/10/10, mesti kita pikir benda yang indah2.
whoa, kene pulak jatuh pada hari AHAD.
untuk yang bercouple, memang seronok betul lah buat date.
untuk yang baru bercouple, dia la paling happy sebab declare pada tarikh yang sangat special.
10/10/10 jugak banyak artis2 yang kahwin.
10/10/10 jugak lah ramai orang kampung aku yang kahwin, sampai mak aku tak menang tangan nak pergi jemputan kenduri kawin.
tapi di penghujung tarikh 10/10/10 tu, rupa2nya Allah dah menjanjikan 'peringatan' kepada kita semua.
gelak punya gelak.
cinta punya cinta
happy punya happy
rupa2nya, diakhiri dengan tangisan dan terkorbannya banyak nyawa dalam kemalangan ngeri Delima Express.
dulu kita semua dikejutkan dengan kemalangan Sani Express.
punyalah time tu ramai yang anti nak naik Sani Express lagi dah.
rupa2nya ada lagi yang tak sedar diri.
sekali lagi kita dikejutkan dengan berita yang jauh lagi ngeri daripada kemalangan Sani Express, iaitu Delima Express.
kat sini, please highligt 'SALAH SAPA SEBENARNYA?'
aku pun bukan wartawan nak kecoh2 tapi benda nie mendatangkan impak yang sangat mendalam buat aku.
sebab apa?
ini kali ketiga aku terselamat daripada menjadi mangsa korban bas ekpres.



KALI PERTAMA
waktu tu aku masih berusia 18 tahun.
kira macam tak masak lagi dengan dunia kampus.
so time tu aku nak naik bas Transnasional untuk turun ke stesen Shah Alam.
tapi nak dijadikan cerita, aku ketinggalan bas tersebut dalam tempoh masa 2 minit sahaja.
semasa sedang berlari kearah bas tu, bas tu dah pun meninggalkan aku.
sedih pun ada, bengang pun ada. 2 minit je kot !
so terpaksa lah aku pergi beli tiket bas yang baru, masih dibawah syarikat yang sama, cuma lewat dalam satu jam sahaja daripada tiket pertama aku tadi.
tunggu punya tunggu, akhirnya aku lega sebab dapat naik bas dan dalam hati aku, aku yakin selamat sampai kerumah.
lepas tu, punya lah Allah nak tunjuk kat aku, semasa on the way to Shah Alam (lebih kurang dalam highway Seremban), jam teruk nak mampus.
aku jenguk2 ke luar tingkap nak tengok apa yang berlaku, aku nampak ada 6 buah kereta dalam kemek sikit2 kat tepi highway tu.
dan di sebelah kanan, ada bas Transnasional yang dah terbaring betul2 ditengah highway !
bas tu melanggar pembahagi jalan highway dan kemalangan melibatkan kereta2 yang aku nampak tadi. Gosh !!
aku tengok bas tu memang agak teruk lah tapi tak ada pun kecederaan yang dilaporkan.
semua mangsa kemalangan dan dipindahkan ke tempat lain.
yang pastinya tu memang bas yang tinggalkan aku kat MC tengahari tu sebab aku ingat nombor plat bas tu.
btw signboard depan bas pun dan tunjuk MELAKA-SHAH ALAM & KLANG.
lepas tengok semua2 tu, aku terus pejam mata dan istighfar banyak2.


KALI KEDUA
masa tu aku berumur 19 tahun dan baru sem 3 foundation kot.
time tu aku tak ingat mana macam mana kejadian tu berlaku.
yang pasti aku tertidur sebab penat sangat.
waktu tu aku naik bas Transnasional menuju dari MELAKA ke SEREMBAN.
and that time pun petang, so padan lah aku tidur sedap2 kat dalam bas.
jauh lagi nak sampai ke destinasi yang dituju.
so masa tengah sedap2 tidur tu, bas yang dipandu laju gila2 tu tiba2 berhenti mengejut.
kepala aku terhentak ke seat orang depan aku.
berpinar2 mata aku sebab kepala terhentak kuat. semua orang dalam bas pun macam tu.
aku pun tanya kakak yang duduk sebelah aku, apa yang berlaku.
aku tengok ke luar pemandu bas yang aku naik tengah gaduh2 dengan orang lain kat luar.
kakak tu cerita kat aku sebab dia tak tidur sepanjang perjalanan.
dia cerita, tadi bas ni tengah membelok di selekoh, laju gila.
lepas tu entah macam mana bas jadi tak stabil sampai nyaris2 bergesel dengan bas ekpres lain masa membelok di selekoh tu.
tapi kene jugak lah tang hujung belakang bas. so bas tiba2 berhenti mengejut di hujung selekoh and kereta lain pun terlanggar belakang bas.
memang aku tak terasa la masa bas tu tengah bergesel sebab aku tidur mati.
nasib baik tergesel di bahagian belakang bas je, kalo tergesel bahagian tepi bas,..... !!
memang maut la akuuuuuuuuuuuuuuuu
sebab aku orang yang duduk seat tepi bersebelahan dengan cermin.
pemandu bas duduk bertelagah dengan orang yang ketenya terlanggar bahagian belakang bas.
and last, bagi meleraikan pergaduhan, pemandu bas pun mintak maaf.
soal repair ke ape ke sume tu aku pun tak tahu.
tapi yang pasti time tu memang aku tergamam gila and terus bersandar di kerusi.
terus aku tak tidur sampai la bas tiba di Seremban.


DAN KALI KETIGA
melibatkan kemalangan yang baru je semalam terjadi, Delima Ekpres.
kalau nak diikutkan bas Delima ni memang bas favourite aku lah jugak.
kalau balik Melaka dari KL, memang aku pilih Delima je lah.
sebab bas dia slow, pemandu bawak berhati2 dan sangat berhemah.
keselesaan penumpang pun diorang jaga betul2.
tapi bila semalam kecoh pasal bas Delima yang accident, terkejut jugak lah aku nie.
but why DELIMA?
hmmm tulah kan, semua manusia pernah membuat kesilapan.
kadang2 syarikat bas yang berhemah mana pun, sangat berisiko tinggi menghadapi kemalangan as long as dia bergelar pembawa penumpang yang melebihi daripada 40 nyawa.
rasanya, kalau naik bas tu, nyawa kita terserah kepada pemandu bas kan.
tapi apa yang penting, doa banyak2 pada Allah agar sentiasa menyelamatkan kita daripada malapetaka.
so sebut pasal kemalangan Delima Ekpres ni, aku pun sebenarnya antara penumpang yang bergerak ke Melaka daripada Seremban.
so tak jauh mana pun lokasi bas aku bergerak dengan kemalangan tu.
tapi aku bersyukur sebab aku dapat tiket yang awal sejam daripada tiket bas Delima tu bergerak.
so boleh jadi jugak bas aku yang bertembung dengan bas Delima yang bergerak dari arah selatan tu, or mungkin akan mengalami jam teruk sampai balik maktab pagi2 buta.
tepat jam 7.20 malam, aku sampai ke MC.
dipercayai kemalangan tu berlaku pada jam 7.15 malam. tak jauh beza kan? beza sejam je.
bila aku dah sampai maktab, aku penat gila sampai tertidur and terlupa yang abah dah pesan suruh call dia bila dah sampai maktab.
so dalam pukul 8.30 malam, barulah aku teringat kene call abah.
punya lah abah risau lepas tengok buletin utama malam tu.
terus abah suruh mak called aku tanya aku okay ke tak.
mak called aku dan suaranya tersekat2.
sebab abah risau sangat kalau bas aku yang terlibat kemalangan tu.
alhamdulillah syukur, atas doa mak abah yang mendoakan aku selamat sampai ke destinasi, akhirnya aku selamat sampai ke maktab.
dan bersyukur jugak aku tak naik bas dari stesen bukit jalil, kalau tak memang confirm aku naik bas Delima.


aku rasa macam trauma pun ada.
semoga adanya keadilan yang ditegakkan oleh mereka yang berada dipihak benar.
semua mangsa terkorban atas sebab kesalahan pemandu atau mungkin masalah yang ada pada bas yang dipandu.
wallahualam.
entah lah, yang pasti aku bersyukur sangat2 aku selamat sampai
dan sama2 lah kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang beragama Islam yang terkorban dalam kemalangan dahsyat tersebut.
salam takziah kepada semua keluarga mangsa yang terkorban.
Al-Fatihah.

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted