-
DROPPY BOX
THE BLOGGERS
- Asyiqin Ridzwan
- ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
My Maternity Life
MY WEDDING LIST
MY ENGAGEMENT LIST
My TIPS
- Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya
- Tips kekal sihat dan kawal diet dengan pisang
- Tips bibir dan badan segar
- Tips nak pergi temuduga
- Tips cerahkan kulit muka yang mudah
- Tips shawl yang mudah
- Tips celebrate birthday kekasih
- Tips hilangkan jerawat muka
- Tips kenali maxi dresses yang gorgeous
- Tips merahkan bibir
- Tips laptop tak dicuri
- Tips pujuk awek merajuk
MAKE OVER
Assalamualaikum.
Hai semua ! pertama kali, terima kasih kerana masih sudi membaca blog aku nie. ini merupakan entri kedua aku pada hari nie. maklum lah, masih dalam pantang. maka tak ada banyak kerja yang boleh dibuat melainkan uruskan anak, tengok TV dan onlineeee setiap hari. haha
Alhamdulillah kini aku rasa semakin sihat dan kuat. terima kasih kepada ahli keluarga yang banyak membantu daripada hari pertama sampai hari nie. thank you loves ! sebelum aku lupa, aku nak kongsi kepada kawan-kawan pembaca blog. aku kini telah pun bergelar seorang ibu kepada puteri sulungku hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta. cewah ! aku rasa terbuka hati untuk berkongsi pengalaman aku bersalin anak pertama dengan anda sekalian. di harap boleh dijadikan sebagai panduan dan sedikit sebanyak dapat membantu anda yang bakal bergelar ibu tak lama lagi.
10 Mei 2014
Setiap hari aku tengok kalendar di bilikku. tarikh semakin dekat. aku rasa perut aku memang dah padat dan sendat. seminggu sebelum due date, cikgu-cikgu sekolah aku ramai dah tegur, "Qin, perut awak dah nampak benar jatuh. tak lama dah lah tu qin..". Hati aku rasa berdebar semacam. even aku sendiri pun tak sedar yang perut aku dah kelihatan 'jatuh' ke bawah. maksud 'jatuh' kat sini, kedudukan baby dah hampir dengan bahagian ari-ari si ibu dan bahagian bawah payudara ibu pula akan kelihatan kosong. kebiasaannya, perkara nie menggambarkan bahawa kepala baby telah masuk ke saluran peranakan dan bersedia dilahirkan pada bila-bila masa saja. cara aku jalan pun semakin 'keng kang'. aku dapat rasa pergerakan baby dalam perut semakin hari semakin rancak. kadang-kadang masa aku nak bangun daripada duduk atau turun daripada kereta, perut aku akan tegang dan rasa sakit semacam. maklum lah, tak ada pengalaman. jadi, bila aku rasa sakit semacam saja mesti hati aku menggelabah dan terus tanya mak di kampung. setakat nie, tak ada lagi tanda-tanda aku nak bersalin. ramai orang kata, anak pertama selalunya lahir awal atau lewat seminggu daripada due date.
12 Mei 2014
Hari nie due date aku tiba. tapi langsung masih tak ada tanda-tanda nak bersalin. hanya ada 3 saja tanda bersalin iaitu contraction (akibat penguncupan rahim), show (lendir bercampur darah) dan air ketuban pecah. aku dan suami segera ke klinik kesihatan mengikut arahan yang diberi oleh doktor sekiranya aku masih belum bersalin walaupun due date dah tiba. doktor buat pemeriksaan secara rapi termasuklah degupan jantung baby, ultrasound kedudukan baby dan sebagainya. aku hanya menurut saja sebarang arahan doktor. doktor terus mengeluarkan surat rujukan aku ke Hospital Besar di bahagian labour room memandangkan due date aku dah sampai. doktor cakap, kalau pemeriksaan di hospital menunjukkan kandungan aku bermasalah, aku akan dipaksa bersalin pada hari tersebut jugak. tersentak jiwa raga aku ! mana tidaknya, aku punya lah takut dan rasa cemas yang amat sebab sebenarnya aku belum pun bersedia nak hadapi saat kelahiran. aku banyakkan berdoa dalam hati. kalau boleh, jangan lah cepat sangat baby aku nak keluar. tapi, suami aku pulak sebaliknya. kalau boleh, dia nak baby cepat-cepat keluar. tak sabar katanya. haha
Sampai saja di labour room, macam satu benda yang baru bagi aku. semuanya aku tak pernah nampak seumur hidup aku. depan mata aku, orang-orang yang dah selamat bersalin di tolak nurse keluar masuk labour room, siap ada baby kat sebelah. rasa terharu sangat tengok sebab aku pun akan hadapi perkara yang sama tak lama lagi, dan pada bila-bila masa saja. para suami bertungkus lumus keluar masuk labour room. ada yang menangis, ada yang sujud kat lantai, ada yang terus menerpa kat isteri kucup dahi isteri dan anak yang baru melihat dunia. dalam kepenatan dan kelesuan muka si ibu, aku dapat nampak betapa bahagianya melihat anak selamat dilahirkan. betapa indahnya kuasa Allah swt.
Aku diberikan pakaian wad. macam biasa, nurse buat pemeriksaan air kencing, tekanan darah, baby dalam perut dan sebagainya (dah lali sebab 9 bulan buat benda yang sama). tangan aku dicucuk jarum yang digunakan untuk masukkan air dalam badan. sakit lah jugak sebab jarum tu panjang gila. suami aku adalah orang yang paling sibuk pada hari nie. ke hulur hilir dia pergi bawak beg baju dan hand bag aku. duduk jangan cakap lah, memang setiap masa tak senang. waris tak dibenarkan masuk labour room kecuali diarahkan oleh doktor. jadi, kami banyak berhubung melalui hand phone. kesian suami aku, pengorbananmu tidak akan sesekali aku lupa.
Aku diarahkan melakukan pemeriksaan degupan jantung baby (CTG). lama jugak lah nak tunggu benda alah tu setel. sampai tersengguk-sengguk kepala aku menahan ngantuk. jam di tangan menunjukkan pukul 12.35 pagi. doktor kata degupan jantung baby aku okay dan cantik. tiada masalah yang dikesan. tanda contraction pun tak dikesan lagi melalui alat CTG tu. kemudian, aku disuruh baring di atas katil pemeriksaan bukaan jalan. doktor sahkan bukaan rahimku baru 0.5 cm. doktor benarkan aku balik rumah dan banyakkan berehat sebab bila-bila masa saja aku akan bersalin. aku dan suami pulang ke rumah pada pukul 5.00 pagi. jauh di sudut hati aku, aku tarik nafas lega. sekurang-kurangnya aku ada sikit masa lagi nak betul-betul sediakan diri sebelum bersalin.
Setiap hari ramai kawan-kawan dan ahli keluarga yang menghantar aku SMS takpun call bertanya sama ada aku dah bersalin ke belum. makin ramai tanya makin berdebar laju hati aku. hari nie pulak genap 5 hari aku tak bersalin lepas tarikh due yang diberikan doktor. bermula 12 Mei hari tu, aku keluar masuk ke klinik kesihatan untuk buat pemeriksaan jantung baby dan kedudukan baby dalam perut. doktor kata bagi memastikan baby aku okay dan tak lemas dalam perut aku. seandainya dikesan degupan jantung baby tak normal, aku akan segera diberi induce (paksa bersalin) bagi menyelamatkan baby dalam perut. aku banyakkan doa dalam hati moga-moga aku dapat bersalin normal tanpa sebarang paksaan.
16 Mei 2014
Hari nie merupakan sambutan hari guru di seluruh negara. ini merupakan tahun pertama aku sambut hari guru dalam hidup aku setelah hampir dua bulan bertugas. nampaknya, aku tak dapat sambut sama dengan cikgu-cikgu di sekolah aku. pada pukul 5.30 pagi, aku rasa bahagian atas ari-ari aku macam sakit semacam. rasa macam senggugut datang haid. tapi sakit yang aku rasa biasa-biasa saja. aku tak syak apa-apa lagi dan aku pikir mungkin nie sakit perut sebab aku makan macam-macam semalam. aku tak terpikir pulak itu merupakan tanda pertama nak bersalin dan aku tak peka pun dengan sela masa rasa sakit yang aku hadap tu. so aku buat selamba aje lah. tiba jam 9.00 pagi aku nak bersiap-siap ke klinik kesihatan untuk buat pemeriksaan jantung baby macam biasa, aku rasa sakit senggugut aku tu macam dah agak kuat tak sama macam waktu subuh tadi. lepas tu baru aku terdetik kat hati 'eh, entah-entah nie tanda contraction tak ?'. aku terus tala mata aku kat jam menunggu sakit senggugut tu datang lagi. tepat setiap 10 minit sakit tu datang. eh biar betul, confirm ke nie ? maklum lah, tak tahu dan tak ada pengalaman.
Sampai je klinik kesihatan, nurse buat pemeriksaan. aku cakap kat nurse, aku dah rasa ada senggugut dan sela masa yang aku catat selang 10 minit. nurse periksa jantung baby cepat-cepat. normal. periksa degupan jantung aku. normal. check semua-semua. masih normal. yang terakhir, dia check perut aku. "ini contraction lah nie dik. perut awak ada rasa mengeras nie, tapi belum kuat lagi. awak refer doktor mintak surat admit wad lepas tu terus pergi hospital besar. jangan tunggu lama-lama". balik lah aku ke rumah dengan seribu satu perasaan. barang-barang baby dan barang-barang aku terus dikemas secepat mungkin. aku terus segera dihantar ke hospital besar Teluk Intan oleh ahli keluargaku. dalam perjalanan, aku dapat rasa sakit senggugut aku tu makin kuat. tapi, aku masih boleh tahan dan bergelak tawa dengan mak dan adik aku. aku telefon mertua aku yang jauh di Melaka. ibu mertua aku pesan macam-macam suruh sediakan diri, itu dan ini. aku buat macam apa yang dipesan. aku mintak semua doakan aku moga-moga selamat kedua-duanya dalam labour room nanti.
Masuk saja labour room, aku buat pendaftaran dan seperti biasa, pemeriksaan kandungan dijalankan sekali lagi. aku diberi pakaian merah jambu tu dan diminta baring di atas katil. pemeriksaan degupan jantung baby (CTG) dijalankan dan kali nie nurse dan doktor memberikan sepenuh perhatian terhadap aku. doktor periksaan bukaan rahim aku dan sahkan bukaan bersaiz 2 cm dan tanda contraction telah dikesan. aku terus ditahan wad antenatal (wad ibu mengandung). barang-barang aku dan baby telah siap dibawak ke dalam wad. mak dan adik aku adalah peneman paling setia sebelum ahli-ahli keluarga yang lain tiba pada petang itu. rasa lapar, jangan cakap lah. petang tu aku sempat lahap nasi briyani ayam (banyak gila mak aku beli). makanan hospital pun aku bedal habis. disebabkan kelaparan yang terlampau tu, aku lupa sakit contraction aku. masa nie, sakit contraction aku semakin kuat namun aku masih boleh bertahan. aku tanya ayah aku, 'agak-agak abah, bila baby keluar ?'. tengah malam nie, ayah aku teka. aku tanya mak aku pulak. subuh nanti, mak aku pulak meneka. apa-apa pun, aku kena lah bersedia.
17 Mei 2014
Jam menunjukkan pukul 12.45 pagi. sakit contraction aku berada di tahap 5/10. aku dah mula menangis disebabkan menahan kesakitan. aku tak sangka, macam nie sakit rupanya tanda contraction. mulut aku tak lekang membaca surah Maryam supaya dipermudahkan Allah swt untuk aku bersalin tak lama lagi. pada masa nie, bacaan al-Quran ku masih lancar dan jelas (even air mata aku dah meleleh). aku telefon suami aku yang masih berada di Melaka. punya lah dia risau tahap maksima. asyik tanya aku okay ke tak, tahan ke tak. aku telefon mak aku. hanya perkataan 'sakit' saja yang mampu aku luahkan pada mak aku. mak aku pun tak boleh nak buat apa memandangkan peraturan hospital tak membenarkan waris menemani pesakit. aku dapat tangkap suara mak aku macam serak basah. baru lepas menangis, aku pikir. jadi, mak dan ahli keluarga yang lain hanya mampu menunggu di luar kawasan wad. dan aku, berjuang sendirian di dalam wad.
Aku tengok jam, dah pukul 4.55 pagi. sakit contraction aku dah berada di tahap kemuncak. tahap 9.5/10 aku bagi. aku dah tak mampu baca al-Quran. bekalan air zam zam yang mak dan mak mertua aku bagi pun dah habis. dalam menahan sakit, tekak aku kering menahan dahaga. aku cuma boleh sebut 'lailaha ila anta subhanaka kuntu mina zolimin' sebanyak yang aku mampu. sebelum nie, nurse asyik ulang alik ke katil aku dan tanya sama ada aku nak amik ubat tahan sakit atau tak. aku dengan yakinnya menggeleng kepala. konon boleh tahan sakit lah. kononnya. lastly, aku mengalah dan aku panggil nurse untuk mintak ubat tahan sakit akibat dah terlampau sakit sangat contraction aku tu. lepas dah cucuk ubat tahan sakit, nurse pertama check bukaan rahim aku. dia cakap bukaan dah 4 cm. lepas tu dia tak yakin. dia panggil nurse kedua. nurse kedua check bukaan rahim aku dan cakap 5 cm. lepas tu dua-dua pun tak yakin. diorang panggil doktor. doktor pun datang check bukaan rahim aku. doktor cakap jalan baru bukak 3 cm saja. WHATTA !? aku kat situ sudah lah menahan sakit contraction, dah tu pulak sakit bila asyik kena seluk nak check bukaan rahim. adehhh jauh di sudut hati memang agak kecewa bila doktor sahkan bukaan baru 3 cm walhal sakit contraction dah tahap kemuncak. aku dah tak sabar nak lahirkan baby dalam perut masa tu sebab tak tahan sangat dah. SMS dan call daripada suami dan ahli keluarga aku terpaksa abaikan sebab fikiran aku masa tu hanya menahan sakit saja.
Dalam sakit-sakit tu, aku air mata mengalir dan terus mengalir. aku mengiring ke kiri salah, mengiring ke kanan salah, duduk bangun berdiri pun salah. aku terpaksa masukkan selimut dalam mulut aku dan gigit sekuat hati apabila setiap kali sakit contraction tu datang. tangan aku pegang besi katil sekuat hati. aku cuba tenangkan diri seketika namun tak berjaya jugak. aku cakap kat baby berulang kali, "sayang, mama akan fight sedaya upaya mama melahirkan sayang. sayang cepat keluar dari perut mama ya. kita fight sama-sama. sayang selamat, mama pun selamat. sayang anak papa mama yang baik kan ? papa tak ada kat sini. papa jauh..". semakin lama semakin pendek sela masa contraction aku. daripada 10 minit, menjadi 5 minit, 3 minit, 2 minit. badan aku 'tertipu sekejap' dengan penangan ubat tahan sakit. aku terus tertidur walaupun aku masih dapat rasa sakit contraction. tapi malangnya, tak lama pun. ubat tu berjaya 'tipu' aku sekejap saja. makin lama, aku dapat rasa sakit semula. aku panggil nurse lagi, "nurse, saya nak lagi ubat tahan sakit tu. saya dah tak tahan sangat nie..'. nurse tak benarkan. nurse cakap ubat tu hanya boleh diambil selang 6 jam kemudian dan aku baru saja amik ubat tu 20 minit yang lalu ! nurse cuba bagi aku semangat. dia cakap aku beruntung rasa sakit contraction secepat macam nie, ada orang lain sakit contraction sampai berhari-hari.
Aku tengok jam lagi. dah pukul 5.50 pagi. badan aku dah betul-betul lemah. tekak dan lidah aku dah semakin mengering. aku tengok orang sebelah katil aku. kemain bahagia dia berdengkur tidur, aku pulak mengerang kesakitan. rasa jeles pun ada jugak (ada ke patut ?). haha ! aku asyik berulang alik daripada katil ke toilet, walhal bukan nak buang air pun. tiba-tiba aku rasa sesuatu yang 'tak selesa' kat bahagian servik. aku seluk sikit dan tengok ada lendir pekat jernih bercampur darah. banyak pulak tu. sah, nie tanda bersalin yang kedua. aku terus berlari ke toilet nak basuh lendir tu dan balik ke katil aku semula untuk rehatkan diri. baru saja aku nak baringkan badan aku, tiba-tiba 'plopppp !!!'. aku rasa macam belon meletup kat bahagian servik tu. kuat pulak tu bunyinya. habis lencun katil aku dengan air jernih campur darah. sah lagi, nie tanda bersalin yang ketiga ! maka lengkap lah ketiga-tiga tanda bersalin aku. aku panggil nurse. nurse terus tolong aku bangun dan duduk kat atas kerusi roda. barang-barang aku dan baby dibawak bersama dan aku terus ditolak masuk ke labour room.
Suasana hospital sungguh hening pagi subuh tu. aman saja suasananya. sampai saja dalam labour room, aku dipakaikan baju bersalin dan disuruh baring di atas sebuah katil yang lain macam besarnya. aku tengok suasana dalam labour room masa tu. ada 10 katil untuk ibu bersalin, tapi hanya dua katil saja yang digunakan. aku dan orang sebelah aku. sebelah katil aku tu dah selamat bersalin tapi disebabkan tumpah darah terlampau, maka dia ditahan di labour room. nurse segera pakaikan alat CTG kat atas perut aku untuk periksa degupan jantung baby. doktor check bukaan rahim aku dan sahkan jalan dah bukak 7 cm. doktor siap cakap kat aku, "see, you're going to be a mummy soon ! just breath and keep calm, alright ? bukaan you baru 7 cm. saya nak bukaan you cecah 10 cm baru you boleh teran ya". lembut saja doktor lelaki berbangsa India tu tenangkan aku. aku tengok jam kat dinding, dah pukul 6.25 pagi. aku pulak masa tu dah tak dapat duduk tenang. contraction aku dah berada di tahap maksima yang teramat. aku rasa sela masa contraction aku dah semakin singkat, 20 ke 30 saat. sekejap aku angkat punggung, sekejap aku angkat kepala tengok perut, sekejap aku mengiring ke kiri kanan. nurse-nurse kat dalam labour room tu jerit kat aku, 'jangan teran lagi puan ! jangan teran lagi !'. aku jerit lagi kuat kat nurse-nurse tu semula, "saya dah sakit sangat nie nurseeeeeeeee !!! saya tak nak pakai benda nie (CTG) !!!!". haha, kelakar pulak rasanya bila diingat semula. suasana memang kelam kabut.
Aku rasa alat CTG tu buat aku rasa sesak nafas dan perut aku lagi sakit. perasaan geram terus menyerang diri lalu aku capai alat CTG yang berbelit-belit melekat kat perut aku tu dan aku rentap sekuat hati. habis tercabut benda alah tu. aku buang alat CTG tu kat atas lantai. nurse-nurse tu menahan sabar saja. yang bestnya, diorang tak marah pun aku bertindak macam tu. diorang tetap tenangkan aku dengan lembut. terbaik lah servis hospital Teluk Intan. mungkin diorang faham. doktor datang semula ke katil aku dan check bukaan rahim. bukaan masih tak berubah, tetap 7 cm. maknanya, aku tak dibenarkan meneran lagi. aku dah tak kisah nak rasa malu ke segan ke apa kat orang sebelah katil aku. yang aku tahu, aku harus kuat melahirkan baby aku. hanya lafaz Allah..Allah..Allah yang keluar daripada bibir kering aku. beberapa minit kemudian, aku rasa macam nak buang air besar. rasa macam nak keluarkan najis keras dan besar. aku jerit kat doktor, "doktor, saya rasa nak berak. rasa nak berak dah nie !". aku dapat rasa ada 'sesuatu' nak keluar daripada bahagian servik aku. doktor dan nurse terus meluru ke arah aku dan bersiap-sedia menyambut anakku lahir ke dunia. langsir hitam tanda pemisah katil terus ditarik dan kali nie aku dibenarkan meneran.
"Teran, asyiqin ! teran lagi kuat, puan ! terannnnnnnnnn". berulang kali doktor dan nurse sebut perkataan 'teran' tu. aku pun berusaha meneran sekuat daya mampu ku. dalam masa yang sama, aku set minda aku. aku kena teran secepat mungkin dan tarik nafas dengan tepat supaya baby cepat keluar dan tak lemas. nurse bantu aku untuk menggalakkan baby keluar daripada perutku dengan cara menolak punggung baby berulang kali daripada luar. masa aku sakit meneran, aku dapat rasa baby keluar sedikit demi sedikit daripada servikku, mungkin kepalanya. dalam masa yang sama jugak, aku dapat rasa doktor membelah jalan untuk baby keluar. rasa macam melapah daging. doktor yang menyambut anakku memang profesional. cepat, kemas dan tangkas cara kerjanya. akhirnya dengan 3 kali gesaan menolak, baby keluar dengan selamat daripada perutku. alhamdulillah ya allah. aku lihat jam di dinding. tepat jam 7.15 pagi baby keluar selamat dilahirkan dan aku dapat mendengar tangisan pertama anakku. itulah bunyi yang paling indah pernah aku dengar dalam seumur hidupku. doktor meletakkan baby di atas dadaku. walaupun mata aku berpinar-pinar, tapi aku gagahkan diri untuk melihat anakku dengan jelas. doktor berkata, "here's your baby. tengok tuuu baby boy ke baby girl ?". disebabkan mata aku kabur, aku menyangka tali pusat anakku adalah 'bebird' baby boy. aku cakap kat doktor, "baby boy laaa doktor". dalam hati aku, halamakkk habis lah aku barang baby semuanya barang baby girl !! (sempat lagi aku berangan uuollss). doktor terus menyeloroh, "apa pulak baby boy. baby girl tuuu. tengok bawah dia". bila aku melihat semula anak aku dengan teliti, baru lah aku sedar anakku adalah baby girl. haha
Secara automatik selepas detik kelahiran, badan aku terasa lesu. aku merehatkan badanku yang lemah di atas katil dengan lafaz 'alhamdulillah' dan 'Allahuakbar' tanpa henti tanda aku bersyukur Allah swt telah memudahkan dan memelihara aku dan anakku sepanjang detik kelahiran sebentar tadi. doktor menyelesaikan tanggungjawabnya dengan sempurna. doktor menjahit luka ku dengan teliti dan kemas. aku tak sempat nak kira berapa jahitan yang doktor buat. tapi yang aku pasti, doktor siap jahit luka aku tu dalam masa 30 minit. darah, jangan cakap lah. memang banyak tapi alhamdulillah aku tak tumpah darah dengan teruk. "doktor, thank you. thank you. thank you so much for everything", berulang kali aku berterima kasih pada doktor dan nurse. doktor mengucapkan tahniah dan tersenyum padaku. usai saja doktor melaksanakan tugasnya, nurse memasukkan air pada badanku, pakaikan aku pad wanita bersalin dan memakaikan aku pakaian wad yang bersih. nurse suruh aku berganjak sedikit ke tepi katil bagi memberikan laluan kepada anakku. dan itulah saat yang aku nanti-nantikan.
my little princess, Adryana Nameera Binti Ahmad Faudzli Masnyzam #day 1 |
Buat pertama kalinya aku melihat anak aku. tak sangka, macam tak percaya pun ada. setelah 9 bulan berada dalam perut ku membesar, kini telah lahir dan bernafas di bumi Allah swt dengan selamat. alhamdulillah syukur tak terhingga aku kepada Ilahi dengan izinNya, aku dapat memeluk cium anak perempuan sulung ku. setelah berjuang sendirian menahan sakit nak bersalin, kini sakit tu semuanya hilang sekelip mata bila mendengar tangisan dan melihat wajah suci anakku. dah tu pulak, pandai sangat-sangat menyusu. Adryana Nameera nama diberi. Adryana maksudnya nisbah dan Nameera maksudnya Puteri. Adryana nama pilihan suamiku dan Nameera nama pilihan aku sendiri yang diperolehi daripada mimpi. Adryana Nameera dilahirkan dengan berat 2.7 kg pada hari Sabtu bersamaan 17 Mei 2014. sayangnya, terlepas sehari daripada Hari Guru. nurse di wad tu siap bergurau dengan aku, "semalam hari Guru. ibu baby guru, baby pun nak lahir hari Guru".
Adryana Nameera #day 3 |
siap dah bedung oleh wan. hehe ! |
tidur bersama atok dan wan :D |
alhamdulillah ya Allah di atas anugerah ini |
Maka, bermula lah hidup baru aku sebagai seorang ibu. totally different ! tiada lagi istilah lena tidur di malam hari macam zaman-zaman belum jadi ibu. haha ! semuanya perlu diberi perhatian pada anak. berak kencing anak, susu anak, mandikan anak, tidurkan anak, belai anak. kini, aku masih berada dalam tempoh berpantang. makan minum kesihatan si ibu perlu dijaga untuk anak sihat dan baik. insyaallahhhh ! walaupun ini merupakan pengalaman pertama aku dan suami sebagai ibu bapa, kami cuba beri yang terbaik. mula-mula memang kekok dan kelam kabut. lama kelamaan, perasaan kekok tu akan berubah menjadi kebiasaan dan rutin harian. hati akan bahagia bila melihat senyuman anak setiap masa. kepada bakal ibu-ibu di luar sana, aku doakan semoga anda dapat menghadapi saat kelahiran baby anda dengan selamat dan mudah. insyaallah. perbanyakkan berdoa dan restu ibu bapa amat penting.
Okay lah, sampai di sini saja entri kali nie. jumpa lagi di entri akan datang. insyaallah. terima kasih ya kerana sudi membaca. bye ! :D
Assalamualaikum.
Alhamdulillah. satu ungkapan yang dapat aku luahkan buat segala nikmat pada hari nie. masih lagi bernafas dengan udara Allah swt. masih lagi dapat berdiri dengan kuat di bumi Allah swt. entri kali nie bersifat ringkas je. dah lama berjanji nak kongsi gambar majlis bertandang (okay benda dah basi. dah nak setahun baru update !).
Majlis bertandang di rumah suamiku simple aje namun tetap meriah dengan kehadiran para tetamu dan sanak saudara. memilih tarikh 8 September 2013 sebagai tarikh yang bakal menjadi kenangan seumur hidup. aku dan suami memilih tema hijau turquoise sebagai warna tema untuk majlis bertandang. sebelum nie ada yang pernah bertanya di inbox FB aku mengenai design baju pengantin untuk majlis bertandang aku nie. rare but pretty, katanya. tak ada lah nak rare sangat pun. baju tu sebenarnya mengambil ilham daripada design dress peplum yang menjadi trend sekarang. yang bestnya, walaupun ia berbentuk peplum tapi masih mengekalkan kesopanan si pengantin terutamanya menutup aurat di bahagian bawah perut sampai lutut. selain daripada menutup aurat, saiz baju pun tak ketat dan material kain yang digunakan pun selesa. antara sebab kenapa aku pilih baju tu daripada nak pakai baju-baju yang berjela dan sarat atas sampai bawah dengan beading. simple saja kan ? anda boleh contact aku kat FB sekiranya berminat nak sewa baju tu di butik berkenaan :D
Walaupun dah hampir setahun berlalu, perasaan terawang-awang dibuai mimpi kat atas pelamin tu masih terasa kekadang. teringat masa zaman anak dara sampai dah bergelar isteri orang. semuanya berubah dan tak sama, especially dah tak boleh tidur lepas subuh. ahaks ! alhamdulillah kini usia perkahwinan aku sikit lagi nak mencecah setahun. moga kekal ke akhir hayat, amin ya rabbal al amin. okay lah, tak nak bebel panjang. di bawah sedikit gambar yang aku titipkan. ya, random pictures as well. enjoy ! :o
malu-malu. tapi sebenarnya lapar tak hingat ! |
sayang korang semua ! |
mama dan ayah mertua aku yang banyak membantu :D |
hero aku sepanjang zaman. ahaks ! |
bersama kawan-kawan suami di PPEOC. terima kasih sudi datang :D |
flower girl tak terancang. lebar betol senyuman anisah. hehe |
naik pelamin sekali seumur hidup. jangan lepaskan peluang ! hehe |
ada kisah di sebalik mekap aku tu. |
nenek i love u so much :'D |
bersama pakcik makcik belah suami. hai semua ! |
muka dah lega. alhamdulillah selesai semuanya :D |
mama dan ayah sibuk melayan tetamu yang hadir |
Alhamdulillah syukur dipanjatkan ke Ilahi sekali lagi kerana majlis ini berjalan lancar. bukan mudah nak jayakan majlis perkahwinan. banyak benda kena buat, banyak aspek kena jaga. pahit manis sama-sama dirasai. terima kasih semua pihak yang terlibat menjayakan majlis bertandang aku dan suami. terima kasih tak terhingga buat keluarga mertuaku yang banyak memberi sokongan padu. terima kasih jugak buat keluarga dan sanak saudaraku yang datang jauh dari Selangor semata-mata mahu melihat aku naik pelamin. terima kasih para tetamu, jiran tetangga dan kawan-kawan yang sudi hadir. terima kasih semua ! kepada para pembaca yang bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi, aku doakan semoga semuanya yang dirancang akan berjalan dengan lancar. banyakkan berdoa kepada Allah swt. okay, sehingga kita berjumpa lagi di entri akan datang. terima kasih kerana sudi membaca. bye ! :D
ASYIQIN RIDZWAN
official facebook
Most Wanted
-
okay, harini aku ada tips ! pergh dah lama rasanya aku tak bagi tips kecantikan dan kesihatan nie (bajet cantik sangat ke Asyiqin...
-
aku suka meraikan hari jadi seseorang, tak kisah lah orang tu member aku atau pun tidak. paling kurang pun aku akan ucapkan ' happy birt...
-
semalam gua saje-saje membuang masa baca majalah-majalah lama kat dalam kotak simpanan gua, walaupun tak sedar diri ada lagi 4 exam papers...
-
beberapa hari yang lepas, ada sorang member gua di Facebook bertanya satu soalan. gua rasa soalan tu soalan yang tipikal bagi pasangan berc...
-
Assalamualaikum. Huhu okay nak update entri baru. nak sambung entri kali nie nak sambung entri Siri My Engagement. cerita pe...
-
Assalamualaikum. Okay, mood nak sambung entri siri yang tertunda dulu, iaitu siri label Engagement. kali ini, aku nak berkongsi m...
-
Assalamualaikum. Hai pembaca blog sekalian. entri kali nie nak kongsi tips sikit setelah kian lama jugak tak kongsi tips. dulu a...
-
dari dulu sampai ke hari nie, terdapat satu persoalan yang selalu berterbangan di kepala otak aku. pantang lepak sana lepak sini, mesti ter...
-
satu malam gua tak boleh tido sebab sejenis bunyi pelik yang gua dengar petang kelmarin asyik terngiang-ngiang kat dalam kepala otak. pelik...
-
FUH, SERIOUSLY AKU JELES !! guys, hari ini aku nak cakap pasal bibir. apa yang dimaksudkan bibir ? (hok aloh, gaya macam aku sorang je tau...
13 Comments