-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Finally, done!

Hola fellas here. we meet again. what's a tiring day today but tersangatlah puas hati dengan usaha hari nie.
tapi dah janji nak share about this program rite.
yes! petang tadi seminar motivasi dapat dijalankan dengan lancar dan penuh berkesan.
terharu pun ada sebab cikgu-cikgu lama aku semuanya turun padang.
actually, this idea came from unexpected timing.
setelah banyak dugaan yang datang pada saat-saat awal seminar nie dirancang, but it didn't stop me to continue my mission at all.
just cant believe it! all planning and pengisian seminar nie dikendalikan oleh aku sendiri.
dengan bantuan kawan-kawan dari IPG aku and institusi lain.
okay, ni yang nak cerita ni. =)


Jam menunjukkan pukul 2.30 petang. seminar bermula pada jam 3.30 petang. (sepatutnya!)
tapi disebabkan aku lewat and sistem technician dewan sekolah tu ada problem,
so melewatkan lagi jadual seminar nie berlangsung.
aku menggelabah puyuh nak siapkan semua copies and material untuk slot aku.
padan lah muka kat aku sbb buat kerja LAST MINUTE!
kawan-kawan fasilitator aku pun dah sampai kat sekolah tu, sampai risau sangat aku tak datang.
finally, aku pun sampai di SKPB dengan selamatnya. omg, finally!
(yelah, penat memusing kereta nak cari U-turn kat jalanraya)
aifa and syamilah, pls cover our secret! hehe
budak-budak UPSR tersangatlah happy and over excited nak dengar ceramah nie. hahaha~


SKPB bukannya sekolah di dalam bandar.
SKPB hanya lah sekolah yang terletak di dalam kampung.
pelajarnya pun tak ramai. sikit je, tak macam di sekolah bandar.
kereta-kereta yang datang menjemput murid-murid nie pun bukan semewah mana.
kadang-kadang tu, guna motor cabuk je ambil anak-anak dari sekolah.
tapi semangat diorang tak pernah luntur.
semangat diorang kuat dan kental.
apa yang pasti, diorang hanya memerlukan seseorang untuk memberi galakan dalam menuntut ilmu.
itulah ciri-ciri pelajar UPSR pada tahun ni.
fyi, SKPB jugalah tempat aku membesar dan belajar masa kecik-kecik.
ini lah sekolah lamaku.
inilah sekolah yang mendidik aku and now, aku sendiri dah jadi cikgu.
ini lah sekolah yang sudah memberikan aku tiket emas untuk layak belajar di SBP.
dan inilah sekolah yang telah memberikan kejayaan 5A dalam UPSR pada tahun 2002.
aha, kenangan yang manis banyak kat sini! =)


aku sebagai motivator untuk Slot 1, iaitu slot HALA TUJU DAN IMPIAN.
dalam slot nie, aku banyak mendedahkan jenis-jenis sekolah yang diorang boleh jadikan sebagai target dan fokus untuk mencapai result de best dlm UPSR.
aku tunjukkan gambar-gambar sekolah seperti SBP, MRSM, Yayasan Selangor and etc.
and aku edarkan soalan untuk memudahkan diorang nampak apa pilihan yang betul-betul tepat untuk diorang.
bukan senang nak buat kajian macam nie. (cewah!!)
lepas dah habis pendedahan jenis-jenis sekolah, aku provoke diorang pasal impian hidup pulak.
dari situ, aku nampak apa yang diorang pikir.
apa yang diorang mahukan.
apa sebab diorang memilih kerjaya tu.
and semuanya reveal!
aku tolong diorang sedar apa tugas dan tanggungjawab diorang pada guru, ibu bapa dan diri sendiri.
honestly, aku pun nak ikut-ikut sedih jugak. hahahaha
diorang sangat bersemangat and aku rasa hall tu macam nak runtuh dengar diorang baca ikrar!
tapi itulah yang bagus.
semangat tu lah yang aku nak.
aku bangga dengan diorang. bangga dengan diri sendiri. 
and slot aku berakhir dengan janji yang diorang dah buat, iaitu serahkan surat aku janji yang diorang tulis sendiri kepada ibu bapa masing-masing.
gosh, quite pathetic. =)


and hence, slot 2 diteruskan oleh member lama aku, Mohd Hafizzudin.
sememangnya aku sendiri pun almost ternganga bila tengok die berceramah.
budak-budak jadi teruja dengan dia.
tulah kelebihan orang yang bersekolah aliran agama.
banyak ilmu dan kemahiran berdakwah yang dipelajari.
sangat teruja dengan dia.
Hafizzudin bagi ceramah menyentuh ttg keagamaan dan jati diri students.
ada yang nangis. ada yang tunduk.
siap berpakaian inspektor kesihatan lagi tu.
(okay, sbb die baru balik dari practical di pejabat kesihatan. so sbb nak rush, die terus bagi ceramah pakai baju seragam die.)
thanks for ur best support.
caya lah u bro!


kawan-kawan fasilitator yang sudi menghulurkan sokongan, they all were very superb!
especially Furzan Farhana. hahaha.
thanks to Aifa Farhana, Hidayah, Syamilah and Furzan because of your helps and supports.
love you all damn much.
alhamdulillah, aku panjatkan banyak-banyak kesyukuran kepada Allah diatas kejayaan seminar nie.
betul lah org cakap.
apa-apa perkara pun kite nak buat, yang penting NIAT kite.
masa aku mula-mula mendapat idea untuk menganjurkan seminar nie, aku pasang niat untuk membantu anak-anak bangsa sendiri.
aku niat untuk tabur jasa dan bakti aku kepada sekolah lama aku.
aku mahu tolong cikgu-cikgu lama aku kat situ untuk meningkatkan prestasi sekolah.
dan alhamdulillah, semua niat aku itu tercapai. =)



pada mulanya, aku tak yakin pada diri sendiri. aku hanya bergantung kepada orang lain untuk jadi motivator.
aku rasa aku tak mampu nak buat students mempunyai kesedaran.
sampai malam tu, aku menangis macam mak hilang anak.
sampai bengkak-bengkak mata aku. (eyebags, ouchhh!!)
aku merayu kepada kawan-kawan yang lain. tapi diorang semuanya tak yakin dengan diri sendiri.
sampailah aku rasa fed up and nak cancel je seminar nie.
tapi Allah nak tolong aku. Allah bg aku kekuatan dan semangat semula.
aku bangkit and aku janji, aku sendiri yang akan jadi motivator.
datang pulak kawan-kawan yang sudi menghulurkan bantuan dan sokongan dengan sukarela.
betul lah, kita tak perlu jadi lemah.
kita tak perlu hanya bergantung pada orang lain.
kita sebenarnya dah ada kekuatan tu.
cuma Allah nak tengok sejauh mana kita tabah dan cekal hati.
sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih.
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. =)


Dan paling best, kami siap dijamu makanan yang sedap-sedap lepas seminar berakhir.
Rezeki datang melimpah-ruah.
Seronok jumpa kawan-kawan lama, dan cikgu-cikgu lama.
hmmm..hanya Allah sahaja yang tau.
(senyum dalam hati)
Finally, kami pun balik dengan hati yang sangat senang and happy. yeay!!
Hadiah dari cikgu-cikgu lama ialah DOA mereka untuk kami-kami yang datang sebagai fasi dan motivator agar terus berjaya hingga nafas terakhir di institusi pendidikan masing-masing.
Insyaallah!
Terima kasih cikgu~


Okay, sampai kat sini je ceritera Seminar Motivasi Jati Diri 2010.
Semoga kawan-kawan blog pun sukses dalam hidup.
Wish the best forever for you all.
And goodluck!! 
(^_^)


P/s : batch aku telah pun mencatat sejarah sbg batch pertama yang datang untuk membuat seminar macam nie. pada tahun 2002, batch aku jugak mencatat sejarah sbg batch pertama ramai yang berjaya dapat keputusan 5A dalam UPSR. Insyaallah, semoga semuanya akan terus maju jaya. Here, ada sikit gambar-gambar masa seminar dijalankan. Pic aku time bagi ceramah tak ada sebab lupa nak pesan member capture picture sebelum tu. adoiiii..memang rugi lah aku! psssttt..Cikgu Azlizam sangat hensem. i adore him. =)

Hafizzudin memberikan ceramah utk slot 2


Para pelajar diagihkan dalam kumpulan. *sesi menangis*


Fasilitator : furzan, aifa, hidayah


Fasilitator : Syamilah, my ex classmate of SKPB.


Motivator untuk Slot 2.


and it's me! motivator slot 1 : Nur Asyiqin









Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted