-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

well thank you apple.



pukul 12.35 malam.
aku terjaga dari tidur.
aku tidur sejak dari petang tadi.
entah bila aku terlelap, aku sendiri pun tak tahu.
badan aku masih kaku.
otak aku masih blurr.
bayangannya masih ada.
oh ya, aku bermimpi pelik sekali lagi tadi.
di suatu petang,
aku berdiri betul2 diatas puncak bukit.
bukit mana aku pun tak pasti.
aku boleh nampak semua benda di bawah.
rumah, jalan raya, pokok2, sungai dan macam2.
aku berdiri tegak je kat atas tu.
bila aku rasa penat, aku pun duduk.
aku tengok matahari makin terbenam dan terbenam.
dah nak senja rupanya.
tiba2, seseorang duduk di sebelah aku.
aku toleh dan aku kenal sangat orang tu.
orang itu ialah mama dan papa ku.
mereka duduk di sebelah aku dan memegang erat tangan ku.
lepas tu, datang pulak seseorang lagi.
kekasih ku, Fakrul Adli.
unny datang duduk didepan ku sambil letak kepalanya ke atas riba ku.
semuanya tersenyum sepi kearah ku.
mereka senyum seolah-olah meratapi sesuatu
mereka senyum tawar kepada ku
lepas tu tiba2 sahaja aku terus terjaga dari tidur.
apa maksud mimpi aku ni?
mimpi boleh jadi mainan tidur.
mimpi boleh jadi petunjuk.
mimpi boleh jadi tempat penghubung telepati.
tapi mana satu?
tekak aku terasa kering sangat.
aku pegi minum air water cooler kat sebelah compartment aku.
lepas minum, lega rasanya.
lepas tu, aku nampak sebijik epal merah kat atas meja aku.
aku ambil dan makan di luar balkoni bilik aku. 
dan aku renung jauh ke langit yang gelap.
tiada bintang pun yang aku nampak.
sekali sekala hanya bayangan kapal terbang lalu-lalang kat atas tu.
hmm..cakap pasal kapal terbang.
tiba2 teringat kenangan indah semasa di Jeddah.
malam tu Bumi terasa sunyi dan gelap gelita.
fikiran aku melayang entah kemana.
suramnya malam tu sama seperti suramnya hati ku.
tapi hanya satu di fikiran aku sekarang.
aku pasti perasaan itu.
aku yakin dengan apa yang aku rasa malam tu.
tepat pukul 2.30 pagi, aku tersenyum sendirian.
gigi ku pun sudah sampai ke biji buah epal tanda epal yg aku makan dah habis.
kaki ku melangkah masuk ke bilik,
aku kunci bilik ku,
ku baring ke atas katil dan selimutkan diri ku.
dan akhirnya aku pejamkan mata.
oh ya, sebenarnya...
aku tau kenapa mama papa senyum tawar kat aku dlm mimpi tadi
aku tau kenapa unny senyum tawar kat aku dlm mimpi tadi
senyuman tawar mereka bermakna mereka jugak sedih berjauhan dgn aku.
dan aku pasti yang aku jugak sgt merindui mama papa, kakak2 adik2, rumah dan unny ku. 
terima kasih buat epal.
salam sayang untuk mereka semua disana.








-iqin-



Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted