-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

jadual kebersihan yang menjengkelkan jiwa.


dulu kalau kat sekolah, jadual yang paling aku benci nak tengok ialah jadual kebersihan kelas. pergh, bila pagi pagi sampai sekolah, perkara pertama yang aku buat ialah tengok jadual kebersihan kelas. aku akan tengok jugak walaupun aku tak bertugas hari tu. sifat berdedikasi, mungkin ? *mintak kena maki*

tapi kalau tengok jadual kebersihan tu dan menghasilkan sebuah senyuman yang cukup manis tanda 'oh sukanya hari nie aku bertugas ! aku akan pastikan amanah dan tanggungjawab nie dilaksanakan dengan baik', tak apa lah jugak. boleh lagi diterima. tapi kalau tengok jadual kebersihan dan menghasilkan muka serta senyuman yang herot berot, memang dah nampak dah sinar ketidakikhlasan di pagi hari. sampai makcik kantin pun tak berani nak pandang. 

malangnya, aku akan buat muka kelat gila nak mati bila tibanya hari untuk aku bertugas. tak cukup kelat lagi, aku tambah lagi dengan senyuman yang herot berot mintak kena baling dengan kuali kat kantin sekolah (kenapa mesti kantin ?).

tak sangka, sampai ke besar rupanya perangai aku nie tak berubah. dah jadi anak dara besar pun masih membuat mulut herot berot tu setiap kali tengok jadual kebersihan kelas. nak kutuk ? meh kutuk aku meh. aku bagi anda nak kutuk aku pemalas. aku memang pemalas kan ? aha, bila dah kutuk simpan lah rahsia sikit. kalau pakwe aku baca, tak kesian kat aku ke ? haaa ayat pening tak paham.


kau tengok tu ! kau tengok la tu. nama aku kena hari Selasa.

ikutkan hati, aku tak nak pun nama aku ada dalam mana-mana jadual kebersihan kat dunia nie. tapi macam gila sebab heloooo kau ingat kau terkecuali ke iqin ? HELL NO. kesian nama-nama orang lain ter'famous' seketika dalam entri aku kali nie. geng, maaf lah ye sebab meng'what the fuck' kat atas nama korang. huhu, sumpah aku tak berniat jahat.

dan yang paling bangangnya, aku lah yang membuat jadual kebersihan nie. ye, aku lah tu ! sebab aku ketua keceriaan dan kebersihan kelas untuk semester kali nie. punya lah pemalas dan kedekut taik hidung masam buat jadual kebersihan guna kertas hard A4 biasa je. tapi aku cuba jugak untuk menjadi kreatif dengan melakar beberapa bunga di situ, walaupun terketar-ketar macam orang demam. Jannah (ketua kelas), gua mintak maaf awal awal. gua memang pemalas.


ingat aku pemalas aku tak kreatif ke ? sudut nie hasil idea aku tau dan dibantu beberapa rakan yang lain. ceh, bajet kau nak promote yang kau berdedikasi lah ? sila kutuk aku lagi sebab kali nie aku izinkan, kali nie je !

Comments
2 Responses to “jadual kebersihan yang menjengkelkan jiwa.”
  1. haha..lawa sudut tu..
    emm..pmalas amat k ni?
    :P

  2. haaa tu mesti nak cakap saham kte jatuh la tuuu. kih kih kih

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted