-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

hantu selipar jamban asrama.


"uihhhhh...cantiknya selipar jamban kau. mesti mahal dan berjenama kan ? al maklum lah kannnnn, perempuan memang suka benda girlish girlish nie". 
*sila bercakap dalam nada pondan sedang cemburu*



rasa agak menjengkelkan lah pulak kalau ada orang yang cakap macam tu kat aku. kah kah kah ! ape masalah, selipar jamban je kot ! tapi setakat nie tak ada sapa sapa pun pernah cakap macam tu kat aku lah. itu maknanya setakat nie tak ada orang yang sanggup berminat untuk menjadi stalker selipar jamban aku nie. tak menarik agaknya kot ? suka hati engkau lah.

dulu, aku tak rajin nak pakai cantik cantik kalau keluar daripada rumah. setakat bergaya simple je. kalau orang tengok aku orang mesti dah dapat agak almari pakaian aku tak ada banyak isi pun. tak macam budak perempuan girlish lain. kalau kasut selipar mesti nak 7 atau 8 jenis bila pakai. hari nie pakai selipar warna hijau, esok pakai selipar warna kuning, lusa pakai warna ungu pulak. 

dulu aku ada 1 jenis selipar je. selipar itu lah yang aku pakai buat bermain, selipar itu lah jugak yang aku pakai untuk berjalan-jalan. kalau hari nie selipar aku terpijak tahi lembu, mummy mesti marah lepas tu suruh aku basuh. malam malam aku sental dengan serbuk pencuci dan esoknya aku pakai selipar tu lagi tanpa ada rasa tak sedap hati walaupun pada hakikatnya selipar tu dah pernah terkena tahi lembu sebijik ! terdesak gila kot. *aku tau anda mesti tengah kutuk aku sekarang nie kan kannnnn*





kalau mummy ajak ikut teman dia pergi mana-mana, tak sah mummy tak marah aku kalau dia ternampak aku pakai selipar. mummy selalu membebel, ''macam lah mak tak ada duit nak belikan kamu kasut lain. asyik selipar tu je, kasut yang mak beli banyak banyak dulu mana ? selipar dah nipis nak tercabut pun nak pakai lagi. dah, pergi pakai kasut lain". aku selalu buat muka toya 30 sen kalau mummy dah mula membebel. satu je cara nak hentikan bebelan mummy tu. aku akan masuk ke dalam rumah balik dan ambil kasut yang cantik di almari kasut, lepas tu bawak masuk dalam kereta dengan muka yang tak bersalah. tapi yang pastinya, selipar tetap melekat di bawah kaki. degil kan ? memang pun. heheh

tapi sekarang dah lain, tak macam zaman kecik kecik dulu. aku akan pakai selipar untuk ke jamban je. kadang-kadang sampai selipar tu dah licin dan haus di tapak, aku masih buat dunno. selagi selipar tu tak buat aku tergelincir dan terduduk kat jamban, jangan harap aku nak beli baru. kedekut ? tak lahhhhh, aku bukan kedekut sebab kadang-kadang aku terlupa. aku rasa benda macam tu remeh dan banyak lagi benda lain yang penting untuk aku fikir. ya, perangai yang tak best untuk diikut.









jadi, aku mula memikirkan cara untuk mengurangkan masalah selipar jamban yang aku hadapi nie. dan bila tiba masa untuk aku beli selipar jamban baru, aku akan beli banyak sekaligus (lebat je lebih, sebenarnya tak ada lah banyak mana pun). selalunya aku akan beli dalam 2 atau 3 pasang selipar. haaaaa..baru puas hati. lepas nie tak payah nak fikir selipar terputus lah tercabut lah terhakis lah. tapi yang peliknya, bila aku dah beli banyak banyak tu, aku akan pakai kesemuanya. tiada istilah nak simpan simpan dulu dalam almari. memang pelik, tapi itu lah tabiat aku sejak aku duduk di Melaka. so, masalah selipar jamban dah tak ada sebab semua selipar jamban yang aku guna tiap-tiap hari akan mengambil masa yang lama untuk haus dan licin. bukti ? 


nahhhh kau. roomate ada sorang je, tapi selipar ada 4 pasang kat luar bilik. sepasang milik roomate, 3 pasang lagi milik aku. lagi sepasang, ada kat bawah kaki waktu nie.


haa..tengok ? tengok ? selipar jamban aku tak ada jenama pun. warna hitam gitu. harga dah tentu lah murah, maklum lah beli kat kedai runcit mamak je. dah nak tercabut pun ada aku tengok. tapi diorang nie sangat berjasa dengan aku oh ! tak pernah pun buat aku terjatuh ke tergelincir ke tergolek ke..setakat nie lah, lepas nie tak tau la pulak kan. kalau aku berjalan kat jamban, rasa megah je diri walaupun sedang melalui lopak air. orang lain kalau lalu lopak air tu mesti dah nak tergelincir sebab licin. heheh

kau nak tunjuk tunjuk selipar blink blink berbunga ke selipar kalis air kau ke selipar peluru kau ke kat aku, kau salah orang lah sebab aku tak kisah pun orang nak pakai selipar jamban macam mana. hatta kalau orang nak pakai selipar jamban jenama mahal original sekali pun, aku tak kisah. janji ada selipar jamban ye tak ? boleh dipakai, tu pun dah mencukupi. lagi pun, alih alih fungsi semua selipar jamban sama je semuanya. masuk kat jamban jugak akhirnya. mesti anda tertanya-tanya 'la, ape yang seramnya ?'. dah memang seram lah namanya, sebab aku lah hantu selipar jamban tu. biasanya orang lain ada satu je selipar jamban, tapi aku ada selipar jamban sampai 3 4 pasang. heheh *oh memang tak lawak*




Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted