-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile

salam lebaran Aidilfitri mulia =)


Pejam celik pejam celik, dah nak raya pun kan? 
kejapnya masa berlalu. 
sedih rasanya bila bulan Ramadhan dah nak habis nie.
nak tunggu lagi, tahun depan. 
entah sempat bertemu lagi ke tak. 
makin lama aku makin dewasa.
entah macam mana lah pulak ramadhan and syawal di masa akan datang.
sama best tak macam yang sekarang?
tak boleh nak cakap apa lah, yang sekarang pun jauh tak best macam dulu.
ape2 pun, Insyaallah.


Bila cakap pasal raya Aidilfitri, apa yang common?
yes! ketupat, rendang, lemang, bahulu, kuah lodeh, serunding dan banyak lagi la.
sometimes, nak makan pun sampai tak menang tangan.
sedap punya pasal, janji layan.
diz year, aku beraya dengan penuh meriah, alhamdulillah.
mama beli macam2 sempena nak raya nie.
papa pun biase2 je. maklum la, papa dah tak kuat macam dulu lagi.
tapi ape2 pun, my family always be a happy  family
and we're all celebrating this coming raya dgn penuh meriah.
aku ingat lagi dulu time aku kecik2,
papa selalu bawak macam2. kire mcm shopping la nie.
perghh rasa macam kalah orang nak berniaga kot.
and that time, i was the happiest person sbb every years aku memang nantikan Aidilfitri.
but now, tak best mcm zaman kanak2 dulu.
why?


faktor zaman dah berubah, maybe.
dulu sampai lah ke sekarang, aku dgn mama aje yang 'hidup' di malam raya.
yang lain dah hanyut dalam mimpi. haha
kirenya aku dgn mama je la yang semangat nak raya malam tu.
kadang2 sampai ke larut pagi.
semangat mengemas rumah punya pasal.
semuanya nak disusun.
sampai kusyen2 sofa pun mama aku seterika.
punya lah semangat sampai terlupa kek pisang dalam oven.
time tu, menggelabah mama lari ke dapur sebab bau hangus kek pisang makin menggila.
itu pun lepas aku jerit, "mama, ape yang hangus2 nie?! mama, kek pisang!!
kalau aku tak jerit malam tu, agaknya makan kek hangus la kiteorang pagi raya tu.
aku pulak tak sah kalau malam raya, aku tak panjat almari2 kabinet yg tinggi kat dapur tu.
nak turunkan balang punya pasal.
ada pernah satu malam raya, aku panjat nak ambil balang2 kuih raya kat dalam almari kabinet.
bila aku bukak je pintu die, tiba2.. "mak ko meletop!!!"
lipas oh lipas. 
kalau ye pun nak lepak dalam tempat gelap, tak payah lah lepak kat dalam balang2 kuih raya aku.
kan dah susah aku nak sental semua balang2 kuih nie. ish!!


dulu masa arwah atuk aku ada,
atuk aku selalu gantung banyak2 ketupat yang dah masak kat atas tali rafia
dan diletakkan di penjuru dapur.
aku selalu pegi main bawah ketupat2 tu.
kononnya macam kat disko lah.
tengah syok main menari kat bawah ketupat2 tu, aku rasa kepala aku berpinar-pinar.
adoyai, sakit kepala aku!
salah satu tali rafia tu putus, dan aku lah orang pertama yang kena hempap dgn ketupat2 tu.
apa lagi, mengamuk lah atuk aku.
aku?
haha aku dah lari awal2 lah pegi keluar main mercun dgn sedara aku. takut kene marah dgn atuk.
tapi paling aku tak lupa, kuah kacang yang arwah atuk buat memang superb!
alahai amat merindui arwah atukku yang tersayang. 
Al-Fatihah.


raya? raya tak sah kan kalau tak ada sesi2 bermaafan.
itulah sesi paling aku tunggu2 tiap kali di pagi raya.
bukan apa, nak tunggu duit raya dari mama papa je.
selalunya mama papa akan bagi duit raya 5 kali ganda banyak dari orang lain. hehe!
awal2 pagi lepas mandi sunat raya, aku dah hafal 'skrip' khas yg aku dah cipta awal2 time bulan ramadhan.
jahatnya aku waktu kecik2 dulu. dulu je la, sekarang dah tak payah skrip2 dah. 
mmg banyak dosa pun, cakap je and mintak maaf. hehe!
dulu time kecik2, aku and adik-beradik aku selalu bergaduh.
di pagi raya, semua pakat nak tunjuk sapa paling cantik.
siap ada handbag kecik yang digayakan macam ala2 datin gitu.
last2 aku jugak yang menang. (aku tgh perasan nie. sila jgn kacau mood) haha~
tu dulu lah, sekarang dah lain dah.
sekarang, aku lah orang paling lambat kat dalam rumah untuk bersiap.
kadang2 tak sempat seterika baju pun.
pegi bermaafan dgn baju berkedut2. haha
bantai je la, janji baju raya!


aku paling pantang kalau nampak sepit rambut yang cute2 tergantung dijual di kedai.
pergh.. mata memang sentap habis tengok benda alah tu aje.
kadang2 mama sampai berleter cari aku kat celah mana dalam kedai tu.
sebab tulah mama tak suka bawak aku shopping time kecik2 dulu
asyik hilang je, mama kata.
bila time raya, benda pertama aku pakai...ha, mestilah sepit rambut.
aku paling suka yang sepit rambut jenis manik berjurai2 tu. yang warna pink2 belaka. yang ada riben and bunga. or yang ada muka kartun.
haha bila aku dah siap mekap (mekap budak2 okay), pakai baju raya and pekena pulak tu sepit rambut yang comel2 belaka, 
aku rasa aku lah budak perempuan yang paling comel di dunia. (gelak jahat)
waktu tu, memang tak sah kalau tak ada gelang manik2, gincu merah menyala mak aku yg aku pakai, eye shadow keliling mata and kasut sandal tinggi.
bukan main aku ni dulu2.
bergaya macam Cik Joyah.
biasa lah, orang cakap budak baru nak membesar.


cakap pasal kasut sandal tinggi, 
ni bukan kasut sandal tinggi dah. ni KASUT TUMIT TINGGI namanye!
umur baru seciput dah pandai nak bertumit tinggi.
aku punya lah terpengaruh dgn model2 dalam majalah Seri Dewi & Keluarga tu.
kalau mama papa bawak aku dgn adik beradik lain pegi beli kasut raya,
mesti aku pilih kasut tumit tinggi ala2 untuk orang dah bekerja tu.
mak aihh!! mama papa geleng kepala je. impian aku bukan main, itulah papa cakap.
haha janji aku suka. tqvm papa!
and aku tak sabar nak pakai kasut tu time beraya nanti.hehe!
ada satu waktu tu, sebab kasut tumit tinggi jugak la aku dgn kawan aku jatuh motor depan rumah die. malu tahap gaban kot!
punya lah malu nak cover cun depan abang2 hensem yang tgh beraya kat rumah kawan aku time tu.
belum pun cukup masa dlm setengah jam, aku dah terpeleot dgn kasut tumit tinggi baru aku  tu.
aku, kawan aku dgn moto2 sekali jatuh ke atas tanah.
malu memang malu!
tapi itulah penangan 'Cik Joyah' di hari raya, iaitu aku sendiri.

hahahaha (gelak panjang)
bila pikir2 balik, memang tak menang tangan nak share kenangan2 manis hari raya zaman kanak2 aku dulu dalam blog nie.
terlalu banyak sampai aku rasa aku boleh buat novel kot.
setiap siri untuk setiap tahun berhari raya.
mesti kalau pembaca2 aku baca novel tu, diorang akan rasa makin lama makin naik bosan bila dah nak sampai ke ending part die. haha!
same goes wif me here.
makin lama, raya makin hambar and kurang ceria.
maybe hari raya still ceria, still meriah sebenarnya.
tapi bila aku semakin berusia, maka hari raya bagi aku disambut secara matang dan kedewasaan. tak macam dulu kala.
dah tak sesuai nak jadi Cik Joyah macam dulu.
dah tak layak dapat duit raya kot agaknya. hehe!
tapi tak ape lah, itulah kehidupan.
kita semakin lama semakin dewasa dan seterusnya jadi tua.
beri lah peluang kepada generasi bawah2 kita pulak nak rasai nikmat hari raya nie.
cuma ape peranan penting kita, kita wajib mengekalkan adat dan tradisi nenek moyang di hari raya.
contohnya, pelita minyak tanah, takbir raya, ziarah kubur, baraan (adat orang Jawa), masakan rendang ketupat lemang and semuanya lah.
yang penting, start aku menulis entry kali nie, LUSA adalah HARI RAYA AIDILFITRI.
cant wait to see these beautiful days.
now, aku and family tgh busy2 buat persiapan raya.
macam2 kami buat and u know what, i do enjoy it damn much! =)

anyway, kepada semua kawan2 blogger,
kawan2 kelas PISMP PEMULIHAN 2 JAN 2010,
kawan2 KUSESS 0307,
kawan2 KOLEJ MARA KULIM 2O08,
kawan2 di FACEBOOK
semua guru2 dan pensyarah,
dan seantero warga sekalian alam yang beragama Islam,


"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR & BATIN"





-iqin-





Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted