-
DROPPY BOX
THE BLOGGERS
- Asyiqin Ridzwan
- ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
My Maternity Life
MY WEDDING LIST
MY ENGAGEMENT LIST
My TIPS
- Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya
- Tips kekal sihat dan kawal diet dengan pisang
- Tips bibir dan badan segar
- Tips nak pergi temuduga
- Tips cerahkan kulit muka yang mudah
- Tips shawl yang mudah
- Tips celebrate birthday kekasih
- Tips hilangkan jerawat muka
- Tips kenali maxi dresses yang gorgeous
- Tips merahkan bibir
- Tips laptop tak dicuri
- Tips pujuk awek merajuk
MAKE OVER
Posted on Monday, January 17, 2011 · 2 Comments
saja nak berkongsi dengan kawan-kawan blogger di sini. rutin aku di sini dah bermula macam biasa. turun main bola keranjang bersama-sama rakan sepasukan yang lain. baru-baru nie potensi tenaga bermain untuk aku agak mengecewakan sebab aku cepat gilaaaaaaaaaaaa pancit. pantang buat skill 'diamond' je, aku mesti pancit tercungap-cungap. tak sempat nak tarik nafas masa berlari dan kejar bola. bounce bola ke sana ke mari.
sekarang, boleh lah nak pakai selipar jamban masa main bola keranjang. gila tak berdisiplin macam nak tempah maut je. tak sedar diri dulu dah pernah terkoyak kulit sebab jatuh main bola guna selipar jamban. akibat ketidaksedaran diri tu, selipar jamban aku dah hampir-hampir nak putus. kalau nak lari kejar bola daripada member, aku wajib untuk terpeleot sebab selipar jamban aku tu lah. lagi pun sekarang musim hujan, so kena berkira sikit dengan diri sendiri untuk memakai kasut sukan. sanggup tu tak nak pakai kasut sukan daripada terkoyak lutut, gila ke apa.
al maklum lah, kalau dah namanya pemalas nak basuh kasut sukan, memang macam tu kisahnya. *itulah point yang sebenar-benarnya*
![]() |
| macam sakai main guna selipar, larian aku lembap macam mentega. lihat lah mulut aku yang ternganga luas. *actually gambar nie baru diambil selepas buat skill diamond dan sedang tercungap-cungap* |
![]() |
| hanya kak Wan je yang tau gambar nie candid atau pun tidak. kah kah kah ! okay, tak lawak. |
![]() |
| nak bagi anda peluang untuk kutuk selipar jamban aku yang dah hampir jahanam sebab main bola keranjang. tak payah susah susah kerah keringat nak fikir apa motif aku letak gambar nie. heheh |
![]() |
| ini calon-calon isteri yang aktif dan mantap dalam bersukan. sila |
ketika aku menulis blog nie, jari aku laju menekan keyboard tetapi mata aku diseksa untuk terus terbukak dan terbukak sampai tegang urat punggung selagi entry ini tidak disiapkan dan akhirnya... !! ya, walaupun kedengaran agak bersemangat tetapi hasilnya masih boleh dikategorikan sebagai entry bawang busuk. ha ha ha ha !! yelahhhhhhh kalau dah malas, memang malas jugak.
baiklah, kawan-kawan saya nak ucapkan selamat malam ! semoga esok...adalah...hari yang...baiiiiiiiiiiiiiiiiiiikkkkk...untuk anda. dan anda ...dan anda jangan...lupa.....dan....dan....kkkkrrrrrrrrrohhhhhhhhhhhhhhh...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz. SELAMAT SUDAH.
ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "





hey. . tgk muka kamu macam
pelakon korea shim min ah. .
^_^
ahaha yeke ? korea lah pulak. sye x minat pun korea. tapi tak apa, terima kasih ye rian :)