-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

MATERNITY 2 : MENGIDAM ! harus berwaspada.

Assalamualaikum.





Alhamdulillah masuk hari nie usia kandungan ku dah mencecah 8 bulan 2 minggu. rasa cepat betol masa berlalu. macam tak percaya, pejam celik pejam celik aku dah berada di tempoh akhir kehamilan. syukur pada Allah swt atas segalanya. setakat nie, anak aku tak buat ragam sangat pada aku. elok saja dia duduk dalam perut. tendang menendang, keras mengeras tak menentu tu dah biasa jadi rutin harian.



Kali nie punya entri, aku nak berkongsi mengenai 'sindrom' mengidam atau pregnancy craving. wanita yang belum kahwin dan belum pernah hamil pun mesti dah sedia tahu pasal sindrom mengidam nie. sebenarnya, mengidam nie bukan lah satu sindrom (aku saja yang mengada letak perkataan 'sindrom').pada pendapat diri aku, mengidam nie satu perasaan yang datang dengan sendiri ikut suka hati dia tak kira tempat, masa dan keadaan dalam diri ibu mengandung dan kebiasaannya perkara yang diidamkan lebih cenderung kepada konteks makanan. jujur kata, pada awal kehamilan dulu, aku menganggap perkara mengidam nie remeh temeh. dan aku sering memandang enteng. senang orang kampung cakap, tak luak lah kalau kita tak layan sangat mengidam tu. tapi sebenarnya, perspektif aku tu salah sama sekali.



hamboih !




Pengalaman pertama, aku mengidam sungguh-sungguh nak makan yong tau foo Pulau Gadong. walhal dah 5 tahun setengah aku jadi student di bumi Melaka, amat jarang sekali aku makan yong tau foo. aku rasa tak sampai 2 kali pun aku makan kat restoren tu. bagi anda yang merupakan penduduk di Melaka, Pulau Gadong di kawasan daerah Malim memang terkenal dengan satu restoren yong tau foo. uniknya, yong tau foo kat situ berkonsepkan sup dan sambal kicap yang sedap. tak sama macam negeri asal aku yang makan yong tau foo dengan kuah hitam ala-ala manis sos tiram tu je. jadi, senang cerita. bukan 'lidah' aku lah nak makan yong tau foo berkonsepkan sup mesup nie. tapi hal nie berbeza bila aku dah disahkan hamil sebulan lebih pada masa tu. tepat jam 10 malam, tiba-tiba perut aku craved nak makan yong tau foo Pulau Gadong. craved tahap ya amatttt. aku cuit bahu suami aku, "abang, rasa macam mulut nie nak makan yong tau foo Pulau Gadong. i am serious !". restoren tu beroperasi hingga pukul 11 malam saja. jarak rumah aku dengan restoren tu jauh gila. suami aku dah mengomel-ngomel pujuk aku supaya tangguh mintak pergi esok je ke restoren tu. apabila telinga aku tangkap perkataan 'pergi esok je la' daripada mulut suami aku, tiba-tiba air mata aku hampir-hampir bergenang dan rasa hati macam nak mendidih marah. akhirnya, aku dapat jugak makan yong tau foo malam tu walaupun restoren dah kosong dan pekerja-pekerja restoren tu mula nak kemas restoren.dalam perjalanan pulang ke rumah, aku terus tertidur tanpa sedar.



Sejak kejadian itu, aku mula belajar sesuatu. aku tidak lagi memandang enteng. selagi aku boleh dan selagi suami aku tak ada masalah nak tunaikan, makanan yang aku mengidam sepanjang tempoh kehamilan nie pasti dapat ditunaikan dengan jayanya. jika aku tak dapat memenuhi keinginan aku terhadap sesuatu, aku akan mudah berasa marah dan amat beremosi hingga kadang-kadang boleh menangis kesedihan. hingga satu tahap, aku tak akan dapat tidur dengan lena sampai ke subuh walaupun cuba tidur paksa (terutamanya waktu malam lah). haha, lawak kan ? tapi, bila aku dah dapat makan sesuatu yang aku idamkan, tak sampai berapa minit kemudian, aku akan mudah tertidur dengan bahagianya. pelik kan ? tapi unik, itu lah naluri kebiasaan seorang ibu yang mengandung. orang tua-tua cakap, ini pembawakan budak. haha



Mengikut pendapat pakar, perasaan mengidam nie bukan lah suatu isu yang besar. malah, tidak mendatangkan kemudaratan bagi wanita mengandung SELAGI kuantiti dan nilai makanan yang diambil berpatutan. aku akui, kekadang aku teringin nak makan atau minum benda yang tak berapa sihat dan sesuai untuk penjagaan kesihatan aku sebagai wanita mengandung. contohnya, air Mirinda berperisa strawberi. sebelum aku disahkan mengandung, minuman Coke dan berkarbonat semua nie adalah minuman kegemaran aku tahap kaw-kaw. hampir setiap hari jugak lah aku akan beli bila agak-agak terasa nak minum. kadang-kadang, aku jadikan minuman tu sebagai penghilang dahaga aku berbanding air mineral. well, jangan ikut tabiat tak sihat aku ya ! alhamdulillah kandungan gula dalam darah aku tak pernah bermasalah dan disyaki menghidap diabetes. namun, lepas disahkan mengandung, aku motivasikan diri sekuat hatinya untuk tidak minum minuman tu lagi. dan, aku berjaya. bagi aku, tak salah nak merasa sedikit kalau dah betul-betul teringin, tapi pastikan minum dalam kadar kuantiti yang sedikit dan terkawal. dan yang penting, jangan kerap pulak !


ikuti sistem piramid makanan yang betul !



Sebagai seorang bakal ibu, perkembangan tumbesaran anak dalam kandungan amat lah penting dan perlu dititikberatkan dari segala segi. menunaikan perasaan mengidam tak ada lah salah pun, tapi nilai dan kuantiti yang diambil dalam makanan atau minuman tu biarlah berpada. bak kata orang, amik secalit dua je buat perasa. hehe ! kalau boleh, biar lah makanan atau minuman yang diambil berkhasiat dan mengandungi nutrien-nutrien penting yang amat diperlukan oleh anak. insyaallah dengan kesedaran diri macam nie, kesihatan dan keperluan ibu mengandung dapat dijaga sebaik mungkin. selain daripada tahap kesihatan si ibu harus di jaga, perkembangan kandungan gula dalam darah juga perlu diberi perhatian utama. hal ini kerana dikhuatiri si ibu berpotensi menghidap diabetes semasa hamil. serba sedikit yang aku belajar, banyak jugak kesan negatif yang dikhuatiri terjadi pada anak dalam kandungan sekiranya si ibu menghidap diabetes. contohnya seperti giant baby (bayi berat berlebihan), kelahiran pra matang dan sebagainya. anda boleh rujuk pada doktor sekiranya mahu tahu perkara nie dengan lebih lanjut. dan kalau boleh, jangan lah mengidam benda-benda yang pelik dan tak dapat diterima dek akal sudah lah ya ! kesian husband tu. hehe




jumpa lagi di entri seterusnya. okay, bye.






Maternity 1 : Catat tarikh haid please !

Assalamualaikum.





Hai semua. seperti biasa, setelah lama menghilangkan diri, aku akan muncul untuk 'membersihkan sawang labah-labah' kat blog nie. oh ya, aku masih rajin lagi menghupdate blog. tahap kerajinan aku ada lah dalam 20 % (bila datang mood nak update saja). satu tahap yang tidak mengecewakan, rasanya lah kan ? haha.apa-apa pun, terima kasih aku ucapkan buat pembaca-pembaca blog nie yang masih sudi menjenguk, tak kira lah yang jadi follower atau silent reader. hehe


By the way, nak kongsi berita gembira. mungkin ada pembaca yang sedia tahu berita nie, atau mungkin tidak. alhamdulillah, Allah swt bagi rezeki yang tak terduga dek akal ku. tak terduga lah secepat nie rasanya aku nak bergelar seorang ibu. kini, kandungan aku dah pun berusia 7 bulan 2 minggu. ada lagi dua bulan lebih aku kena sediakan diri untuk proses kelahiran. jantina, masih dirahsiakan. tetttt ! takut dah buat ultra scan banyak kali confirm jantina dot dot dot, tiba-tiba dah bersalin nanti jantina dot dot dot pulak. haha. walau macam mana pun, hati seorang ibu mana yang tak gembira nak dapat anak ye tak ? satu perasaan yang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata. hanya Allah swt je yang tau.


Aku nak kongsi pengalaman dengan anda semua yang bakal bergelar ibu tak lama lagi. insyaallah, kalau aku ada peluang update blog, aku akan kongsi pengalaman dan pengetahuan yang aku tahu sepanjang kehamilan aku. yelah, mana lah tau kan kita-kita nie serupa ? sekurangnya dapat jugak tambah ilmu baru. hehe !


Okay, straight to the point.


Jujur cakap, aku nie ada satu perangai sambil lewa. malas nak amik tahu dan berat benda-benda remeh (sebenarnya dari zaman anak dara lagi uolsss). benda-benda remeh nie termasuklah aturan tarikh aku datang haid bagi setiap bulan. dulu aku tak pernah pikir pasal pentingnya kita catat tarikh kedatangan haid kita bagi setiap bulan dari sebelum kahwin hingga selepas kahwin. otak aku dah set, 'okayyyy..aku tak perlu risau haid aku tak teratur ke hapa sebab aku tak ada masalah langsung'. aku tiada masalah dengan aturan kedatangan haid aku dan kebiasaannya haid aku pasti datang pada hari khamis atau jumaat bagi setiap awal bulan (sebab tu aku malas amik port).



Tiba-tiba pada bulan september tahun lepas, haid aku tak datang-datang. aku check kalendar. tarikh kalendar pada masa tu dah masuk pertengahan bulan. aku pun mula lah rasa panik. pelik pun ada actually, tapi masih tak sedar diri yang berkemungkinan besar aku mengandung. siang malam aku tanya suami aku. persoalan bermain-main di minda. kenapa aku tak datang haid pulak nie ? aku ada masalah rahim ke ? sebab salah makan ke ? fallopian tube aku rosak ke ? soalan-soalan mengarut.



Bukan tu saja. sudah lah tak datang haid. lepas tu cirit-birit yang kerap dan teruk, perut rasa gelodak habis, pening loya sikit dan aku crave nak makan satu benda yang aku tak pernah suka dalam hidup aku, iaitu yong tau foo. esoknya, suami aku suruh beli pregnancy test kat farmasi berdekatan sebab dia syak aku mengandung. aku pun beli lah pregnancy test dan terus buat ujian kehamilan tu sesegera habis kat rumah. plastik ujian tu cakap, keputusan boleh dapat dalam masa 5 minit. tapi aku tunggu sampai 3 4 jam, keputusan tak keluar-keluar dan aku tertidur kepenatan. hampeh punya makcik farmasi, iklan nak hebat. sedar je tidur tak lama lepas tu aku terus tilik ujian tu semula. bila tengok je keputusan yang ditunjukkan, rasa macam jantung nak putus ! dua line keluar dan menunjukkan aku positif hamil. dan sejak bermulanya saat tu, aku lah orang yang paling kecoh dalam dunia. ahaks !






Esoknya, suami aku terus bawak aku ke klinik kesihatan berdekatan dengan rumah. daftarkan aku dan book buku aku untuk pemeriksaan mengandung berkala. masa nie lah masalah sebenar mula timbul. doktor tanya bila tarikh terakhir haid aku datang dan seperti yang dapat aku jangkakan, aku memang gagal nak bagi jawapan kat doktor tu. doktor pesan lain kali mintak tolong catat tarikh haid setiap bulan sebab memudahkan pihak klinik nak buat jangkaan tarikh bersalin. aku cuma mampu cakap yang sebelum nie aku tak ada masalah dengan kedatangan haid dan haid aku pasti datang pada setiap awal bulan antara tarikh 7 hb hingga 9 hb saja. dalam hati memang kecewa lah dan aku salahkan diri aku sendiri sebab tak peka dan bersedia sebelum nie (sila jangan contohi aku okay. haha). lastly, doktor tak dapat nak bagi tepat tarikh jangkaan aku bersalin dan aku cuma dapat anggarkan bersalin pada tarikh 13 Mei 2014.



So the conclusion is ?



Pastikan anda catat tarikh kedatangan haid bagi setiap bulan dan jangan tertinggal walau satu bulan pun. walaupun aturan haid kita teratur dan tiada masalah, tapi demi masa akan datang, kita kena peka dan perkara begini lah yang akan membantu kita nanti. antara sebabnya, sekiranya kita disahkan mengandung, doktor sukar nak buat jangkaan yang agak tepat untuk tarikh kita bersalin nanti. perkara nie serius lah jugak sebab bila kita tahu tarikh jangkaan bersalin dengan agak tepat, kita boleh sentiasa bersedia bila hari bersalin makin dekat dan doktor pun boleh induce atau buat bersalin paksaan sekiranya tempoh kita mengandung berlarutan daripada tarikh jangkaan bersalin yang sebenar (faham tak ayat aku nie ? berbelit sikit). sangat bahaya okay sekiranya kita tak bersalin melebihi tempoh mengandung yang normal. khuatir baby kat dalam perut tu lemas ke terbelit tali pusat ke dah makan sisa perkumuhan kita ke (sebab sistem perkumuhan ibu akan kembali normal selepas 9 bulan 10 hari).



Okay, itu saja untuk entri kali nie. diharap perkongsian nie sedikit sebanyak dapat lah membantu ibu-ibu mengandung kat luar sana. jumpa lagi di entri yang lain kalau tahap kerajinan aku dah meningkat ke tahap yang membanggakan. ahaks. bye, salam ! :)

















ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted

MOOD